Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium
Showing posts with label 30 Days Challenge. Show all posts
Showing posts with label 30 Days Challenge. Show all posts

Thursday, 20 January 2011

Day 20

Day 20- someone you see yourself marrying/being with in future.


nak tersedak aku bila tengok task kali nie taw.. fuhhhh.. tarik nafas panjang2 then hembus.. cool dian.. chill babe.. hihi.. nervous ke?? someone you see yourself marrying/being with in future.. kenapa dia bagi task macam nie? kenapa? kenapa?


dulu masa tengah hot couple dengan Mr Angkuh sibok lah cakap pasal kawen padahal belajar tak habis lagi pun..hehe.. mulut nie kan gatal nak cakap benda macam tue.. dah terlajak cakap maka di teruskan lah jua sesi merancang masa depan kononnya.. hihi.. alih-alih dah putus jadi kawan jak.. eh? kami masih macam dulu juga biarpun dah clash ok.. masing-masing dah sepakat untuk berpisah and jadi kawan sebab nak tumpukan perhatian lebih kat study.. tapi itu tak bermaksud study aku dengan dia terganggu.. everything is under control.. hehe..


ya, satu masa dulu aku pernah terfikir nak kahwin ngan dia.. hehe.. jangan gelak2 kat sana, sepak kang..hihi.. besalah tue, pemikiran tak update lagi padahal sengaja fikir macam tue..hehe.. dalam tempoh setahun yang lalu, macam-macam perkara dah terjadi.. selalu temankan dia pergi training kat dewan untuk main badminton , susah senang kami selalu bersama-sama.. ayat aku tak jiwang ok.. bila dia ada masalah, kena lah tolong kan, macam tue gak ngan aku.. dalam erti kata lain, we need each other..


ada orang cakap yang kami terlalu serius sangat sampaikan nak juga mengada-ngada bawa balik ke rumah jumpa parents. setiap orang ada pandangan tersendiri tapi apa salahnya kan kalau nak kenalkan bf/gf kat parents.. instead, lebih bagus sebab dah dapat restu awal cuma sampai mana kesudahan hubungan tue bergantung pada diri masing-masing.. 

da great Mr Angkuh sibling's

dia bawa aku balik ke Labuan untuk berjumpa dengan parents dia and so far so good.. aku pun dah banyak kali balik kat sana.. hehe.. and lagi satu, aku panggil parents dia Mama + Ayah.. hihi.. suka hati aku jak kan, tapi mama dia juga yang suruh.. family dia boleh terima aku, begitu juga dengan adik beradik dia.. now bila dah clash macam mana hubungan aku dengan keluarga dia?still ok.. ayah memang dah taw kami berdua cuma kawan and ayah ada tinggalkan pesan kat aku..


jaga diri baik-baik.. jaga abang baik-baik juga.. ayah tak marah kamu berdua.. yang penting, belajar dulu agar ayah dapat tumpang gembira dengan kamu. kalau ada jodoh, tak kan ke mana.. ayah masih terima kamu macam anak ayah..aku nak nangis dah bila ayah cakap macam tu taw..


time kakak kawen.. 1st time dia jumpa dengan family besar aku

parents aku pula? hermm.. dah banyak kali dia pergi rumah aku.. semua family aku kenal dia termasuk pakcik makcik and nenek aku sebab aku pernah bawa dia balik kampung.. semua bagi restu and suruh belajar baik-baik..sampai ada yang cakap, lepas habis belajar ni boleh lah kawin kan..hihi


tak kesah apa orang nak cakap pasal kami.. cakap lah.. yang penting aku cuma nak berkawan dengan dia baik-baik dan jaga hubungan nie.. kalau ada jodoh tak kan ke mana juga kan? hehe..ye tak? aku pun tak fikir banyak sangat pasal hal nie..


teringat dulu pernah gatal mulut nak cakap macam nie..

" yang, nanti nak kahwin kat mana? Labuan ke KK? kah kudat?"
" kahwin jak dekat pejabat tok kadi terus, senang cerita "




ceyhh apa punya jawapan lah dia bagi kat aku..asa macam nak bagi dia penampar kejap.. hehe..yang terlatest sekali, dia sanggup bayarkan lesen memandu untuk aku supaya aku senang nak pergi kuliah nanti huhuhu.. daddy aku pula cakap macam nie kat dia..

