Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium
Showing posts with label my life. Show all posts
Showing posts with label my life. Show all posts

Sunday, 1 July 2012

Lelaki dan Perempuan | Teman atau Sahabat?


Antara kawan lelaki dan kawan perempuan yang mana agaknya lebih sesuai menjadi 'Teman atau Sahabat' dalam erti kata lain selesa berkawan dengan mereka? apabila bersama mereka, kita sentiasa menjadi diri sendiri, malah seperti berada dengan ahli keluarga sendiri.

daripada sekolah rendah sehingga sekarang, aku sebenarnya lebih selesa berkawan dengan lelaki tapi bukan kesemua kawan lelaki yang aku kenal itu lebih kepada title 'Teman atau Sahabat'.. sehingga lah aku masuk ke sekolah menengah, alhamdulillah aku satu kelas dan berkawan baik dengan Joe daripada form 1 sehingga sekarang. almost 8 year's we're being such a good friend and lovers. percaya atau tidak, orang lain akan selalu anggap hubungan kami bukan lah hanya sekadar 'berkawan' tetapi hakikatnya dia ialah teman dan sahabat baik aku. 

pernah dulu masa aku form 4, dia dapat tahu yang aku berkawan dengan budak perempuan yang kaki merokok dan dia terus call and warning aku. aku masih ingat apa yang dia cakap kat aku, 'kalau aku dapat tahu kau masih berkawan dan ikut dorang merokok, kau jangan jumpa aku dan berkawan dengan aku lagi!'.. once dia warning macam tue, aku terus nangis sebab itu lah pertama kali dia bengang sangat kat aku. haha sorry babe! lepas kau call tue, aku terus tak jumpa budak perempuan tu lagi dah. aku rela hilang kawan macam tue daripada hilang kau okay. 



kemudian pada pertengahan tahun 2007, ada seorang hamba Allah yang baru sahaja pindah sekolah dan berasal daripada Pahang. Siti Fatimah namanya. dialah teman perempuan dan sahabat baik pertama aku sehingga keluarga aku menganggap dia seperti ahli keluarga sendiri. cubit paha kanan atau kiri, sakit lagi hati yang terasa. kami berkawan baik sehinggakan ada orang menganggap kami ialah 'lesbian'.. NONSENSE! 


tamat SPM, aku sambung belajar pula kat Politeknik Kota Kinabalu. dekat sini lagilah, kawan perempuan aku tak ramai, hampir kesemuanya ialah lelaki haha. nak buat macam mana, classmate perempuan sekolah dulu takda sorang pun yang masuk poli. hujung semester pertama, aku mula berkawan baik dengan Oyen. dia baru pindah dari UiTM KK dan siapa sangka, kawan baik lelaki aku nie rupa-rupanya ialah bakal adik ipar aku. soalan paling femes, kenapa tak pilih kakak jak? korang kan classmate.. haha



as you can see, aku bukan tak prefer berkawan dengan perempuan sebenarnya. daripada form1 lagi aku pernah berkawan baik dengan 2 orang classmate perempuan time sekolah tapi akhirnya mereka yang bersikap 'tikam belakang dan kawan makan kawan' sampaikan classmate perempuan yang lain tak rapat dengan aku sehingga form3. seksa ok! tak taw lah cerita apa yang mereka dah lelong kat member lain sampai masuk kes disiplin. wa kena panggil masuk bilik Guru Besar ok. serious!

kemudian masa semester 5 pula, sejarah lama berulang kembali bila mana ex-housemate aku buat onar kat aku. selama satu semester aku terasa bagai di pulaukan dalam kelas dan keadaan tu menyukarkan aku untuk buat kerja assignment secara grouping. so, jalan yang ada ialah join group budak lelaki.  

i'm telling you, berkawan dengan budak lelaki bukannya tak baik tapi ada pro dan kontra nya di sana. mungkin agak janggal bila nak berjalan dan join topik dengan mereka tapi alhamdulillah, aku dapat suaikan diri juga. mungkin sesetengah perempuan lebih prefer berkawan dengan yang sealiran hehe terpulang, asalkan kita berkawan dan mempunyai niat yang baik serta ikhlas.
nak mencari kawan senang tapi untuk yang sanggup bersusah dan bersenang dengan kita, belum tentu mudah bagi kita untuk mencari, bukan. bagi yang sudah jumpa kawan sebegitu, hargailah hubungan tersebut. kerana nilai persahabatan adakalanya sama nilai dengan hubungan kekeluargaan. 

alhamdulillah, kini  aku mempunyai dua orang teman dan sahabat lelaki serta seorang teman dan sahabat perempuan. ada perkara kita tak dapat nak cerita pada SAHABAT, dan hanya pada ALLAH kita boleh luah.

