Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium
Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Wednesday, 30 March 2011

Bila ex-boyfriend menjadi kawan baik

salam thursday semua 
happy bangat hari nie kan, sebab kerja account aku hari nie sangat lah banyak tapi aku berjaya juga akhirnya siapkan account tue hehe congrats dian!   maw jua kena flying kiss kan ehehehe : )

tajuk entry hari ini ialah bila Ex Boyfriend menjadi kawan baik. eh boleh kah macam tue? for sure, ramai yang bila dah clash terus lost contact kan sama ex gf/bf kamu kan? ya kan? time couple dulu best jak tapi bila sudah break, hah! maw tengok muka pun macam maw kena demam kuskus sudah jadinya hihi :)


ya! straight to da tajuk entry. aku ada boyfriend tapi kami sudah clash time raya, but still boleh contact sampai sekarang. at the time, kami decide untuk jadi kawan baik jak. hurm pelik kah macam tue? nda janggal kah bila bf tetiba jadi kawan baik? frequently, ada yang tanya kenapa nda lost contact jak terus,kan kalau teringat balik semua sweet memory tue boleh menyakitkan hati? ada baik dan buruknya bila ex bf/gf jadi kawan baik sendiri. well, let me answer all da quests..

 kenapa sanggup terima dia jadi kawan baik?
dulu before kenal, of courese lah si dia ialah kawan baik kan then title relationship tue dah bertukar jadi couple. so lepas break jak, why not jadi kawan jak if korang tak boleh nak go thru as couple? nda menjadi masalah kan lagi pun sudah tentu perangai si dia kamu kenal daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. plus, kalau dulu sanggup terima dia apa saja, kenapa nda sanggup nak terima dia sebagai kawan kan? nda kan maw buang dia macam tue saja? ini untuk yang clash dgn ex bf/gf secara baik.

 tak rasa pelik or janggal? 
for da 1st time, yes! but bila sudah lama dan terbiasa, semua tue akan menjadi satu kebiasaan saja.


 macam mana kalau teringat balik kenangan lalu?
kenangan lalu jatuh kat parit pun masa kecik boleh ingat apatah lagi kenangan dengan si dia kan? normal bila teringat semua macam tue and if korang dah biasa dengan dia lepas clash, kenapa tidak bercakap pasal apa yang korang dah lalui dengan dia sebelum nie? point kat sini bukan nak tunjukkan pada si dia yang korang nak balik semula tapi untuk hargai kenangan lalu and tak salah kan?


  tak perlu risau nak datang lambat atau menunggu
kalau dulu masa couple kena tunggu si dia datang then lambat lagi, mesti jadi isu untuk pergaduhan kan? tapi cuba kalau dia dah jadi kawan baik? hah! nda perlu maw risau kena marah² sebab datang lambat, buat derk jak. bukan dia kesah juga pun, kan dah jadi kawan baik :)


ayat tak perlu nak bertapis²
nie lagi, kalau dulu asal nak bercakap jak mesti ayat semua macam gula² kan, sampai buat korang sakit gigi nak tersenyum ahahaa. then nak bercakap something pun, kena guna filter lagi supaya ndada yang terasa atau sakit hati. ya kan? tapi if dah jadi kawan, cakap jak direct. nda payah  maw hiding apa² dari dia and normally kawan boleh terima jak kan.


 masih boleh menjadi tempat mengadu masalah
bila si dia ada masalah dan nda taw maw berkongsi dengan siapa², kamu boleh lah jadi volunteer untuk mendengar luahan masalah dia. siapa cakap kalau ada problem nak kena share dengan bf/gf jak tapi nda boleh share dengan ex bf/gf? boleh asal kan kamu masih percaya dan ikhlas dengan dia untuk mendengar masalah dia. for sure, tentu dia hargai apa yang kamu buat sekarang untuk dia kan :)


 lakukan aktiviti harian bersama²
kalau dah dua² masih single, kenapa tak sekali sekala hang out sama² or dengan kawan² kan? be happy dan jangan duduk menangis kat tepi katil sebab ex bf/gf dah nda maw dengan korang. pergilah ubat hati tue. keluar dengan si dia pasti boleh buat kamu gembira walaupun masa tue memang akan buat kamu teringat balik kisah lalu tapi ketepikan jak hal tue, tidak akan mempengaruhi apa² jua :)


