Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium
Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Thursday, 28 June 2012

Kecewa dengan Germany dan Domain | Hosting

Hello blogger's.. satu hari suntuk aku nda online sebab ketiadaan WiFi. maklumlah, menumpang WiFi free dari jiran. tak boleh nak sakit hati sebab tue WiFi orang lain, tapi hati aku nie hah, makin sakit bila Germany kalah dengan Italy. Hamppehhh! 

kecewa yang teramat sangat sebab daripada first game sampai lah ke semi-final, akhirnya Germany kalah dengan Juara FiFa World Cup 2006 iaitu Italy. wa sudah under estimate lu Italy. team lu memang hebat dan gempak tapi arghhh tak puas hati. kenapalah 2nd goal tue buat hati wa sakit. sakit bukan apa, tapi sakit dengan kenyataan yang wa buat dekat Timeline fb wa. dushhh! padan muka.


'Kalau Italy menang, tukar laa p domain and hosting ni esok. fFuhhh please laa Germany, don't break my heart. but u did. arghhhh! ! !

tetiba buat statement macam tue and bila Italy menang, aku kena berpegang dengan kenyatan tersebut. Hello domain and hosting. sabar yerr.. nda lama lagi, wa tukar laa nie tapi tunggulah dulu semester baru buka dalam masa dua minggu lagi. 

followers baru seciput tapi dah nak tukar hosting dan domain. takpa la, bukan aku nak kisah sangat kejar followers, tapi aku tak nak blog ni problem lagi sebab nie adalah blog baru. blog lama aku dah kena delete. rindu dengan blog lama. nak cari member lama pun satu hal, nasib laa ada jumpa balik juga. sad sad.

 then ada blogger ni suggest kat aku untuk tukar domain and hosting. termakan dengan kata-kata yang bukan hasutan dan price $$ yang dia bagi pun murah so, Yes bro. bagi saya masa. next month saya tukar domain and hosting. 


p/s : Spain, please laa jangan kasi kecewa hati wa lagi. kalau tak, wa borong novel novel yang ada dalam wishlist wa nie.

Sunday, 24 June 2012

Movie | Brave


previous entry, aku dah cakap nak update pasal movie 'Brave' nie.. nampak gayanya musim cuti semester nie aku dah banyak melabur duit kat GSC dan Growball.. tahniah! duit gaji aku dah habis pun. first iklan nie keluar, aku tak minat pun and aku tak expect lansung yang aku akan tengok cerita ni sebab aku bukan suka layan cerita kartun kat pawagam. kat rumah lagi bagus tapi cousin's aku berjaya hasut aku tengok movie nie so layan jak. 

Brave mengisahkan tentang seorang puteri di raja iaitu Merida yang mana sejak kecil lagi telah di latih oleh ayah beliau untuk bermain dengan panah sedangkan di dalam masa yang sama menjalani kehidupan sebagai seorang tuan puteri yang sangat sangat konon nya berdisiplin dan tough di bawah pemerhatian ibunya. 
Merida kemudiannya di paksa untuk mengikut adat di raja yang mana dia seharusnya mengawini mana-mana anak sulung kerabat di raja tetapi dia mengingkari nya dan membantah keputusan ibunya. ibunya sangat bertegas dan berpegang dengan adat di raja tersebut dan tidak ingin Merida melanggar adat berzaman lamanya.. oleh kerana kecewa dan marah dengan sikap ibunya, Merida kemudiannya telah menemui dan membuat perjanjian bersama sama seorang ahli sihir hanya kerana ingin mengubah pandangan ibu nya terhadap 'perkahwinan' tersebut tanpa mengetahui, sihir tersebut akan mengubah keseluruhan hidupnya.  

so, apa yang terjadi lepas tue? korang tengok lah sendiri.. hehe.. cerita nie sebenarnya lebih menekankan aspek kekeluargaan iaitu kasih sayangnya seorang ibu dan dilemma seorang anak perempuan di dalam menentukan masa depannya sendiri. bagaimana kasihnya seorang ibu yang ingin melihat anak perempuan nya bahagia dan berpegang dengan adat kerabat di raja mereka. 