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. aku meminta kepada-MU.. sebagaimana Engkau mengasihi kedua iba bapa ku, maka Engkau kasihanilah sahabat sahabat ku walau di mana jua mereka berada. Lindungilah mereka dan limpahkan lah rahmat ke atas mereka, sesungguhnya aku   terlalu menyayangi mereka. 

Monday, 28 March 2011

Hajat ku akhirnya tertunai.. TQ McD

Happy Selasa - Day!
akhirnya melepas jua aku maw makan set breakfast selepas beberapa minggu mengidam maw Sausage McMuffin with egg dan ini di sebabkan pengaruh iklan yang selalu kuar kat tv tue lah. haha : p tabiat yang nda boleh di kikis nie. 

actually maw take away jak tadi tapi adik cakap napa nda makan kat sana jak terus memandangkan kakak yang treat kami kali nie kan, almaklum lah orang maw berangkat ke Nilai sudah esok pagi jadi hari nie berabis lah menghabiskan duit kakak kesayangan hahaha : )

aina nda boleh makan, aina masih kecik lagi muahahaha

nie pun makan selama 20 minit jak sebab adik aku maw pi kerja lagi kan, sudah lah punch card pun dia terbawa sekali, memang pintar betul bha dia nie. haha. nampak tue sausage mcmuffin with egg yang menjadi idaman aku? lepas nie nda lah sudah bha maw makan lagi, sekali makan dah cukup lah hehe.


tukang bayar dan tukang kerja haha. 
meet with my sista. iya aku taw aku paling comel di kalangan mereka berdua ini hahaha. 


anis trip bhaa maw jua pegang tue box..
ehh set box dia smart ok.. auww aku bawa balik rumah walaupun dah teda isi tapi boleh jadi kotak untuk mainan pyan hahaha.


ok bye.
maw pi kerja sudah nie, semart kan cara aku berpakaian pi ofis haha tapi nati bila lecturer datang kompom lah aku pakai baju kurung macam first day aku praktikal kat sini hehe : )







p/s : malam nie mak masak sedap sebab esok kakak maw balik dah kan. Lamb Chop!

seandai takdirnya begini..

iya seandai takdir begini, kami memang nda kan dapat bersama-sama. ceyhh ayat jiwang sangat dan korang pun mesti fikir aku nie kecewa sebab putus cinta kan? iya lah memang sudah lama putus cinta jadi kenapa? hah! agak kencang pula di sana. hahaha..aku maw cerita pasal cousin kesayangan aku memandangkan dia bakal berangkat pulang ke Cairo, Mesir pada 3hb April 2011. ngam² time birthday aku nie.. sedih laaaaa (T_T)

lupakan kesedihan seketika walaupun aku baru jak menerima khabar buruk tadi petang yang buat hati aku retak belah 3/4 nie. next entry baru cerita. supose ari sabtu tue aku dengan cousin aku pergi tuaran sebab aku nak belajar driving dengan classmate aku tapi di sebabkan classmate aku tue ada hal lain yang nda dapat dielakkan maka rancangan bertukar kepada berjaur sampai ke malam di WanBee a.k.a 1borneo .

Largest Lifestyle Hypermall

before balik sempat lagi aku snap gambar 1B. yeah ~ largest lifestyle hypermall, kalau maw taw macam mana besar 1B ni korang search jak di Google ar, kuar lah tue semua gambar 1B yang lawa² lagi cantik. haha.. offside sudah nie. 



entyr kalu ndada gambar tuan dia nda sah bha kan? ehehe :-B 
nampak tue Live From 1Borneo. minta puji kan, maw jua buat begini di blog haha. biar lah, korang pun masih jua stay di page nie ehehe so why not korang scroll sampai abis jak terus. :) 
okei?