" tak payah bayar lah kan balik duit lesen tue.. kira macam deposit lah k"

haish!! tak tentu lagi jodoh kami macam mana dy.. hehe.. tapi aku memang pernah terfikir nak kawen ngan dia lah..hihi.. aku suka orang yang tinggi lampai macam dia, aktif sukan, humble, and caring..
korang yang tengah hot couple tue, jaga baik2 ya bf/gf korang.. hehe.. semoga hubungan korang berpanjangan.. nanti kawen jemput aku kat blog nie ok.. hehe.. rasanya jodoh kami dua berpanjangan tak?? hihi..


p/s : sometimes rasa rindu pula dengan kenangan lalu..


selamat berblogging






Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Wednesday, 19 January 2011

Day 19

Day 19- nickname you have; why do you have them?

nick name? nama timangan? apa itu? hihi wat tak tahu pula ya.. aku nak cerita kan secara ringkas jak ya.. aku tak ada banyak nama timangan cuma ada dua jak.. eh banyak ke tue? dua jak la..hehe..

sebelum tue, nama penuh aku ialah Dian Munira Binti Saidie

yang pertama sekali DYAN @ YAN
nie member baik dan rapat aku jak yang panggil aku macam nie.. usually kawan2 aku panggil aku dian.. tapi mereka yang sangat lah sengal lagi baik hati.. akan panggil aku Yan sahaja and if dorg text aku atau anta post untuk aku kat FB, mostly dorang akan guna nama DYAN.. not DIAN.. hehe..ada beza kan? adalah waaa..

yang kedua and last DIAN
tu jak pun.. hehe.. nama penuh and glomour aku.. hua3.. nak kena tampar laju2 nie taw..mostly..semua kawan2 aku panggil aku dengan nama nie.. nak sign lagi?? meh sini..hehe..




tapi kan.. masa aku kat sekolah dulu sampai sekarang, macam-macam nama aku dapat taw.. nak aku senaraikan?




munira - hah! ada sorang cikgu jak yang panggil nama kedua aku..yg len teda..


dian sastrowardoyo - nie dari aku sekolah rendah sampai sekolah menengah nama nie memang melekat kat aku.. muka aku nie ada macam pelakon cantik tue ke? dia cantik, aku nie comel.. haha..



lilin - nie pula maksud nama aku iaitu DIAN.. memang ada yang panggil macam nie arr..


along - along! along! along! lari.. dushh..tampar mereka semua sebab suka sangat panggil aku  macam tue, taw lah aku nie bendahari since form1 sampai form5.. 


budak kecik - konon dulunya ada abg angkat lah kat sekolah..dah jadi trend pun mesti ada abg + kakak angkat , kalau boleh angkat terus semuanya..hihi.. ada senior aku panggil aku budak kecik dulu.


budak comel - ini memang tak boleh di nafikan lansung..hehe..


doremon - dulu ada senior nie, dia panggil aku doremon sebab mulut aku ni hah tak pandai berhenti nak bercakap.. aku ingat lagi nama senior tu.. taqiuddin.. hihi


adik - nie aku rasa nak kena sepak jap ngan aku sebab panggil aku adik, padahal aku senior korang lah.. ok! maybe sebab saiz badan aku kecik kan.. boleh di maafkan.. hehe


manis - eh ni sepa pula panggil macam nie kat aku?? hehe..ada member sekolah rendah panggil aku macam nie.. hehe


ayang - tue Mr Nizam jak panggil aku bila kami dah kahwin..hahaha.. gatal! kami guna kau + aku jak 


aque lady - nie nama friendster aku lah.. hehe


cik munira - nie pula nama FB aku..sila cari cepat..tapi jangan add :)


kau/ko/weh/- hah yang seangkatan dengannya..hehe..


miszydian - nama aku di blog.. hehe..


kesimpulannya..
panggil aku dian dah cukup lah ok..hehe..


selamat berblogging








Tuesday, 18 January 2011

Day 18

Day 18- plans/dream/goals you have.

yeah! aku meneruskan lagi cabaran nie walaupun aku dah terlewat beberapa entry tapi takpa.. perjuangan mesti diteruskan hehe.. rancangan, impian dan kejayaan yang aku ada sekarang.. kejayaan? apakah yang telah aku kecapi selama ini.