okay fine. some part tue buat aku sedih dan menyentuh hati sebab ibu mana yang tak sayang anak dan inginkan yang terbaik buat anak mereka kan?  terus aku rindu kat mak aku yang sekarang berada kat Kedah. cepat balik mak, My rindu..

adik beradik Merida
Hummish, Hubert, Harris
yang kemudian menjadi anak beruang comel.

sangat comel okayy.. seriously.. like i wanna bite them. can i?

tell me where i can find this little thingy.. they are so so adorable. 


p/s : kira, aku dah beli novel 'Takdir itu milik aku' .. 

Saturday, 23 June 2012

Oh My Novel | Seandainya ....


berhempas pulas aku menghabiskan bacaan novel nie dari pagi sampai ke maghrib. semuanya dalam masa satu hari jak. novel setebal 886 muka surat dan ini lah pertama kali aku baca novel yang tebalnya melebihi 560 muka surat. gigihnya tak gigih.. 

Novel karya Rys Areesa yang mana memaparkan sinopsis ringkas membuatkan aku tertarik untuk membaca buku ini sedangkan aku dah target nak beli novel 'Jodoh itu milik kita' .. takpa. esok boleh beli. jalan cerita novel kali nie agak lain daripada yang lain sebab setiap penceritaan watak itu di kupas secara mendalam dan satu persatu. terasa macam layan drama versi novel pula. 

permulaan bacaan agak berat dan banyak flashback sampai aku give nak habiskan bacaan hari nie juga.. dan latar belakang penceritaan banyak di habiskan di tempat kerja Nur Dhila Areena dan Wan Zaharris. almost setengah buku baru lah aku boleh catch up keseluruhan cerita bila mana WZ akhirnya melamar Areena. *happy bila WZ propose Areena*

dalam cerita ni, Areena dan WZ banyak bermain tarik tali dengan perasaan masing masing, di mana WZ sendiri bila terlajak mengatakan perasaannya sebenar kemudian di cover dengan gurauan menyebabkan Areena yang sentiasa berahsia dan memendam perasaan berfikir adakah dia seorang yang bertepuk sebelah tangan sedangkan hatinya benar benar menyintai WZ namun dia berpegang dengan prinsip serta harga diri nya.. mana mungkin dirinya menjadi seperti 'perigi mencari timba' apabila dia telah pasti dengan perasaanya terhadap WZ dan menunggu kepastian daripada WZ untuk menyatakan cintanya secara terus terang tetapi dia dibiarkan terkapai-kapai, setia menanti cinta WZ. 

keadaan di sulitkan apabila WZ sentiasa menduga Areen dengan kisah 'Husna' dan 'girlfriend' nya yang lain. dia ingin menguji ego Areena sedangkan dia sendiri berperang dengan perasaan dan ego nya sendiri. kehadiran kekasih lama Areena iaitu Zaharris Arman juga meragut ketenangan dan menduga perasaannya yang sentiasa berlagak tenang walau di hadapan sesiapa. 

namun begitu, WZ sendirinya sebenarnya terikat dan dilemma dengan kasih di antara ibu dan hati nya sendiri. hati seorang lelaki mana yang tidak tergugat apabila dia sanggup mengorbankan cintanya demi kasihnya terhadap ibu nya yang tidak mahu dia bermenantukan orang luar daripada KL akibat dendam dan trauma di tinggalkan suaminya dahulu. 

seterusnya, kisah Areena beralih kepada lembaran baru apabila dia memulakan hidup baru bersama Shamsul Azhar dan kemudian di datangi dengan watak Nabila yang mula mengganggu ketenangan rumahtangga serta menduga kesetiaan Shamsul Azhar terhadap Areena di saat Areena mula sedar daripada realiti kehidupannya yang sebenar dan mula membuka pintu hatinya buat suaminya. 

ending cerita nie memang straight forward jak berbanding permulaan yang agak meleret dan berat tapi masih tidak terjangka dengan kesudahannya di penghujung cerita. 

best? memang best sangat sangat. buku nie banyak mengajar aku tentang beberapa perkara tapi rasanya lebih baik korang jak baca dulu.. 