 menahan hati
sila tahan hati sekiranya anda dapat tahu bahawa si dia sudah ada pengganti tapi masih mahu berkawan dengan anda. hehe part nie paling susah sebab menyentuh soal perasaan kan? insya allah, jika kamu ikhlas berkawan dengan dia, walaupun si dia sudah ada orang lain, kenapa tidak kamu berkongsi kegembiraan tersebut dengan si dia? sounds silly right? hehe.. pernah dengar pepatah nie, jika kamu bahagia dengan si dia, maka aku turut bahagia di atas kebahagiaan kamu. ehh itu ayat aku. kita doakan yang terbaik untuk orang lain sebab ada hikmahnya kenapa kamu hanya menjadi kawan dia dan bukan pilihan dia kan? :)


 perasaan sayang masih ada
soal perasaan adalah paling penting dan susah di tafsir apatah lagi nak di huraikan? saintis pun nda boleh buat macam nie taw? hehe kamu tanya lah dorang kalau dorang ada formula untuk soal perasaan. kalau ada, share dengan aku sekali hehehe. pendapat aku, perasaan sayang tue sampai sekarang masih ada tapi tidak pernah melebihi daripada perasaan sebagai kawan. tipu? betul nie. ambil lah sebanyak mana masa yang kamu mahu tapi masa² yang telah berlalu itu tidak akan pernah kembali dan di antara masa itu, akan ada seseorang untuk kamu tapi di sebabkan masa yang kamu ambil untuk melupakan si dia terlalu lama, orang itu akan berlalu pergi tanpa kamu sedari. so wake up².. buka mata luas² dan mulakan hidup baru. terima kenyataan dan kuatkan hati kamu. si dia yang sudah menjadi ex gf/bf kamu pasti akan memberikan support pada kamu juga.


 dia akan ada bila kamu memerlukan dia
kalau kamu ada masalah dan memerlukan pertolongan dari si dia, kenapa tidak meminta bantuan dari si dia kan? nda jua dia tergamak tinggalkan kamu dengan masalah tanpa melakukan apa². insya allah dia akan cuba menolong setakat yang dia mampu.


gaduh dan merajuk sudah jadi basi
sekarang bila sudah jadi kawan, nda payah lah maw merajuk sana sini tapi bergaduh, ya! hehe. seriously bila jadi kawan dengan ex bf/gf memang best sebab boleh di bawa bergaduh mulut tapi nda lah sampai tahap kronik yaa. masa nie boleh lah main cakap lepas jak tapi jangan hentam dia sangat, agak² lah juga kalau maw bercakap. bila dah jadi kawan, bergaduh cuma perkara biasa dan merajuk pun sudah tiada fungsi melainkan kalau kamu bergaduh tahap kronik sila lah merajuk dan tunggu untuk di pujuk ya itu pun kalau si dia mahu.


 macam mana dengan penerimaan kawan² lain?
kalau sanggup nak buka sejarah lama, di persilakan bercakap secara non-stop sebab sudah tentu kisah kamu panjang lebar kan so why not kamu cuma cakap ' kami lebih sesuai menjadi kawan baik saja' . dan kawan kamu mesti memahami kan :)


 jika dia di takdirkan menjadi kawan kamu buat selamanya
terima dan redha sebab kamu sempat juga kan merasa menjadi sebahagian daripada si dia? :)






ada kebaikan dan keburukkan nya bila ex bf/gf menjadi kawan baik tapi kenapa maw amik yang buruk jak? tengok lah kebaikan dia dan hidup lah dengan gembira bha kan hehe. nda  salah rasanya kalau si dia menjadi kawan baik kita mungkin ada hikmah di sebalik apa yang sudah berlaku kan. mungkin dia bukan jodoh yang telah di tentukan buat kamu jadi apa salahnya sekiranya kita berdoa dan memohon seseorang yang baik di pertemukan dengan kita. 

abis suda kan pasal entry nie hehe kenapa aku tetiba buat entry macam nie? sebab semalam sempat pergi shopping dengan si dia sampai nda ingat dunia. tak rasa pun macam couple sebab perasaan senang hati tue sentiasa ada walaupun kadang² si dia nie bikin panas, maw jak   tampar dia laju² sebab suka sangat menyakat orang, nasib lah si dia masih single lagi hehe kalau ada gf pun, buat derk jak. bukan maw ada affair pun ahahaha..






p/s : dia pi melaka, jadi sebal sket sebab ndada tukang anta pi keja huhu
p/s : ramai yg fly sana sini time birthday aku.. aishh nda best betul birthday tahun nie..