Plans

 nak tamatkan praktikal dengan segera
 dapatkan lesen memandu sebelum bermulanya semester 5
 balik Labuan
 tamatkan pengajian dalam tempoh setahun lagi
 sambung degree
 nak bertunang sebelum sambung degree?
 jumpa Mr Angkuh pada hari jumaat ini ! Penting!




Dream
 dapatkan Diploma dan Degree
 lesen memandu!
 nak kahwin dengan Mr Angkuh boleh tak?
 pergi Italy


Goals
 pointer meningkat last semester.. syukur alhamdulillah
 follower pun dah makin bertambah
 dah boleh tido awal.. hihi


p/s : hari ini tak berapa sihat jadi entry pun macam kurang jak :(

Monday, 17 January 2011

Day 16

Day 17- someone you would want to switch lives with for one day and why?


BEN ASHAARI

i want to switch lives with Ben Ashaari for one day.. hihi..boleh kah tue? blog picisan yang sekadar bermain di pinggiran dan mempunyai trafik tinggi setiap hari.. dengan 10 atau 20 entry untuk sehari.. wooahh aku pun tak boleh buat macam tue taw.. ehh silap..bukan tak boleh, semua orang boleh buat macam tue atas inisiatif sendiri kan..kalau nak majukan blog sendiri boleh lah minta pendapat dari mana-mana blogger yang yang telah lama berkecimpung dalam dunia blog. mereka tak kan tolak permintaan korang.. macam Ben Ashaari  nie, dia pernah di datangi oleh seorang blogger yang meminta pertolongan darinya macam mana nak popular kan blog dia, maka dia pun dengan senang hati memberi pertolongan yang bukan berupa duit tapi pelbagai tips dan sekarang blogger tue dah berjaya pun dan di kenali tapi dia tak tegur pun dengan orang yang telah memberi pertolongan kat dia.. wahhh tapi Ben Ashaari nie tak kisah pun.. kan? hehe.. tak percaya? pergi kat sini.

kalau aku jadi Ben Ashaari yang bekerja sambil blogging dengan promote blog-blog baru dengan pelbagai header, contest, and yang paling popular ialah hasil kerja segmen dia macam ini atau yang ini dan ini, apa lah yang ada kat blog dia nie sampai kan aku sanggup nak jadi macam dia untuk sehari jak? dia ada takda magic pun tapi dia menghargai para blogger yang lain dan yang penting dia tak mampu untuk tiru gaya blogger macam ini atau pun dia sibuk nak buat gaya peace yang tak menjadi sebab dia jatuh cinta dengan blogger ini. ayat aku dah mula mengarut sebab tak sabar nak jadi Ben Ashaari hihi.. oh nak kena lempang nie.. tiada istilah double standard bagi dia sebab dia bukan ego malah dia juga ialah seorang penyanyi yang baik hati bagi tips untuk para perempuan yang ingin tackle lelaki.. oh dia juga boleh jadi ahli pakar yang teror untuk mengorat awek yang mampu wat dia ternganga..

kisah hidup dia sebagai blogger yang tak pernah kering idea dan sentiasa ketawa mengingatkan dia agar selalu berpijak di bumi yang nyata dan buat aku rasa macam nak jak change life dengan dia untuk sehari.. agak2 boleh tak? 

kalau tak pun.. tak payah lah.. sebab aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.. buat apa nak jadi macam orang lain kan.. lebih baik jadi diri sendiri.. tapi dia still jadi super hero ku.. hehehe..

selamat berblogging semua

Sunday, 16 January 2011

Day 16

 Day 16- another picture of yourself.

dah lama aku tak buat task 30 Days Challenge nie.. tersangku kat hari ke-16.. hehehe.. kali nie nak berusaha tamatkan task nie dengan cemerlangnya.. hehehe.. semangat jak lebih nie.. task nie memang suka sangat nak suruh aku promote gambar kan.. huhu.. dah lah muka sekarang tak comel macam dulu dahh.. ceyhh dah mula bajet perasan nie.. hihi.. 

jangan tengok gambar nie lama-lama nanti naik juling! hehe


nie gambar semester lalu.. oh ya lupa plak..aku takda amik gambar sorang2 pun untuk tahun nie.. hehehe.. percaya tak? ada pun dengan member jak tapi gambar solo untuk tahun 2011? NO!! tiada dalam folder lappy ku.. hehehe.. 

