Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium
Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Sunday, 15 July 2012

Jumpa blogger lagi.

Update yang penuh dengan gambar dan panjang. awas!
klik gambar kalau nak ke blog tersebut

hari tue beria ia nak naik jam kerja pergi 5 or 6 jam.. bila dah kena bagi kerja 8jam barulah aku terasa betapa badan nie perlukan rehat yang cukup. seriously, hari nie memang full blast habis sebab awal pagi jak ada ceramah, class then pukul 2 nanti ada kursus pengendalian makanan.. kemudian masuk kerja untuk shift malam pada pukul 5 petang sampai lah closing. closing memang tak sah kalau tak tutup selepas jam12. penat! 
♥Cik Azizah♥
mukadimah panjang lebar. kelmarin aku dapat jumpa sorang lagi blogger kesayangan aku. cewahh! datang dari jauh sebab dia tengah bercuti kat KK nie. terima kasih Kak Jijah sebab sudi datang berjumpa time tengah kerja. gambar takda, so letak header tuan belog sahaja. tak sabar nak off day sebab nak berjumpa and berjalan lagi dengan dia pasni.
dapat berjumpa dengan kak Oshin Iera.. pun sama juga, dia datang bercuti kat KK. perghh! layanan 1st class tetiba sebab jadi tour guide dorang kan.. hehe syok jalan dengan dorang nie.. sporting.. rindu pulaa dengan kak iera and kak faiz.. kak! tunggu kami pula datang ke JB.. sabarrr.. tiket murah kan.. sponsor pleasee.. hehe

cikgufiq.blogspot.com
first blogger aku pernah jumpa. tak lain tak bukan, Cikgu Fiq kesayangan ku.. hehe antara blogger yang rapat dengan aku dari dulu sampai sekarang. percaya atau tak, kami bercontact cuma melalui blog sahaja. takda facebook mahupun twitter. kalau ada number phone pun cuma contact bila perlu. hehe dah terbiasa contact via blog. sekarang ni plan nak pergi konvo dia and bercuti dengan dia ke Bali or Korea. 

blogger lain?
❤ Ceritera Hati Putih ❤
blog classmate di poli. haha bosan sudah tengok dia nie. hehe men2 jak bhaa diana. 
Kira Kekuri
blog housemate! astgaaa. lepas keluar dari rumah sewa, baru lah sedar selama ni aku serumah dengan blogger. haha.. 

Target nak jumpa blogger lain pula lepas ni ialah..

Bro Framestone. kalau dia kena invite pergi event kat Sabah ni, KOMPOM aku turun padang. mesti nak jumpa dia nie. bro, sponsor tiket please pegi semenanjung hehe..
Nazirul Hazwan. entah bila CEO sorang ni nak kawen. haha ni pun kalau dia nak kawen daaa, aku terus booked tiket.. hahaha
Abang Long. suppose dia turun Sabah bulan 6 lalu tapi wife dia tengah pregnant masa tu so tak jadilah.. insyaAllah, ada rezeki nanti.. dapat juga berjumpa..
Kak LM.. nak belajar main masak masak dengan dia pasnie. hehe insyaAllah..
Cik Ika Puk Puk yang comel.. hehe memori habis nama ika nie taw.. pun antara blogger yang rapat dengan masa memula blogging dulu..
Admiral'z Legacy
dia dah jarang blogging tapi aktif dia twitter sahaja. insyaAllah akan berjumpa dengan dia nanti masa Joe konvo.
M Y Z . Z I E M A
sama macam Ika PukPuk juga. antara blogger yang rapat dengan aku masa memula blogging dulu. tengah tunggu dia turun Sabah untuk bercuti kat sini..

HABIS.
dah lewat nak pergi kerja.
kbai.