Monday, 14 March 2011

Couple yaa?

bagi mereka yang sedang bercouple sekarang, pasti jawapan ini yang akan keluar dari mulut mereka bukan? sama-sama lah kita merenung kebaikan di sebalik istilah couple ini ok? ^.^




Kami tidak berzina ! 

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.


Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina? 

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.


Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu. 

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.


Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun! 

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?


Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.


Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) 

Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi. 

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? 

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. 
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini? 
Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami? 
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

kita amik iktibar daripada petikan artikel di atas.. maaf jika artikel ini bercanggah dengan pendapat anda, tapi saya cuma hendak berkongsi sesuatu dengan anda semua..


'selamat berblogging '

sumber daripada : Iluvislam

Wednesday, 8 December 2010

Apabila air mata itu tidak abadi

View Image




Alhamdulillah, akhirnya detik-detik hitam yang mewarnai hidup ini telah beransur pergi dan hilang. Apa yang tinggal kini hanya lah kebahagiaan, ketenangan dan senyuman untuk hari-hari yang akan datang. Setiap orang pasti tidak akan terlepas dari menangisi kehidupan-kehidupan yang di lalui. Semua orang pernah di uji dan tidak ada yang terkecuali. Ada perit, ada yang sukar dan ada yang terlalu banyak halangan dan cabaran tetapi Allah S.W.T itu maha adil. Dia tidak akan memberikan seseuatu yang melebihi dari kemampuan kita untuk menghadapi dugaannya. Dalam kita menghadapi ujian pasti ada jalan keluarnya. Sebagai langkah pertama cuba kita memahami dan hayati pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, “ sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar”. Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal dan jalan keluar itu sentiasa ada. Mana mungkin ada malam yang tiada siang, pagi tanpa petang, banjir yang berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah adil terhadap makhluknya. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci dan tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, kadang-kala kita pasti akan mengalami jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Ayat ini sering kita dengar di mana-mana ‘ setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya’. 

Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah yang tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar. Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah, 

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4). 

Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan, 

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6) 

Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Kenyataan ini bukan lah hanya sekadar omongan atau palsu tapi jangan lah tanya dengan ku bagaimana dan bila. Tetapi bersabar lah dan airmata itu tidak akan kekal abadi, ia pasti akan pergi dan menggantikan dengan 1001 senyuman yang membawa erti kebahagiaan kepada kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Aku semakin matang bila

View Image


  • Aku dapat bersabar dan bertenang sekiranya apa yang aku hajati tidak tercapai.
  • Aku mampu sembunyikan segala perasaan sedih, kecewa atau tersinggung oleh orang lain ketika aku berada di dalam sesuatu kumpulan atau dengan orang ramai. 
  • Aku tak akan merasa iri hati atau cemburu melihat kejayaan orang lain tetapi turut menumpang gembira atas kejayaan orang tersebut sebab aku tahu aku mampu melakukan seperti dia juga.
  • Aku dapat mengawal perasaan amarah, dendam dan benci aku terhadap orang-orang yang mungkin tidak wajar menerima perasaan karut aku itu.
  • Aku akan dapat menyesuaikan diri dan tidak merasa malu sekiranya aku tidak mampu hidup setaraf dengan kawan-kawan aku yang lain sebab rezeki masing-masaing tidak sama kan.
  • Aku dapat belajar dan menerima kritikan orang lain dengan hati dan fikiran yang terbuka.
  • Aku masih dapat memandang ke hadapaan dengan bersabar apabila menghadapi masalah dan menanggung beban yang berat demi masa depan tanpa perlu rasa bimbang dan ragu.
  • Aku mengaku dengan jujur bahawa aku betul-betul tidak tahu menahu tantang sesuatu perkara.
  • Aku dapat melakukan sesuatu tanpa berlebih-lebihan dan rasa tidak puas hati serta tenang.
  • Aku mendahulukan orang lain dahulu di dalam hidup ku dan kemudian barulah diriku.
  • Aku dapat mengeratkan lagi perhubungan aku dengan sahabat-sahabat aku tanpa mengharapkan tempat yang istimewa di dalam hidup mereka.
  • Dan aku dapat berlaku jujur apabila berkawan dengan lelaki.


Semakin matang apabila mampu menghadapi semua perkara tanpa melakukan tindakan di luar kawalan.
Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017