kelas terakhir dengan Madam Chow.. huhu aku sedih sangat-sangat sebab pointer aku untuk subjek nie dengan pertama kalinya turun and dapat B+ jak.. huhuhu.. mengapa kah? lagi 1 markah untuk mendapat A dan terus dapat 4.00.. tapi tak berjaya.. assignment anta.. ujian datang..quiz lagi lahh..semua aku amik tapi dapat macam nie? huhu.. nanti masuk sem 5 tak maw main2 lagi..huhu.. aku dah cukup honeymoon + bermalas-malasan dengan kelas sebelum nie.. huhu.. sila salahkan diri anda sendiri ya Cik Dian..

ok.. lepas nie aku belajar betul2 memandangkan sem lepas pointer aku naik dengan mendadaknya walaupun BI aku tak kredit dapat A..  masa.. tolong lah berlalu dengan cepat.. aku nak masuk kelas macam dulu..

p/s : tetiba rindu nie nak masuk poli..

Monday, 3 January 2011

Day 15

Day 15- put your ipod on shuffle : first 10 song that play.



1. 1,2,3,4 by Plain White T's

2. Sampai ke hujung dunia by dirly

3. Bukan diri ku by Samson

4. Kanda dinda by Atilia & Monoloque

5. Munajat Cinta by Ahmad Dhani

6. Bubly by Colbie Caillat

7. I'm Yours by Jason Mraz

8. Twist by DJ Dev

9. I know you want me by Pitbull

10. Fire burning on the dance floor by Sean Kingston


p/s : suma lagu lama tp best  :)

Sunday, 2 January 2011

Day 14

Day 14- a picture of you and your family.




ehsan gambar dari Mr Google..
hehehe..


I Love My Family..

daddy
mama
kakak 'ummi' + abg 'azri' = 'icha'
ME
adik 'annaiss'
adik 'boy'
adik 'pian'

Wednesday, 29 December 2010

Day 13

Day 13- a letter to someone who has hurt you recently.

Dear Mr Nizam,
remember when we were the best of friends?
I do. I remember the long talks on the phone
everyday on the weekend spent together
never having anyone say one name without the other
going everywhere with each other
doing everything together
knowing each other better than ourselves
but then you decide to hurt me like i never thought possible.

you always think its me, but you were the one who hurt me.
im just so tired of all the things you find to get mad about.
im not going to try explain what happened because
knowing you, you won't listen to anything i have to say.
how could you think i would do something like that?
i thought you knew me, but i guess not.
nothing would happened if you never decided to do
what you do..

you were the only one i trusted in life
i told you everything now i can't trust anyone
my heart is closed and will take a lot to be opened again.
i want to talk to you the way we did before
i have cried over this too much and now im just mad
i wish you never did what you did
but at night all i think about is all the good time
we had and i think to myself this is the end
of our relationship..
it hurts me so much to think like that, but i have to know
i loved you like a friend, a bestfriend, a brother,
i just want you to realize that you were at wrong
but i know you won't
and thats why we can't be friend
i want you to remember the day you 
hold me in your arm
i cried and told you everything that jerk did..

you told me everything will be alright
you was there for me..
i just can't get over
how you are going to believe the
boy believe that lied to you and the most
and not believe your girl
it just scares me how much i try and sometimes
knowing nothing will work
if you just try then maybe we can be friends
but until then i have to go on life
living like i have naver lived before
without you as 
my bestfriend..



this is a long letter in the past but never want to give to Mr Nizam.. just keep it and yes he is my best friend. a good friend of the different meanings for both of us. we only just found out what was going on between us two and it was difficult to pass if only singly. yes! i'm hurt by what he has done but he is entitled to a second chance.. i'm happy with the current situation and if the match was destined to me, i thank him with a pleased..

Monday, 27 December 2010

Day 12

Day 12- how you found out about Blog and why you made one.

Task untuk hari ini ialah macam mana aku dapat tahu tentnag blog dan kenapa aku turut buat blog juga.. nie soalan klise laa.. aku cerita kan ringkas je k.. bagi point2.. hehe


- suka baca blog orang lain. masa nie takda blog lagi.. just tengok blog yang ada banyak info2 menarik..
- tengok blog kazen.. start dari sana dah mula teringin nak buat blog sendiri..