Monday, 2 July 2012

Bloglist DayangDeno


ini first time Deno buat bloglist, so mari kita support dia okayy..
my kenal blog Deno sejak awal tahun lalu kot kalu tak silap.. hehe
masa tue kak LM pernah buat entry pasal Deno sebab dia masuk hospital and tengah sakit..semua blogger masa tue terus datang ke blog Deno dan bagu kata kata support kat Deno dengan harapan, Deno kuatkan semangat dan sihat selalu. *tetiba cerita lain pula.. haha sorry Deno
dan Deno pun sempat juga lah update blog dia masa tengah sakit kat hospital dulu, if i'm not mistaken laa.. 

Ok. blog Deno simple jak.. dia nie pun rajin blogwalking and i tell u.. dia peramah.
tu jak hihi

nak join?

Segmen | Segmen : Bloglist Julai - Ogos by Mizz Wenn


support segmen blogger dari Sabah. jyeahhh! 

Klik sini untuk join. 

p/s : esok aku pun nak buat segmen bloglist. 

Thursday, 28 June 2012

Kecewa dengan Germany dan Domain | Hosting

Hello blogger's.. satu hari suntuk aku nda online sebab ketiadaan WiFi. maklumlah, menumpang WiFi free dari jiran. tak boleh nak sakit hati sebab tue WiFi orang lain, tapi hati aku nie hah, makin sakit bila Germany kalah dengan Italy. Hamppehhh! 

kecewa yang teramat sangat sebab daripada first game sampai lah ke semi-final, akhirnya Germany kalah dengan Juara FiFa World Cup 2006 iaitu Italy. wa sudah under estimate lu Italy. team lu memang hebat dan gempak tapi arghhh tak puas hati. kenapalah 2nd goal tue buat hati wa sakit. sakit bukan apa, tapi sakit dengan kenyataan yang wa buat dekat Timeline fb wa. dushhh! padan muka.


'Kalau Italy menang, tukar laa p domain and hosting ni esok. fFuhhh please laa Germany, don't break my heart. but u did. arghhhh! ! !

tetiba buat statement macam tue and bila Italy menang, aku kena berpegang dengan kenyatan tersebut. Hello domain and hosting. sabar yerr.. nda lama lagi, wa tukar laa nie tapi tunggulah dulu semester baru buka dalam masa dua minggu lagi. 

followers baru seciput tapi dah nak tukar hosting dan domain. takpa la, bukan aku nak kisah sangat kejar followers, tapi aku tak nak blog ni problem lagi sebab nie adalah blog baru. blog lama aku dah kena delete. rindu dengan blog lama. nak cari member lama pun satu hal, nasib laa ada jumpa balik juga. sad sad.

 then ada blogger ni suggest kat aku untuk tukar domain and hosting. termakan dengan kata-kata yang bukan hasutan dan price $$ yang dia bagi pun murah so, Yes bro. bagi saya masa. next month saya tukar domain and hosting. 


p/s : Spain, please laa jangan kasi kecewa hati wa lagi. kalau tak, wa borong novel novel yang ada dalam wishlist wa nie.

Tuesday, 26 June 2012

Segmen | JOM TAMBAH GENG BLOG

klik banner untuk join
thanks Ika sebab tag MyMy
hadiah dia RM200.. fuyoOo.. untung2 menang RM200.. nda pun dapat RM50 hihi
nak tag macam besa

sorry..
wa dah takda member lain nak di tag
masih baru dalam blogging and dalam proses nak beramah mesra dengan follower lain

Monday, 25 June 2012

Blog Melayu mampu ke peringkat antarabangsa

Tahniah buat Amanz Network kerana berjaya memartabatkan blog melayu sehingga ke peringkat antarabangsa. Amanz Network yang di terajui oleh Aman Firdaus ( founder ) dan beberapa lagi orang terpenting seperti CEO Tekong, Obefiend dan juga Nisa Kay kini mempunyai pengaruh terbesar di dalam sosial media massa terkini.


bangga kejap bila menjadi salah seorang blogger walaupun tak femes mana tapi sebagai blogger, pengaruh di dalam sosial media massa itu sentiasa memberi ruang untuk dipergunakan sebaik mungkin. siapa cakap blogger melayu tidak mampu berdiri sama tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa. Amanz Network telah membuktikan apabila mereka mampu menyumbangkan artikel serta memfokuskan kepada perkembangan dunia IT dalam dan luar negara. 

