Hujung bulan dah kan? tak lama lagi nak masuk tahun baru. tak lama lagi nak masuk sekolah dah. tak lama lagi nak masuk kelas kuliah macam biasa. tak lama lagi nak kena beli barang-barang baru dan tak lama lagi nak kena shopping dan masuk kedai. hehe.. semuanya tak lama lagi.. bila dah nak dekat hujung bulan, selalunya gaji dah keluar kan dan dah tentulah perbelanjaan akan berlaku macam biasa. Shopping!
Aku suka sangat-sangat shopping terutama kasut dan beg. Bila dah ada duit, semua nak beli. Masuk daripada satu kedai ke kedai yang lain. Tapi dalam masa tue, ada juga yang best dan tak bestnya bila shopping ni, buat hilang mood jak nak menghabiskan duit.. ehehe..
Aku suka kedai ini kalau masa nak masuk tu, pekerja dia bagi salam dan sambut kita dengan senyuman yang manis. Kalau tak manis pun, buat2 manis lah k. Bukan apa, senang hati masuk kedai tue sebab pekerja dia peramah jak kan.. hehe..
Aku suka kedai ini kalau dia tak follow kita dari mula masuk sampai lah keluar dari kedai tue. Nak shopping pun senang hati sebab tak terasa ada orang memerhatikan kita. Kecuali bila kita dah choose something untuk dibeli dan perlukan bantuan diorang, barulah mereka akan datang dan tolong.
Aku suka kedai ini kalau masa nak bayar tue kan, cashier dia senyum dan bagi salam. Nak lagi kalau cashier dia lawa, memang senang hati lah dan senyum jak kan. Cashier tue penting sebab dia ialah orang utama kat dalam sesebuah kedai tue. Contoh terbaik di kedai makan fast food. Bila kita nak masuk jer, dari jauh lagi dia dah senyum lepas tu layan memang bagus la. Mesra jak. Siapa tak suka kan.
Aku suka kedai ini kalau bila nak amik order kan, pelayan tue datang dan senyum lagi. Bagus! Cakap pun sopan jak dan cekap buat kerja. Ini selalu lah kat kedai makan. Kedai kasut mana dah amik order, kecuali korang minta saiz kasut jak la.. hehe..
Tapi aku tak suka kedai nie, kalau masa nak masuk kedai tue, pekerja dia tengok lain semacam jak. Ingat aku takda duit ke? Ingat aku masuk ni nak cuci2 mata? hehe.. padahal memang macam tue pun.. haha.. tak lah, aku tak suka pekerja macam tue sebab dia pandang lain2 siap jeling2 lagi.Wahh lain macam nampak? kalau dah macam tue, aku terus blahh dari kedai tu, tak rugi apa2 pun aku, kedai tu jak rugi sebab dah hilang customer gara2 pekerja yang tak ramah.
Aku tak suka kedai ini sebab dari mula masuk sampai nak ke fitting room dan pergi kaunter pun, pekerja nie akan follow. Jadi bayang-bayang lah pula. Tak selesa lah kalau nak membeli barang-barang atau baju kan. Rasa macam kita nie jadi suspect lah pula. Bukan nak mencuri pun. Aku lagi tak suka kalau dia dah follow tue , orangnya tak mesra dan muka? huh! sombong sangat.
Aku tak suka kedai tue kalau masa nak bayar tue, cashier dia punya lah sombong perasan lawa. Aku tahu kerja macam tu penat, tapi tak kan tak boleh nak senyum kan? Every counter akan ada satu notis, yang menyatakan bahawa 'mereka akan memberikan layanan yang baik dan senyuman yang mesra kepada semua pelanggan.' Kira itu macam menunjukkan bahawa kedai mereka nie baik dan pekerja dia peramah lah. Rasanya mana2 tempat pun ada macam tue kan. Siap pakai bagde yang ada gambar senyum tapi cashier dia tak senyum. Garang betul muka dia. Aku nak senyum pun tak jadi. Macam nie ke nak layan customer? Biarpun cuma seorang budak kecil?
* kambing pun tahu senyum ok?
senyum-senyum kambing..
Perkara macam nie biasa terjadi kan. Mungkin aku tak rasa kot kepenatan mereka berkerja dan berjumpa pelanggan setiap masa tapi sebagai pelanggan, kami masih ada hak kan? hehe.. kalau dah pelanggan yang mengada-ngada tue, aku tak taw lah. Jangan lah buat hal pula dengan pekerja kedai. Kesian juga kat dorang.. Aku cuma suka kedai tue kalau pekerja dia peramah dan senyum. Hati pun senang lah juga. Kan?
p/s : ada satu kedai kat sini aku tak suka. tiap kali kalau member suruh bayar kat kaunter, aku akan elak sebab aku tak suka cashier dia, sombong tahap gaban! urghh!!
-ehsan gambar dari google
