Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium

Saturday, 16 June 2012

kbai my blog


Happy ahad day!
dari tadi asyik taip tittle yang sesuai last and tekan button backspace jak, last last nah! tu dia.. nda taw apa lagi title yang ngam untuk entry kali nie.. muka happy semacam dari semalam macam ada something jak kan hehe well, semalam aku dah berjaya import semua post daripada blog lama hehe Yay! i made it..  tapi hanya mampu import blog post jak lah, bukannya followers haha.. followers sekarang nie pun less than 30+  hehe 
so now, i have 994 post's including post yang daripada blog baru. wahhh gilerr banyak entry aku buat dulu dulu haha kaki blogging ka orang rajin update entry? since aku dah import semua post's lama ke blog baru ni, maka dengan ini aku nak isytiharkan bahawa blog lama tue akan di delete huhu hanya tinggal kenangan di blog ini sahaja. 
aku mula berblogging sejak tahun 2010 lagi, bermula daripada bulan May.. itu pun sebab aku terikut-ikut dengan kazen aku yang masa tue sibuk juga dengan blog dia.. so aku pun nak buat laa.. bila tengok balik entry entry lama, macam tak percaya pula, gaya penulisan aku dah makin maju 'sedikit' but much better than before laa haha 
starting from December 2010, aku dah semakin rajin buat entry dan serius dalam blog sehinggalah awal tahun 2010.. masa tu gak followers dah mencanak naik sebab masa tue aku pernah buat segmen, GA dan juga selalu hack blog orang untuk di ubah suai.. seriously, blog lama tu terlalu banyak kenangan buat aku sebab orang kenal aku melalui header aku yang kadang-kadang orang geli nak tengok kot.. melalui header tue juga lah identiti aku mula terbentuk. seorang blogger Sabahan's yang selalu update entry by using Sabahan's language.. seorang blogger yang ketika itu berumur 20 tahun tapi muka macam baru lepas habis SPM.. seorang blogger yang bukan retis tapi friendly sampai jadi tourist guide.. dan juga terkenal sebab header cicak hijau.. That's me.. 



penulisan aku tidak serius sangat sebab blog aku more on personal.. so language yang aku guna ialah bahasa kasar hehe tapi sekarang ni pun dah bercampur dengan BI hoho practice untuk MUET nie.. oh blog lama.. banyak sangat kenangan laa. macam nda sampai hati nak delete pun ada.. selama aku stop berblogging, aku selalu juga blogwalking ke blog member lama.. and contact via Twitter or Facebook.. ada juga yang terus lost contact but syukur alhamdulillah.. aku dapat juga jumpa mereka balik ~ mereka yang masih ingat dengan blog lama aku.. and masih ingat dengan aku.. 
so, itu cerita tahun 2011.. sekarang 2012.. aku dah 21 tahun pun but gaya penulisan aku masih macam dulu hehe tiada apa yang berubah melainkan blog sahaja.. tiada sudah indentiti lama aku.. blog baru ini hanya lah sebagai penghubung untuk member lama lama sahaja.. serius dalam blogging? mungkin tak.. hehe cukup lah dengan ada nya blog ini, ukhuwah  itu akan sentiasa terjalin di antara aku dan mereka..

bye bye blog lama.. 

Kak LM cakap 
 ada kasut tumit tinggi dan cermin mata tu macam melambangkan nama tuan blog..miszydian..simbolik


Untunglah kena wish oleh Erra Fazira


Selamat Hari Jadi buat kakak angkat kesayangan ku ~ Kak Iera

birthday kak iera sama dengan birthday adik bongsu aku.. haha tapi boleh2 aku lupa wish birthday adik sendiri, padahal birthday Kak Iera pula yang aku ingat hahaha 


untunglah birthday dia kena wish oleh Erra Fazira tue hehe ok lah sebab artis macam tu tak sombong and friendly hehe.. kalau birthday aku nanti, aku harap laa Fizo Omar dan Amran Ismail akan wish hahaha btw, kak iera kesayangan saya.. semoga kakak sentiasa di murahkan rezeki, sentiasa sihat, sentiasa gembira dan cepat2 kawen yerr kak.. yang penting, semoga ukhuwah di antara kita akan sentiasa berkekalan walaupun berjauhan dan pernah berjumpa sekali jak.. Last but not least, may Allah showers you with His blessed kaka..
oh lupa pula.. macam mana kami boleh jadi rapat and dah jadi macam family sendiri? baca sini yerr..

bila nak datang Sabah lagi nie kak? hehe 

Mama, Dady kirim doa buat kaka..selamat hari jadi dari kami sekeluarga.. salam kejauhan dari Sabah. 

Ibarat kecik jak dunia ini rupanya


Happy saturday people! 
 jyeahhh! ucap selamat sebab hari ni aku berjaya bangun awal tapi tido balik nampak muka happy semacam tue? did u see that? see? HoHoo i'm back! rasanya mana mana member blogger lama aku mesti taw trademark aku dulu ialah asal weekend jak, update entry dengan muka baru bangun tidur belum basuh muka ketara sangat kaki blogging Hehee. orang cakap kalau nak tengok muka pure seseorang tanpa make-up ialah lepas bangun dari tidur pada waktu pagi HeHee.. look alike young. syukur alhamdulillah. 

percayalah bahawa ini adalah entry tadi pagi yang tidak sempat di publish sebab ketiadaan WiFi jiran hehe.. 

back to the story, secara am nya aku telah berjumpa dengan beberapa orang blogger yang mungkin secara kebetulan atau mungkin sudah di takdirkan untuk berjumpa. antaranya ialah classmate aku sendiri, schoolmate, dan juga yang memang sudah di rancang untuk berjumpa iaitu Cikgu Fiq dan Kak Iera. tapi ada satu lagi, yang paling tidak di sangka sangka iaitu housemate aku juga ialah blogger dan follower blog lama aku dulu. 

Oh Kira! kenapa baru sekarang aku menyedari perkara ini? kenapa? last semester, aku dan Kira ialah housemate.. kami pun jarang jarang tegur sebab aku bukan selalu ada di rumah tue dan kekadang aku pun naik segan nak tegur sebenarnya hahaha cuma ada lah beberapa kali kami berborak sampai nda sedar diri pasal cerita hantu di UiTM KK kunun haha. 

so, macam mana aku boleh taw dia nie blogger dan follower lama aku? daripada blogger lain juga, Achie hehe. actually aku terbaca satu post lama dia, pasal apa ntah.. then dia ada mention nama Kira. bila aku preview profile tu.. weyyhh! housemate ni. whaatdaaaa?? haha kecik boss dunia blogging nie.. patut pun nama Kira Kekuri ni semacam familiar jak dan patut pun dulu Kira cakap dia macam pernah tengok aku hehe rupanya dia pernah ikut satu segmen yang aku buat dan dari segmen tu juga lah aku kenal dengan Achie kat blog. kann?

header lama yang trademark aku juga. 

excited aku terus bila dapat taw ex-housemate adalah blogger. haha kenapalah baru sekarang ni aku dapat taw.. kenapa bukan dari last semester? kalau nda, kompom lah dunia kami sama sebab blogger kan.. well Kira, nanti kita jumpa yaaa.. kalau turun KK tu, roger roger jak haha.. 

Siti Syakirah

Kira comel. hehe pinjam gambar dari fb jap hehe
Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017