meet with my beloved cousin in da worl. okei, our world :P

tadi sudah bagitaw awal² kan yang dia maw balik Mesir dah time birthday aku tapi dia pi sana buat apa? of course lah untuk sambung belajar tapi kan course apa dia amik? Syariah. bakal² peguam lah nie dalam masa 5 tahun akan datang kan Jieya. aku taw ko sedang baca nie blog hihi :)
jadi agenda hari nie cuma berjalan² setakat yang mampu sambil shopping memandangkan dia pun maw beli barang kelengkapan dia kan tapi nda jua membeli. menghabiskan duit jak dengan makan itu ini. hahaha



bila kami sudah ndada tujuan mula lah masuk pi Parkson dan cari fitting room, lepas tu acara syok sendiri. boleh nampak siapa yang lagi minta puji dalam gambar nie sebab Jieya busy sangat betulkan tudung dia dan aku pun macam besa haha minta puji lah bha sikit, bukan banyak pun. nda jua pecah tu lense camera haha :)


kami sempat lagi pergi TOYS"Я" dan menyemak kat sana kejap. part paling aku nda tahan dan jeles bila pergi bahagian girly sebab kat sana semuanya kaler pink and penuh dengan mainan budak². memang heaven betul lah sebab zaman aku nda sempat lansung maw rasa semua nie sebab aku layan pondok²  dan kahwin²  jak hahaha.
nampak sangat zaman childhood aku memboringkan padahal tue lah zaman terindah aku bila aku sudah pandai bawa basikal masa umur 7 tahun. haha bida kan. 



kalau kamu perasan, semua gambar nie aku letak setumpuk supaya blog ni nda sesak dengan muka yang comel kalau nda nati ada orang jeles pula haha ayat maw minta kena tampar berjurut bha nie. nampak tue anak orang utan, dia nie memang feymes amos kat Sabah dan kalau kamu orang KK nda kenal nie baik kamu tinggal di tempat lain ehehe jahat kan :-B
jangan marah bhaa..


aku malas bha maw cerita banyak sebab kami banyak window shopping daripada bershopping ehehe tapi ada lah bha jua buah tangan dari 1B nie, bida jua kalau jalan pi sana ndada beli apa²  kan. then satu lagi part yang paling best bila aku sibuk kacau adik aku yang tengah kerja partime kat sana. sempat lae bergambar di sana, kalau supervisor dia nampak kompom kena marah kaw²  punya nie. aku amik gambar dia curi²  masa dia tengah sibuk layan customer. weyhh orang KK, di Parkson ada offer lingerie Pierre Cardin. mantap!
kalau aku maw pun, tunggu Mr Angkuh yang belikan haha gete. :)



last but not least. pic yang buat aku lagi berperasaan seperti budak sekolah menengah haha. di entry nie aku nda cakap pula kan aktiviti kami yang lain² , ada bha cuma aku saja maw tayang gambar nie hehe. kalau maw taw best ka nda nie 1B, penuhkan poket anda dahulu dengan Ringgit Malaysia ya and make sure bawa 300 or 400 ratus ke atas barulah boleh berpuas hati kat sini. hehe tipu jak. murah bha disini, kamu datang jak pi sini and cari aku sebab aku bagi free of charge bagi tour guide hehe 
trust me, kamu mesti enjoy di sini.

so satu hari dengan cousin memeng menakjubkan tapi nda sampai di sini jak sebab aku sempat lae bermalam di rumah dia. balik jak dari 1B terus direct pi KL. bukan Kuala Lumpur tapi Kampung Likas. kamu ingat di sana jak ada KL, sini pun ada bha hehehe tembirang nie. ok, sorry :)

untuk cousin kesayangan ku, aku taw ko akan baca nie blog sebab aku yang bagi nie link dekat ko nati ahaha, please take care ur self bila sampai kat sana. aku ingat bila musim sejuk kat sana, turun lah tue salji ehehe and jangan ko kuar sembarang di sana ar sebab banyak betul tu kereta kebal di sana kan jadi jaga keselamatan tue and belajar baik² . satu jak yang minta dari ko memandangkan ko belajar 5 tahun kat san, sila jangan carry or sangkut or extand or whateverelse yang boleh buat ko terstuck kat sana melebihi 5 tahun okei sebab selagi ko nda abis belajar, aku nda boleh KAHWIN! dady sudah pesan gitu, jadi masa depan aku depands pada ko..
huwaaaaa... ingat tue arr.. 

abis suda. terima kasih sebab sudi meluangkan masa di entry nie seketika. 
take care and selamat berblogging semua.






p/s: kenapa ramai sangat yang pergi sana sini time birthday aku? huhu sebalnya lah.