Tak semestinya kita dapat memiliki apa yang dipilih oleh hati kita sendiri.. dan tak semestinya yang bukan pilihan hati kita itu tidak baik untuk kita. mungkin ada hikmah di sebaliknya. 

Friday, 22 June 2012

Oh My Novel

terkesan dengan entry kira pasal novel maka aku pun gatal hati nak update pasal novel juga. tapi aku review secara kasar jak. tak mampu nak review secara keseluruhan sebab aku tak habis baca lagi hehe.

aku start baca novel since form 2 and novel pertama yang aku baca ialah 'Ombak Rindu'. itu pun pinjam dari kawan. sampai sekarang aku masih terkesan dengan watak Hariz yang sangat sangat romantik.then novel kedua ialah 'Bicara Hati' yang di pinjam dari jiran rumah. satu hari jak aku baca sampai nangis nangis. ok! feeling sangat. then naik form 3, aku baca novel 'Masih Ada Rindu'. aku ingat lagi,aku baca novel tu sampai nangis nangis dalam kelas ERT. cikgu ajar kat depan, aku sibuk nangis kat belakang layan novel. itu lah antara novel kesayangan aku sampai sekarang. plot yang ringan dan meruntun jiwa. kalau baca balik, sure aku nangis.
the other's is.. Rindu Yang Pergi, Cinta Pertama, Berikan Cintamu, Adam dan Hawa, Lagu Rindu, Mimpi Yang Pasti, Rela Menanti, Jalinan Kasih, Seredup Kasihmu, Yang Terindah, Hatimu Untuk Siapa, Setia Menanti, Bisikan Rindu, Seindah Memori, Pesona Rindu, Sepi Tanpa Cinta, Mencari Cinta, Kabus Kasih, Sedetik Cinta, Pelabuhan Kasih, Tak Seindah Mimpi, Gerimis Di Hati, Sambutlah Cintaku, Cinta Marissa, Sukma Rindu, Selaut Kasih, Arjuna Hati, Arca Kasih, Nota Cinta Buatmu, Rindu di Kalbu, Epilog Cinta, Hamparan Kasih, Kau Kekasihku, Manisnya Cinta, Gemersik Kalbu, Akhir Yang Indah, Cinta Aku Seadanya.

yang lain aku tak ingat. banyak lagi sebenarnya tapi dah lupa lupa pun tajuk nya. semua novel yang aku baca ialah keluaran Alaf21 dan penulis yang selalu menjadi pilihan aku ialah Fazie Hanna, Anis Ayuni, Lily Haslina Nasir, Norhayati Ibrahim, Damya Hanna.

tapi itu dulu. sekarang ni aku dah bertukar selera pula ke Buku Prima , Kaki Novel dan Karya Seni..  itu pun sebab housemate aku yang kaki novel. aku stop baca novel bila masuk semester 1 sampai lah habis semester 6, baru lah aku mula giat baca novel macam dulu. so far selain dari novel Alaf21, aku dah layan novel Cinta Ini Milik Kita, Betulkah?, Cinta Awek Pakwe, Kau Aku Kita, Hingga Hujung Nyawa .. yang lain pun aku tak ingat sebab pinjam novel member jak hehe. 

satu lagi, dalam banyak banyak novel yang aku ada, novel 'Seandainya' lah yang panggil tebal pernah aku beli iaitu 886 m/s gilerrr.. makan masa 2 hari nak baca. selalu dalam masa sehari jak aku da habis baca. apa pun, sekarang ni target aku nak cari novel novel nie pula tapi aku tak jumpaaaa. urghh! 

  










walau aku baca novel pun, tak penah juga aku terlepas baca Al-Quran. Mak cakap, apa lah guna baca novel sampai nangis nangis kalau baca Al-Quran pula tak pernah nangis. Aku pernah baca tafsir Al-Quran sambil  nangis bila pengertian yang tersurat sangat sangat menyentuh hati aku. 

p/s : ahad nie maw cari novel 'Andai Itu Takdirnya' 
Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017