sebab buat blog?
- masa tengok blog kazen tu, macam best sebab suma kisah dia, dia share kat blog.. hehe.. jadi teringin gak nak buat memandangkan masa tu adalah cuti semester gak so.. projek ni pun berjalan lah dengan lancar.. hehe.. aku buat blog sebab boleh share sesuatu dengan orang lain selain menambah kawan baru.. facebook dah boring la.. hehe.. tue cuma untuk cari kawan sekolah lama jerr.. so far, dah jumpa balik kawan sekolah rendah and now reunion bakal di adakan pada awal tahun baru nie. harap semuanya akan menjadi seperti yang telah dirancang.. amin.

done!
^_^

Day 11

Day 11- another picture of you and your friends.

nie lagi task lewat.. hehehe.. adoi.. kali nie dia minta gambar aku dengan kawan-kawan lagi arr...layan je arr ok.. aku tak nak letak banyak sangat caption.. hehe..
yang penting, pic nie semua adalah satu course ngan aku
kat Poli..
aku rindu kat dorang sebab sekarang semuanya tengah praktikal..
6 bulan tak jumpa..
tunggu tahun depan..
kita semua akan berjumpa kembali..

semester 1


- bakal2 usahawan berjaya..semua tangan duit Oouh.. haha

semester 2
- Family Day Jabatan Perdagangan

nie pic paling sengal la taw.. hahaha..
sebab kami dua jak paling kecik sekali kkat hujung tue..hehe..tapi aku suka pic nie..
credit to : Hairie 



abis suda..
pic semester 3 tiada pula..hehe.. 
ke nak juga? jap yaa...


semester 3
- last day dengan Miss Chong.. lecturer yang ajar kami BI..
semester ni pointer BI aku turun sket..huhu.. 
apa pun, group ni paling best..
OGAWA!!

-TQ-

Day 10

Day 10- songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

Ini adalah task lewat.. huhu.. aku sibuk, tak sempat nak publish task nie..apa pun, layan jak dulu..
Kalau sebelum nie, task yang di minta berkaitan dengan blog, gambar dan superhero.. sekarang berkaitan dengan lagu pula.


Lagu yang aku selalu dengar bila dalam keadaan gembira, sedih, boring, terlebih gembira dan time marah. Aku tak pastilah lah pula lagu apa yang aku selalu dengar bila berada dalam semua keadaan itu sebab aku jenis yang layan semua lagu. Hehe.. tapi takpa, demi task ni, aku akan senaraikan juga..

Bila rasa gembira
-           kanda adinda daripada atilia dan monoloq
-Senyum daripada najwa
-Isabela daripada amy search

Bila rasa sedih
-           kenangan terindah daripada samson
-           bukan diriku daripada Samson
-          Semua lagu daripada kumpulan ungu
- I'tiraf daripada Raihan

Bila rasa boring
-          Semua lagu di layan.
Bila rasa terlebih gembira

-          Aku lagi lah layan semua lagu dengan happynya.. hehe

Bila rasa marah
-          Kalau  marah dengar lagu gak ke? Aku terus tido sebab nati orang lain pula jadi mangsa marah aku..hehe..
Layan je suma lagu.. bukan memilih pun..

p/s : aku tak pasti lah sekarang ni sebab perasaan  aku dah tak menentu.. terfikir kan hp yang masih rosak, entah bila nak gi repair.. huhu

Thursday, 23 December 2010

Day 09

Day 09- something you’re proud of in this few days.

Hari ini hari jumaat. Hari ini aku bangun awal. Hari ini aku masuk ofis pun awal. Hari ini balik ke rumah pun awal. Hari ini semuanya awal.. hahaha.. entah apa aku mengarut dah. Hari ini ialah hari aku.. kan? tak kan hari orang lain kot? bagi semangat kat diri sendiri.

yes! yes! dah bley tido awal..

30 Days Challenge! Hari ini ialah hari ke 09 iaitu hari jumaat. Hari di mana aku bangga dengan diri aku sendiri sebab akhirnya aku dah dapat mengatasi penyakit aku setelah sekian lama masalah menhantui diri ku ini. Penyakit apa nie? Sakit apa? Teruk ke? Tak makan ubat? Tak jumpa doktor? banyak soalan ya..

Aku ada masalah nak tidur awal. Paling lewat aku tidur ialah pada jam 4 atau 5. Bila dah nak dekat jam 5 gitu, alang-alang dah bangun terus solat subuh dan mandi awal. Kemudian duduk melangui sorang-sorang tunggu sampai jam 8 pula untuk pergi kerja. Mengantuk? Tak. hehe.. Hebat mata aku kan sebab tak rasa ngantuk tapi nie hah nak bengkak ada lah. 