actually ternampak news ni dekat facebook Bro Framstone. siapa yang tak kenal Bro Framstone tue, wa berani tukar domain and hosting blog ini pada bulan hadapan hehe. Bro Framstone merupakan fulltime blogger, selain daripada AriffShah dan juga Aman Firdaus. mereka bermula daripada bawah dengan membawa nama 'blogspot' sehinggalah mampu mendirikan nama yang tersendiri dan mempunyai pengikut yang ramai. nak jadi seorang fulltime blogger bukan mudah, malah mengambil masa serta memerlukan komitmen yang tinggi. 

semalam, Along Xp ada suggest kat aku untuk tukar hosting dan domain, well cadangan yang menarik tapi aku masih mempertimbangkan cadangan tersebut. bukan takut nak bazir duit kalau nak bertukar hosting dan domain tapi aku terfikir.. blog yang aku bawa sekarang ni, mampu bertahan ke selain dari memberi manfaat dan berkongsi pendapat serta pengalaman dengan orang lain? nak lagi aku bukanlah seorang fulltime blogger, aku hanyalah part-time blogger sahaja. 

sekarang nie pun, kehadiran blogger blogger baru ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan semakin berlambak sehingga aku terfikir.. nak jadi blogger nie hanya sebab nak dapatkan duit semata mata ke? ramai yang berblogging sebab nak dapatkan side income daripada iklan iklan yang di berikan, tak salah rasanya cuma kalau setakat nak dapatkan side income tapi tak sungguh sungguh dalam blogging, tak kan ke mana. tapi kalau dah rezeki iklan banyak, alhamdulillah. apa yang aku harapkan, akan lahir lebih ramai blogger blogger lain yang mampu membawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

last, tak salah pun sebenarnya nak berblogging. aku tak minat dengan nuffnang semua tue dah even dulu penah juga jadi customer dia hehe tapi sekarang, aku tak tahu blog ni nak fokus arah mana selain berkongsikan pendapat dan pengalaman kecuali dalam tempoh setahun, mungkin blog ini berubah wajah menjadi orang tengah untuk bisnes aku. one day. aku tengah plan nak buat bisnes kat area Kota Kinabalu. bisnes apa? nanti aku kongsikan. keadaan sekarang tak mengizinkan aku untuk melangkah ke hadapan sebab aku masih terikat dengan jadual kuliah dan masih belajar selok belok bisnes. insyaAllah.

 rindu dengan blogger lama. Nelly, Iqbal Hakimi, Syafiq Rosli, Aman, Nazirul Hazwan ~ ramai lagi yang dah mula kurang aktif dengan blog. dulu kemain rajin korang datang blog aku kan. sekarang rajin tweet jak.


:: entah bila ada kesempatan untuk berjumpa dengan Bro Framestone.
:: dah kurang kenal dengan blogger baru sekarang nie..

Sunday, 24 June 2012

Segmen | Segmen : I Follow ~ ~ ~

 


like i said before,
 aku tengah merajinkan diri join segmen and blogwalking sekarang.. 
klik banner if nak join.
^^

p/s : 
aku mengharapkan Spain bertemu dengan Germany. aku tak kisah siapa yang menang di antara England vs. Italy tapi come on England. wa dah lama support ur country okayy hehe

Segmen | Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan Part II

miss Z berceloteh

segmen ke-4 yang aku join setakat nie..
mood sekarang asyik nak join segmen jak hehe..
klik banner if nak join.

bilangan follower - 33 sebab ni blog baru. yg lama 1019 tapi da terminated
negeri - Sabah

Segmen | Segmen : Kenali Komuniti Blogge

Hello blogger's.. how's your weekend? aku baru lepas menghabiskan masa dengan cousin kesayangan tengok cerita 'Brave' tapi nati lah aku update, tak mampu nak update sekarang sebab tengah fikir benda lain. lepas habis tengok cerita tu, sempat gak berborak dengan adik adik aku pasal 'Blogger' zaman sekarang. hah! tue pun nati aku akan update juga. not now.. so once i reach home, tetiba dapat assignment dari dia  nie.. entah apa angin dia pergi tag aku, tapi syukurlah sebab akhirnya dia update juga blog yang dah mula bersarang tue.. siap salin kulit lagi hehe.
Thanks Achie.


klik header if nak join, tapi jom lah join. header free ok.. 
aku suka dengan nota kaki dari tuan punya  belog tue..
Selamat bersegmen dan selamat berkenalan pada semua blogger...together we stand under one roof and support our blogger action !!  