Friday, 25 March 2011

hari jumaat memang macam nie..

entri di dahulukan dengan gambar ofis boy kecik 
dan aunty nya yang  comel pucat.



hari nie hari jumaat kan? kena check calender jap.. haha sebab aku boleh lupa tarikh and hari kalau dah tak ingat dunia ehehehe.. salam hari jumaat buat semua blogger.. satu hari aku sibuk customize blog aku supaya nda sesak mata aku, macam yang korang tengok sekarang nie dah kira clean sket sidebar aku.. ehh chatbox aku ada kat sana yaa.. korang jangan lupa tinggal jejak plak yaa.. okei? ^.^

tadi petang aku dapat surat yang di faks kan ke pejabat.. weyhh aku dapat surat dari Poli arr.. lecturer nak datang melawat aku pada 12hb April 2011 nie.. erk lagi 2 minggu lah tue kan maknanya.. aku ingat lectrer kat sana tak maw datang melawat aku dah, rupanya sampai gak surat kat tempat aku.. ada masa lagi untuk aku update buku laporan.. hahahaha..

padahal dalam hati aku dah kecut pun sebab satu sign or cop apa pun takda kat buku laporan nie.

nampak tu logo PKK.. aku rindu sama PKK..


then datang lagi sorang ofis girl yang lagi kecik.. hah apa kah ini satu petanda lectrer begitu semangat maw datang melawat aku? dorang terlampau rindu kali sama aku kan.. hahahaha..
nie anak sedara aku yang no.2 .. merangkap adik kepada pyan..



nama : Aina Nadhirah

umo : aku tak taw berapa bulan dia skrg nie hehe..

balik jak dari keja, dorang kakak amik tadi and terus ajak pergi Giant jap sebab maw beli baraang.. aku teringin pula nak makan KFC taw.. bila laa dapat makan KFC nie.. jalan punya jalan dengan keadaan pokai, aku terjumpa pula benda comel nie.. set mainan baby.. comel gilak taw.. maw jak aku beli sebab aku nampak macam best jak kalau main nie.. hahahaa.. aku yang main ar, bukan anak sedara aku.. 


tapi serius.. set mainan ni comel laa.. ada zirafah lagi.. haiyaa kalau gini kawin laa aku cepat2, dapat juga beli benda nie kan.. hahaha.. nda laa kali aku maw kawin.. siapa jua la yang maw.. ehehe..

ok, sampai sini jak.. hari nie satu entry jak? aku maw cari blogger yang buat contest..
take care and selamat berblogging





p/s : esok nak pergi belajar driving dengan classmate and kazen..

2nd p/s : tutor aku cuti bhaa arini.. ceyhh semangat jak aku maw blajar driving tadi pagi taw..rupanya dia cuti.. terpaksa hire tutor nda berbayar.. haha

Thursday, 24 March 2011

bosan menunggu sesuatu yang tidak kunjung tiba

boring betul pratikal nie.. dah lah kena bangun awal dah tu kena pula pergi kerja awal sebab nie first day adik aku start keja kat Parkson Grand di WanBeE.. masa on the way anta dia tu, aku dah pula yang mengidam nak makan McD set breakfast punya.. weyhh dah lama tak singgah McD taw.. huhu..


ada sesiapa yang baik hati nak belanja aku set breakfast nie??
sebelum aku kepunan terjatuh tangga..
ehh palis palis.. shhuuu..

bos aku tak masuk kerja lagi, sibuk betul pergi kursus tambah lah aku keboringan kat ofis nie.. kerja pula semua dah siap buat.. arhh aku tertinggal pula buku akaun huhu ingat nak bawa balik rumah, buat malam nie.. adoi!! boleh pula tertinggal.. korang yang baik hati, tolong pergi amik kan buku akaun company aku kat ofis boleh tak?? m
meja aku lawa kan sebab berhamburan suda nie.. ehh bukan aku sengaja maw kasi hambur ah, ni sebab aku dah plan nak buat sesuatu untuk minggu depan..