Bila masalah aku dah sampai kronik sangat macam tu, aku tak pergi mana-mana klinik atau amik ubat cuma aku buat apa yang patut untuk tidur awal. Bukan sehari dua dah berlaku macam nie, sejak dari form3 lagi. Insomnia dah buat aku menderita tetapi menyumbangkan kejayaan dalam pelajaran bila aku tak dapat nak tidur awal, maka aku belajar la.. hehe.. sekurang2 nya, pelajaran aku tak juga terganggu. Cuma kurang tidur, tapi itu dah jadi habit aku.. hehe..

Tapi sekarang ni keadaan dah mula berubah dan penyakit tue dah beransur pulih. Aku dah boleh tidur awal. Bermula dengan jam 11 dan akhirnya jam 9 aku dah boleh tidur awal macam dulu. huhu.. Dan semalam adalah antara hari di mana aku dapat tidur awal tanpa terbangun pada tengah malam macam dulu. Syukur alhamdulillah.. kurang juga bengkak mata aku. tak lah lagi aku tidur lewat.. 


So hari ini, ialah hari aku.. aku nak senyum memanjang jak walaupun masih tak dapat lagi nak berjumpa dengan Mr Nizam .

Wednesday, 22 December 2010

Day 08

Day 08- short term goal for this month and why.

ini pun task lewat sehari dari tarikh yang telah di tetapkan. terlalu banyak masalah dalam beberapa hari ini.. betul-betul menduga pemikiran aku sebagai seorang pelajar yang sedang pratikal sekarang nie. semoga hari ini semuanya baik-baik saja dan segala urusan kerja akan di permudahkan oleh Dia. 

orite cukup. task kali ni minta, short term goal for this month and why? sesuatu yang aku dah berjaya mencapai  matlamat jangka pendek bagi bulan ini? sejujurnya aku tak tetap matlamat yang tinggi bagi bulan ini sebab ini adalah bulan pertama aku menjalani praktikal di sebuah yayasan tapi cukup lah matlamat tersebut ada bagi mendorong dan menaikkan semangat aku untuk terus maju dan mencapai prestasi yang terbaik semasa menjalani praktikal ini. sudah tentu aku nak prestasi aku sentiasa berada dalam keadaan baik dan meningkat dari masa ke semasa. ok? itu ada lah motivasi bagi diri sendiri setiap hari ya..

matlamat jangka pendek aku ialah sebenarnya untuk semester ni, selama 6 bulan menjalani praktikal, aku berharap semuanya akan mendapat keputusan yang cemerlang, bergantung kepada prestasi dan komitmen yang aku berikan semasa menjalankan tugas.. itu sahaja. keputusan praktikal ini penting bagi aku sebab ini adalah salah satu syarat untuk melayakkan aku menerima sijil diploma apabila aku sudah menamatkan pengajian dalam tempoh setahun lagi. 



kalau matlamat yang lain, aku dah buat rancangan pada hujung minggu nie nak buat marathon movie dengan Mr Nizam sebab dalam bulan ni tak keluar ke mana-mana lagi kan..

> Tangled, Narnia, Tron, Journey Gulliver dalam masa sehari?

ni matlamat nak menghabiskan duit namanya..hehe

Day 07

Day 07- a picture of someone/something that has big impact on you

CikguFiQ mesti ko perasan kan aku tak update blog aku nie.. aku cuma wat blogwalking jer sebab ada problem sket.. sekarang nak bayar hutang blog nie.. lagi satu, aku dah bajet satu WALL ko dengan komen aku yang paling terbaik. ko dah check ka?? cpt pergi tengok..hehe.. blogger lain pun boleh jenguk wall tue and make sure.. scroll sampai ke bawah sekali ya..

Orite, cukup la intro yang dah panjang lebar. Aku dah lewat sehari tak buat task nie taw.. kali ni dia minta gambar seseorang atau sesuatu yang memberi impak besar kat aku. Confirm aku pilih orang nie taw.. 