Saturday, 23 June 2012

Segmen | Segmen Bloglist Julai-Ogos 2012 by Miera Atiera

Aku bukan angkuh
dengan cinta mu..

Aku bukan menidakkan
cinta mu..

Aku hanya tidak ingin
menjadi hamba cinta mu
yang tidak halal
bagi ku..

Maaf..
aku terlalu naif..

Pinanglah daku dengan lafaz
'Bismillahirrahmanirrahim'






jom join segmen nie..
klik banner. 


hujung minggu di habiskan masa bersama cousin cousin kesayangan tengok movie 'Brave'

Brave by Disney Pixar

Segmen | Segmen Tambah Follower Blog


dua hati nak join tapi bila tengok deadline 24hb June 2012 maka gagahkan diri juga join.
klik banner if nak join.
jom blogwalking..

Saturday, 16 June 2012

kbai my blog


Happy ahad day!
dari tadi asyik taip tittle yang sesuai last and tekan button backspace jak, last last nah! tu dia.. nda taw apa lagi title yang ngam untuk entry kali nie.. muka happy semacam dari semalam macam ada something jak kan hehe well, semalam aku dah berjaya import semua post daripada blog lama hehe Yay! i made it..  tapi hanya mampu import blog post jak lah, bukannya followers haha.. followers sekarang nie pun less than 30+  hehe 
so now, i have 994 post's including post yang daripada blog baru. wahhh gilerr banyak entry aku buat dulu dulu haha kaki blogging ka orang rajin update entry? since aku dah import semua post's lama ke blog baru ni, maka dengan ini aku nak isytiharkan bahawa blog lama tue akan di delete huhu hanya tinggal kenangan di blog ini sahaja. 
aku mula berblogging sejak tahun 2010 lagi, bermula daripada bulan May.. itu pun sebab aku terikut-ikut dengan kazen aku yang masa tue sibuk juga dengan blog dia.. so aku pun nak buat laa.. bila tengok balik entry entry lama, macam tak percaya pula, gaya penulisan aku dah makin maju 'sedikit' but much better than before laa haha 
starting from December 2010, aku dah semakin rajin buat entry dan serius dalam blog sehinggalah awal tahun 2010.. masa tu gak followers dah mencanak naik sebab masa tue aku pernah buat segmen, GA dan juga selalu hack blog orang untuk di ubah suai.. seriously, blog lama tu terlalu banyak kenangan buat aku sebab orang kenal aku melalui header aku yang kadang-kadang orang geli nak tengok kot.. melalui header tue juga lah identiti aku mula terbentuk. seorang blogger Sabahan's yang selalu update entry by using Sabahan's language.. seorang blogger yang ketika itu berumur 20 tahun tapi muka macam baru lepas habis SPM.. seorang blogger yang bukan retis tapi friendly sampai jadi tourist guide.. dan juga terkenal sebab header cicak hijau.. That's me.. 