laptop aku comel kan.. nama dia Pascal b

aku dah start mengamburkan semua pen yang cantik-cantik haha.. cantik kaa?? nie jak la yang ada.. then aku rasa macam kurang sket keceriaan pen yang aku ada so aku pergi turun pi kedai kat bawah tadi and beli 2 highlight pen yang baru.. bos nati hujung bulan nak claim okei ? nampak sangat bukan meja milik seorang gadis comel perempuan hahaha


 nak dekat 2 jam aku benda nie taw.. print itu ini.. try buat jenis font yang cute cantik tapi nda jadi.. haha.. tangan aku nie memang nda kreatif lansung bhaa lama suda nda sentuh pen yang berkaler kaler.. nama jak budak PSV dulu, best student lagi tue tapi bakat tue dah pudar.. ahahaha.. kalau korang boleh teka, apa yang aku nak buat dengan kertas yang cantik bida nie? nak bagi gift or what?
kalau dapat teka, aku bagi free gift handmade cokelat untuk korang c


kalau nak tahu apa benda nie, sila tunggu pada 27hb akan datang.. minggu depan yaa.. ada something untuk kamu and satu lagi.. aku tengah tunggu follower yang ke 444th sebab aku ada something nak bagi kat dia.. nak suh bagi award, aku nda pandai plak bab2 edit gambar sebab nda nda software photoshop, kalu nda boleh sudah aku buat award yang comel yang korang yang sudi follow aku hahaa perasan


ok..
take care..
'Selamat berblogging'

Wednesday, 23 March 2011

SEGMEN: Kenangan zaman sekolah menengah

hello!! satu hari tak online kelmarin sebab laptop aku buat hal.. tetiba skrin nie jadi kaler putih.. pucat dah.. matey larhh kalu ada virus or kena gi format.. huhu dah laa elaun tak keluar lagi then laptop plak buat hal.. nasib baik lah malam tu try on balik dah okey.. fuhhh lega rasanya.. and one more thing... aku demam kus kus semalam.. hahahaha.. hari nie dah sihat walafiat sket.. alhamdulillah..

so hari nie, mood aku sangat lah baik dan rasa macam nak buat lucky draw pula sempana birthday aku minggu depan.. ehh ada orang nak join ke?? hehe.. nati laa tu, akan di fikirkan kemudian.. intro panjang gilak, padahal nak buat segmen nie.. ahahaha sila jangan marah2 okei ^.^



aku jumpa segmen nie dari blog classmate aku..
menarik kan sebab mengimbau kembali zaman kegemilangan aku..
hahaha

 Soalan yang wajib di jawab

 subjek yang paling korang suka
aku suka subjek Perdagangan and geografi.. sebab kenapa? subjek perdagangan ialah antara subjek yang buat aku jadi best student kat sekolah kelas.. haha.. riak kan.. geografi plak sebab aku minat dengan fakta-fakta yang berkaitan dengan negara luar and terus ada feel nak melancong.. ye laa dengar jak fakta yang tempat nie best la apa la.. mesti teringin nak pi sana juga kan.. hehe..

 subjek yang paling korang tak suka
MATH!! jangan tanya kenapa okei ^.^

 cikgu kesayangan korang? kenapa korang sayang dia?
Ayahanda Norismairwan Ismail and Ibunda Nor Lyziah..seorang guru disiplin sorang lagi guru kelas.. sebab tu aku sayang kat dorang ^.^

 apa kenangan yang korang tak boleh lupakan masa zaman sekolah dulu?
paling best masa masuk asrama.. tu jak.. banyak sangat kenangan time tue nak lagi kami antara batch terakhir yang paling terbaik dan berdisiplin.. bukan macam batch seterusnya..hehehe.. jahat baik kan..

 apa nasihat korang pada budak2 sekolah zaman sekarang ni?
nasihat aku? belajar betul2, jangan datang sekolah sebab nak jumpa member jak then pi kuar melepak sana sini..  nati dah dapat result SPM baru lah nak kuat perkataan MENYESAL.. zaman sekolah ni sekali jak seumur hidup so nikmatinya dengan adab and berbahasa okei.. pendapat aku, aku tak suka tengok budak sekolah yang pakai tudung n kain singkat nak bagi nampak stokin tadika kat orang ramai.. memalukan jak padalah dah sekolah menengah pun.

best kah zaman sekolah korang?
jom share dengan kami semua..
KLIK SINI 

Tuesday, 22 March 2011

budak kecik jad ofis boy? ini bukan cobaan..