BEN ASHAARI



hahaha.. takda la.. bukan dia. walau pun hari tue aku dah bikin dia panas sebab hal nie jak.. 
dan memang beri kesan yang sangat besar kat blog aku sebab traffik aku terus naik tapi aku buat tue bukan untuk tarik perhatian orang lain, entry tue memang KHAS untuk dia. 
Ben Ashaari kan blogger paling peramah dan memang super hero lah kat blogspot nie..
betul tak??

sesorang yang memberi makna sangat2 buat aku ialah dia..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
eh silap gambar pula dah..hehe.. aku tak taw macam na nak pegang anak kucing 
sebab aku tak suka kucing sangat pun.. hehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MUHAMMAD NIZAM

sebab dulu dia bukan kawan aku..
lebih daripada seorang kawan..
kawan tapi membawa maksud lain..
selama beberapa tahun..
dan kemudian..
selepas raya
kami dah jadi..
tiba-tiba
so..
aku tak nak kehilangan dia sebagai bestfriend aku..
cukup lah dah kehilangan seorang kawan dulu..
daddy + mama + ayah + mama = KAMI
pesan..
kalau ada jodoh, tak kan ke mana..
kan? 
senyum ok


p/s : aku suka wat entry selang2 panjang macam nie..hehe..

Monday, 20 December 2010

Day 06 - Ben Ashaari

Day 05 – a favourite super hero and why?

wOw! Task kali ni tentang super hero plak. entry kali ni special sket sebab kat title atas ada nama Ben Ashaari. 




Ben Ashaari!

Sepa tak kenal dia ni, meh ketuk ketuk umah dia kat SINI. Kenapa Ben Ashaari jadi super hero pilihan aku? Apa yang best dia nie? Kuasa apa kah yang dia? Apa kelebihan dia? Makhluk mana kah yang telah dia tewaskan?

Ben Ashaari antara blogger yang paling aku minat selain blogger Ariff. Dia menjadi pilihan aku sebab cara penulisan dan penyampaian mesej atau cerita dia di dalam blog, memang mantap! Even ringkas tapi cuba tengok berapa banyak respon yang dia akan dapat? Apa yang bestnya Ben Ashaari ni ialah cara penulisan dia yang orang lain tak penah wat.. tak caya? Gi godek2 blog dia.. aku suka kalau Ben Ashaari wat segmen or  sesi perkenalan dengan blogger lain . Kalau orang lain wat dengan tag tag, Ben Ashaari tak. Dia wat kisah dongeng yang korang pun mesti enjoy baca penulisan dia kan. Kadang2 dia akan share info2 yang mana mungkin berguna buat blogger baru atau pun dia akan wat sesi tazkirah atau pun dia akan mengomel macam2. hehehe..

 Kuasa apa kah yang dia ada? Aku pun tak taw, yang aku taw dia suka dengan apa yang dia wat sekarang iaitu menulis. Menulis di blog ok? Aku tak berani nak compare kan Ben Ashaari dengan blogger lain sebab nya masing-masing ada kelebihan tersendiri kan.. hehehe.. yang penting, aku enjoy dengan penyampaian cerita daripada encik Ben Ashaari .


p/s : aku masih baru dalam blogging mungkin cara penulisan atau penyampaian aku tak sebaik kamu tapi masih boleh di perbaiki kan? J

Friday, 17 December 2010

Day 04

Day 04 – a habit that you wish you didn’t have


habit! Apa tue habit ya? Yang aku taw habit tu ialah  kebiasaan atau sesuatu perkara yang selalu di lakukan and sukar di kikis. Perbuatan atau tabiat buruk. Selalunya habit ni merujuk kepada perbuatan yang tidak baik a.k.a buruk. Cikgu Fiq! Betul ka pemahaman anak  murid kamu yang comel ini? Hohoho..

dalam banyak2 habit atau tebiat ( ayat sabahan sket) aku yang nda brapa baik dan aku harap sangat aku takda tebiat ini ialah TIDUR LEWAT. Huhu.. sakit nya kalau asyik tidur lewat kul 4 atau 5 pagi setiap hari. Paling teruk last semester masa menetap kat umah sewa. Aiyak! Orang sibok dah gi kelas jam8 pagi tapi aku jam 8 baru nak masuk tido. Dah tu bangun tengahari plak. Cincai masa tido aku cuma 3 ke 4 jam jak. Teruk tak teruk tak? nasib baik jadual kelas last sem start tengahari kalau tak, maw jak aku memancing dalam kelas.