penulisan aku tidak serius sangat sebab blog aku more on personal.. so language yang aku guna ialah bahasa kasar hehe tapi sekarang ni pun dah bercampur dengan BI hoho practice untuk MUET nie.. oh blog lama.. banyak sangat kenangan laa. macam nda sampai hati nak delete pun ada.. selama aku stop berblogging, aku selalu juga blogwalking ke blog member lama.. and contact via Twitter or Facebook.. ada juga yang terus lost contact but syukur alhamdulillah.. aku dapat juga jumpa mereka balik ~ mereka yang masih ingat dengan blog lama aku.. and masih ingat dengan aku.. 
so, itu cerita tahun 2011.. sekarang 2012.. aku dah 21 tahun pun but gaya penulisan aku masih macam dulu hehe tiada apa yang berubah melainkan blog sahaja.. tiada sudah indentiti lama aku.. blog baru ini hanya lah sebagai penghubung untuk member lama lama sahaja.. serius dalam blogging? mungkin tak.. hehe cukup lah dengan ada nya blog ini, ukhuwah  itu akan sentiasa terjalin di antara aku dan mereka..

bye bye blog lama.. 

Kak LM cakap 
 ada kasut tumit tinggi dan cermin mata tu macam melambangkan nama tuan blog..miszydian..simbolik


Untunglah kena wish oleh Erra Fazira


Selamat Hari Jadi buat kakak angkat kesayangan ku ~ Kak Iera

birthday kak iera sama dengan birthday adik bongsu aku.. haha tapi boleh2 aku lupa wish birthday adik sendiri, padahal birthday Kak Iera pula yang aku ingat hahaha 


untunglah birthday dia kena wish oleh Erra Fazira tue hehe ok lah sebab artis macam tu tak sombong and friendly hehe.. kalau birthday aku nanti, aku harap laa Fizo Omar dan Amran Ismail akan wish hahaha btw, kak iera kesayangan saya.. semoga kakak sentiasa di murahkan rezeki, sentiasa sihat, sentiasa gembira dan cepat2 kawen yerr kak.. yang penting, semoga ukhuwah di antara kita akan sentiasa berkekalan walaupun berjauhan dan pernah berjumpa sekali jak.. Last but not least, may Allah showers you with His blessed kaka..
oh lupa pula.. macam mana kami boleh jadi rapat and dah jadi macam family sendiri? baca sini yerr..

bila nak datang Sabah lagi nie kak? hehe 

Mama, Dady kirim doa buat kaka..selamat hari jadi dari kami sekeluarga.. salam kejauhan dari Sabah. 

Ibarat kecik jak dunia ini rupanya


Happy saturday people! 
 jyeahhh! ucap selamat sebab hari ni aku berjaya bangun awal tapi tido balik nampak muka happy semacam tue? did u see that? see? HoHoo i'm back! rasanya mana mana member blogger lama aku mesti taw trademark aku dulu ialah asal weekend jak, update entry dengan muka baru bangun tidur belum basuh muka ketara sangat kaki blogging Hehee. orang cakap kalau nak tengok muka pure seseorang tanpa make-up ialah lepas bangun dari tidur pada waktu pagi HeHee.. look alike young. syukur alhamdulillah. 

percayalah bahawa ini adalah entry tadi pagi yang tidak sempat di publish sebab ketiadaan WiFi jiran hehe.. 

back to the story, secara am nya aku telah berjumpa dengan beberapa orang blogger yang mungkin secara kebetulan atau mungkin sudah di takdirkan untuk berjumpa. antaranya ialah classmate aku sendiri, schoolmate, dan juga yang memang sudah di rancang untuk berjumpa iaitu Cikgu Fiq dan Kak Iera. tapi ada satu lagi, yang paling tidak di sangka sangka iaitu housemate aku juga ialah blogger dan follower blog lama aku dulu. 

Oh Kira! kenapa baru sekarang aku menyedari perkara ini? kenapa? last semester, aku dan Kira ialah housemate.. kami pun jarang jarang tegur sebab aku bukan selalu ada di rumah tue dan kekadang aku pun naik segan nak tegur sebenarnya hahaha cuma ada lah beberapa kali kami berborak sampai nda sedar diri pasal cerita hantu di UiTM KK kunun haha. 

so, macam mana aku boleh taw dia nie blogger dan follower lama aku? daripada blogger lain juga, Achie hehe. actually aku terbaca satu post lama dia, pasal apa ntah.. then dia ada mention nama Kira. bila aku preview profile tu.. weyyhh! housemate ni. whaatdaaaa?? haha kecik boss dunia blogging nie.. patut pun nama Kira Kekuri ni semacam familiar jak dan patut pun dulu Kira cakap dia macam pernah tengok aku hehe rupanya dia pernah ikut satu segmen yang aku buat dan dari segmen tu juga lah aku kenal dengan Achie kat blog. kann?