hari nie aku dapat ofis boy baru tapi sayangnya dia cuma datang untuk hari nie jak.. alalala mengapakah? sudah lah budak, kecik lagi pastu cakap pun nda lurus.. hihi.. standard laa budak baru umur 3 tahun.. siapa kah dia? anak buah aku laa.. awal pagi tadi masa tengah syok2 online, tetiba kena call pastu call pun guna telefon pejabat.. aku dah cuak sebab aku ingat pensyarah yang call nak bagitaw untuk datang melawat.. taw2, bapa aku..
ok! bukan pensyarah yang datang melawat tapi bapa aku yang datang melawat time aku tengah praktikal.. best kan.. 


rupanya kena call tadi sebab bapa aku suruh aku amik si Pyan, bawa pi ofis lagipun aku punya bos pi kursus kan so aku sorang jak lah kat ofis tue.. haishh nasib jak nda hura hara ofis tadi, al-maklum lah ofis pakcik sendiri kan.. so layan lah aksi dia di ofis tadi.. 


meet my new office boy yang hensem
-Muamaar Soffian a.k.a pyan -

so, since dia dah datang menyemak sket kat ofis nie, aku kena share meja ngan dia and hari nie dia nda hyper-active sangat sebab nda brapa sihat kan so aku pujuk dia duduk baik2 dengan bagi semua segala-gala pen yang ada untuk dia menulis sebab dia nie tukang kasi lawa dinding bilik aku jua.. memang tip top and pro!


buku time skolah rendah dulu dengan 3 highlight pen + pembaris and pensel..
peace (^.^)v

semangatkan dia menulis.. pintar ni anak..
budak kecik umur 3 tahun dah pandai baca surah Yaasin and Al-Ikhlas..
percaya nda?

since tengahari tu kami nda makan nasi, so aku belikan dia ice-cream daripada Walls.. terus ni terkenang kisah lama.. huhu.. lupakan! actually, aku yang teringin nak makan ice cream sebenarnya lagipun tadi ice cream dia nda abis, so dia bagi kat aku laa.. apa lagi.. 
rezeki jangan di tolak ya peeps ^.^ 


 aku maw on9 tadi, tapi payah sangat sebab dia balik2 panggil aku pergi masuk bilik meeting sebab maw tengok tu replika kapal.. dalam bilik meeting ni ada banyak kotak-kotak cenderamata daripada Istana Negeri yang sampai sekarang masih lagi belum terkemas ^.^

alaaa nong! jangan laa ko sentuh2 sana nati rosak, abis laa kita

tangan dia memang amai ok.. dia pi cabut2 tue manik-manik dekat kain merah tue.. pastu sibuk suruh aku gam balik.. bhaaa matey larhh kita nong.. hahahaha.. pastu boleh pula dia tanya aku kalau aku maw driving ka nda kapal nie.. 
pyan! acik pun lesen P nda kuar lagi nong apa lagi maw bawa kapal besar.. hehe
btw, ada kaa driving kapal besar? hurmm..


nda lama kemudian, aku bawa dia balik pi meja aku semula sebab tadi aku tengah update blog pastu dia pi panggil masuk bilik meeting.. then aku suruh dia duduk diam2 dan conteng jak laa buku tue sambil aku online.. sekali tengok.. 
nahhhhhhh
tidur sudah dia.. 
lawa kan style dia tidur.. hahahaha.. terus aku angkat dia pi bilik meeting and biarkan dia tidur.. dapat lah aku online dengan senang hati..


and hari nie aku balik awal dari kebiasaannya.. jam 4, terus pulang rumah tapi hujan lebat.. banjir nie jalan di Kingfisher tapi redah jak lah.. masa pulang tu aku terfikir macam mana la Mr Angkuh maw pulang ke rumah ni dalam keadaan hujan lebat.. Oh aku rindu sama kamu wahai Mr Angkuh..

hari nie walaupun tue lecturer nda melawat tapi bapa aku dah datang melawat ok.. dia pi check aku punya buku laporan harian and segala akaun yang aku dah buat.. siap kena ajar lae cara2 buat nota.. perasaan nervous tu pun nada, sebab bapa sendiri kan.. haha mana maw cari macam nie?

ok? semoga esok hari tiadalah surat faks dari Poli sampai untuk aku sebab laporan aku nda lengkap lae semua.. hahaha.. ok thanks for reading and have a nice day all's 