header lama yang trademark aku juga. 

excited aku terus bila dapat taw ex-housemate adalah blogger. haha kenapalah baru sekarang ni aku dapat taw.. kenapa bukan dari last semester? kalau nda, kompom lah dunia kami sama sebab blogger kan.. well Kira, nanti kita jumpa yaaa.. kalau turun KK tu, roger roger jak haha.. 

Siti Syakirah

Kira comel. hehe pinjam gambar dari fb jap hehe

Tuesday, 19 April 2011

apabila orang berbuat baik dengan kita


salam blogger's..
sorry aku nda boleh fokus dengan online sekarang nie..terlampau banyak kerja tapi kalau ada masa pun aku akan berblogging juga (n__n)Y, bila satu hari nda online rasa macam lain la plak ~ weyhh melampaunya perasaan aku nie plak : ) hehehe.. nampak tue tajuk entry di atas? apabila orang berbuat baik dengan kita, sudah semestinya kita akan membalas mereka dengan kebaikan bukan? actually entry nie bukan nak kupas pasal pepatah nie tapi nak kupas kesemua blog yang aku rasa .. apa erk~ tak taw macam mana nak cakap.. aku cuma nak kenang balik bloggers yang baik dengan aku masa aku mula berblogging dulu.. korang layan dulu boleh? sure korang kenal mereka nie kan (n_~)

blog cikgu

cikgufiq.blogspot.com

nie antara member blogger yang paling rapat dengan aku.. err dekat blog jak la.. hehe.. dia memang peramah sangat² dan pelawak orangnya tapi di blog jak lah. aku rapat dengan dia since dia komen kat blog aku pasal aku ada post card matrix aku di satu entry tue.. dia ingatkan kat aku kalau boleh jangan tayang no i/c di public macam nie.. lepas jak hal tu, aku rajin berblogging dengan dia.. and yes! aku dah jumpa dia awal tahun di KL :) nak kenal? pergi serang dia~ tapi sekarang dia macam busy dengan study cause dia tengah praktikal kan..

blog accountant

nas! aku kenal dia masa aku mula berblogging.. rajin gak singgah blog dia nie sebab blog dia nie penuh dengan info hasil pemikiran dia sendiri, means dia rajin bagi pendapat tentang sesuatu perkara.. tapi blog dia nie nda lah serius sangat juga, orangnya pun peramah dan hensem haha.. tipu jak~ :) rajin² jak kamu pi sana kalau kamu suka berdebat or luah pendapat.. 

blog pilot
iqbalhakimi

nie siapa yang nda kenal pilot hensem nie pergi berkenalan cepat² dengan dia tapi mak dia nda maw dia ada girlfriend dulu time dia belajar... haha.. korang kena tunggu laa.. nie pun aku kenal masa aku mula berblogging, masa tue kan memang jauh beza sangat cara penulisan blogger nie berbanding sekarang.. entry dia semua simple tapi sarat dengan pelbagai maksud.. eh, dia nie die hard fans of Lisa Surihani~ :)

blog budak lepasan SPM

Nelly The Strange

gadis kecil molek nie memang peramah habis²an taw.. dia lah antara blogger yang paling rajin online kali wat masa nie sebab dah jadi penganggur~ hehe.. apa yang best pasal blogger nie? dia rajin drop comment and memang care habis dengan blogger lain.. blog dia pun penuh dengan pelbagai info.. nda caya? pi terjah sekarang.. hehe.. antara blogger yang mesra alam masa aku mula² berblogging..