'selamat berblogging'

Monday, 21 March 2011

Nervousnya BESOK keluar result SPM


hoho.. esok ialah hari yang menentukan segalanya.. segala perasaan gembira, sedih, takut, bimbang dah bercampur baur menjadi satu iaitu perasaan nda tentu arah.. erk ya ka?? hahaha.. esok kan keluar result SPM dah, of course la aku nervous nak taw apa result yang adik aku dapat.. ehehe.. adik aku punya okei, bukan aku.. sorry tipu tadi.. tipu ikhlas taw ^,^ sila jangan tarik 10 muka jauh2.

adik aku sempat lagi pergi interview untuk kerja part-time arini, aku tak taw laa dia nak kerja kat mana tapi tadi tengok kat status dia, dia cakap maw p interview dengan kawan dia.. 

oi! esok ko ada hal penting tu, siap sedia la ok maw menangis..

rasanya siapa2 yang dah sambung belajar kat IPTA/IPTS sekarang mesti pernah melalu saat getir tue kan.. ye laa.. esok nak keluar result, malamnya dah tak boleh nak tido.. pusing kiri, pusing kanan.. pandang atas, pejam mata.. terbayang-bayang dah berapa A's korang dapat.. berbaloi atau tak usaha korang selama nie pergi sekolah dengan bawa beg yang ringan sebab buku teks confirm tinggal kat rumah nak bagi adik2 yang masih form3 belajar..

then sibuk anta SMS berantai dengan classmate, wish gud luck, semoga dapat result baik, minta doa lagi, suruh tunggu sama2 untuk amik result, tanya nak pakai baju sekolah lagi kah atau nda? pakai tudung kah nda? ye laa kan nak amik result, pakaian mesti lah sopan and kemas tapi dah sijil tamat persekolahan dah kuar pun, buat apa nak pakai baju sekolah kan.. aku dulu pakai t-shirt ngan seluar jeans jak and tudung.. :)

awal jam 9 lagi dah terpacak depan pagar sekolah padahal result keluar jam10.. saja maw tunggu kawan kan.. time nie la dapat jumpa ramai member lama selepas semuanya bawa diri tamat jak SPM.. itu kan kebebasan bagi semua pelajar.. ya kan? mengaku cepat!!

5 tahun belajar kat sekolah dan SPM menentukan arah tuju selepas tue.. berbaloi ka nda apa yang kamu dah buat masa tue.. datang sekolah sebelum jam7, pergi perhimpunan setiap hari, ada spotcheck, sibuk dengan KoKum, mana lagi kelas tambahan, balik lewat sebab nak extra kelas lagi, pergi kem or seminar SPM sana sini.. weyhh banyak lagi laa aktiviti masa sekolah dulu, aktif sana sini and at the end, SPM! belajar ka nda? mesti berhempas pulas kan.. penat.. aku pernah rasa semua tue..

syukur alhamdulillah, result yang aku dapat berbaloi jua dengan usaha aku selama menjadi Budak Sekolah Menengah.. biarpun cuma menjadi pelajar Poloteknik Kota Kinabalu, aku bangga ok dengan tempat aku belajar sekarang.. belajar di mana2 pun sama jak pun asalkan naiwatu tu betul kan :)




ok la adik ku sayang.. kalau ko dapat result yang lagi baik dari aku, tahniah.. nati hujung bulan aku spend ko p WanBee okei.. nda pun, kita pi picnic jak laa.. dapat jak result baik, terus apply JPA, ikut rentak kakak mu yang comel dan perasaan masih sekolah menengah ini ok? dan sila jangan masuk Politeknik Kota Kinabalu nati.. ini amaran keras dari aku dan aku tipu saja untuk statement nie.. haha jangan marah :)

untuk semua bloggers yang nak amik result SPM esok, semoga mendapat keputusan yang terbaik dan sila jangan sebut ayat 'menyesal' okei sebab alam persekolahan kamu dah berakhir pun, so selamat menempuhi alam pengajian yang akan datang.. dan sila lah menangis esok untuk meraikan kejayaan kamu okei :)






p/s : semalam kazen aku ada text and dia bagi berita paling nda best lagi menyedihkan.. dia balik Mesir pada 3hb, ngam2 birthday aku.. huhu.. sebalnya.. minggu depan lae tue..

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017