blog budak U

comel kan header dia.. aku rasa sepanjang aku berblogging sempat lah juga aku tengok blog nie bertukar kulit sebanyak 3 kali kot.. hehe.. last, dia pilih kaler hijau sebab dia jeles blog aku kaler hijau gak ~ :) blog kakak norfa! aku rajin gak drop comment dekat blog dia sebab blog dia nie macam blog budak pilot gak.. dorang sama² naik dalam dunia berblogging.. kalau nak minta tunjuk ajar dengan kakak cantik nie pun boleh juga, kan kak norfa~ :)

blog doktor


OMJ! comel sangat² okei kakak nie.. dia sekarang di tahun akhir dalam bidang medic and study di Russia.. aku pun nda pasti lah kalau kakak comel nie salah pilih bidang ka atau apa sebab dia sangat² lah teror memasak~ kalau jadi isteri orang nie memang untung lah orang tue kan Kak ML :) tapi sorry dia dah ada tunang hehe.. antara blog yang aku dah jelajah habis daripada entry pertama sehingga entry terlatest ~ nda menyesal kalau singgah di blog dia..

and satu lagi blog yang perasan hensem! haishh aku paling nda suka kalau dia singgah di blog aku nda tinggal jejak dengan menggunakan nama 'nazirulensem'.. memang dia nie berangan maw jadi CEO betul la.. haha.. nie blogger vintage okei :)

kesimpulannya, mereka semua peramah dan baik hati.. bukan maw review tapi aku teringat balik masa mula berblogging, aku rajin pergi blog dorang dan adalah amik sedikit banyak info or tips dalam berblogging daripada dorang tapi kebanyakkannya aku cuma suka berkongsi cerita dengan dorang :) apabila orang berbuat baik dengan kita, kita akan kenang jasa kebaikan mereka walau sekecil zarah sekali pun kan? 

even dorang ramai follower dan semuanya ada 1k followers~ dorang nda sombong or cepat melatah or tersentap or marah or or or~ yang seangkatan dengannya :) 

tu jak aku maw share :) benda baik kita kena kongsikan bersama, nda boleh karit nati nda berkat apa yang kamu ada tue.. okei? 

selamat berblogging



Photobucket

Wednesday, 13 April 2011

kena tuduh jadi hacker pula


macam nie kah muka orang bersalah yang di tuduh jadi HACKER? tell me why~ (T__T)
aku rapat dengan blogger nie sebab dia comel tapi kenapa dia cakap aku hacker? terus ilang kecomelan blogger tue.. kesian, kurang sudah kecomelan dia macam aku : P
dia siap buat entry khas untuk aku lagi tue sebab nak bagi taw kat semua orang yang aku nie hack blog dia.. kalau aku hack facebook dia, habis lah semua orang block aku pula..  
ndapa la, terima kasih Tuan Tanah sebab buat entry khas untuk aku.. 
aku suka sangat², terharu pun ada.. (n__n)Y


Bambam\

p/s : sorry CB :)

Photobucket

Tuesday, 5 April 2011

my 444 follower

ok actually sudah jadi 445 tapi aku lambat buat post tentang nie.. hehe.. 
happy sebab akhirnya blog aku ada juga yang sudi maw follow biarpun entry dia nda se-hot mana tapi aku nda kesah.. yang penting kamu ikhlas dan sudi baca.. nda komen pun nda pa..

comel gila cicak di atas nie :)

 aku sempat print screen nie tadi tapi di sebabkan aku sibuk terjah blog mereka yang join segmen aku, maka terpaksa aku post pone nie post dan banner nie pun di import khas dari classmate aku.. hehe.. sorry, aku ndada photoshop cuma ada photoscape jak.. hehe..

follower ke 444 ialah

 dia nie blogger newbie.. jadi sila berikan tunjuk ajar pada dia yerr.. korang jangan buli dia sebab dia follower bertuah aku.. 
 cik adik comel, sila tampal banner kat atas tue ya.. tu jak yang mampu saya bagi hihi..
 and sila email kan nama dan alamat penuh kamu berserta num telefon sebab saya ada something maw bagi sama kamu :)
dianmnr91@gmail.com
email cepat² ya dear kalau maw cepat sampai

jom yang lain berkenalan dengan blogger baru ini



Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017