Dari mana aku dapat tebiat buruk nie? Since aku masuk asrama time form3 dan berlarutan sehinggalah sekarang nie. Tidur lewat ni ada gelaran nya juga. Insomnia. Aku dah jadi insomnia bila exam menyinggah di setiap hujung semester. Seksanya masa tu hanya aku seorang yang tahu bila member dok tido nyenyak aku pula masih kira bulu kaki korang. Hua3.. siyes bila aku tak dapat nak tido, aku akan mula mengemas barang2 aku dengan tujuan supaya aku cepat penat dan senang nak tido tapi tak menjadi. Huhu.. bayangkan korang baring2 pastu golek sana golek sini. Tutup mata buka mata. Pandang sana pandang sini. Taw2 jak dah dekat 3 jam korang macam tue. penah terjadi tak kat korang? Nie lah yang selalu terjadi kat aku. Huhuhu.. bila aku dapat tido? Ntah aku pun nda sedar jam brapa dah masa tu. Yang aku taw nak dekat jam5 dah baru dapat tido.
* aku patut kira kambing biri2 kot

Susahnya nak buang tebiat tido lewat nie. Bukan aku tak cuba pun tapi mata aku ni hah tak nak tido. Kepala aku banyak pikir benda lain dan macam2. Selalunya untuk aku elakkan daripada tido lewat nie, aku nda kan tido pada waktu siang supaya nati malam senang nak tido awal tapi nda dapat buat BW.. huhu.. lepas tu waktu siang, aku habiskan masa dengan wat keja umah atau layan novel. Tak bley layan tido nati susah nak tido malam. Lagi satu, aku tak bley terlelap pada jam8 malam atau yang sewaktu dengannya sebab aku taw nati aku akan terjaga hingga ke lewat pagi. Asal je dah limpas jam12, confirm aku nda dapat tido dah. Dah banyak kali jadi macam nie, ntah apa aku nak wat lagi. Huhu.. nak tak nak, terpaksa la aku gi klinik ni taw.


Oh aku harap sangat aku takda tebiat nie. Sepa sanggup tuka tebiat nie ngan aku? Hahaha..

p/s : next entry day 05.

Thursday, 16 December 2010

Day 03

Day 03 – A picture of you and your friend

Task kali ni best sebab dia minta gambar aku dengan kawan2 aku. Dah puas godek2 lappy terjumpa lak satu pic lama nie. Rasa macam maw balik sekolah jak taw. Rindunya dengan sekolah lama. Pakai baju sekolah. Pakai kasut All Star. Pakai stoking warna warni, pastu singkat lagi. Pakai tudung kecik. Pakai beg Koala Bear. Buku teks nda bawa cuma bawa sebatang pen jak. Ok! That’s me. Cik Koala Bear masa last day SPM. 


Apa yang best pic nie? Nie semua member paling best dari dulu sampai sekarang sebab kelas aku antara kelas yang paling kurang rekod jenayah disiplin ++ kelas kami paling cantik taw and tip top grand punya kaw2 semasa hari raya kat sekolah. Ehemm..ehem…tengok la siapa yang arrange. Hohoho...
Mana satu aku kat sini? Yang dekat lurf lurf tu hah aku. Sebelah aku tue ialah bekas ketua kelas aku merangkap kepada bekas teman lelaki. Argh ! ayat skema tol. Ex-bf aku. Nampak tak yang bulat kaler merah tu? Aku baru perasan yang dia amik pic aku dalam diam2 masa tu. Oohh aG.. ko nda bagi taw aku pun yaa.. kureng sungguh engkau.

Mari menyingkap kisah lama perlahan-lahan. Dalam pic ni nda semua member aku ada. Baru sikit jak nie sebab yang lain sibuk jua bergambar. Besalah, budak sekolah baru maw merdeka kan dari SPM. Yang depan sekali tu Chef BemBem Begelow la. Dia study kat  KL skrg, mulut dia ni jahat sket kira macam laser la tapi ati dia baik, kan Bem? Sebelah dia plak si Azyan yang selalu dating ngan budak kolej sebelah kelas. Kelas kitorang bersebelah dengan kolej swasta masa tu. Ari2 ada jak wayang free k sebab kelas kami memang bersebelahan dengan asrama dorang tapi takda la jua aku nak terpikat dengan mamat2 kolej poyo tue. Hahaha.. Dauz! Nie pun skandal aku gak masa form4. Dymie yang aku nda bley ngam lansung sebab kami selalu nda sependapat. Lagi satu, aku pernah tumbuk dia masa tusyen UPSR dulu. Ouh! Liaw, Khai, Shah. Geng semeja yang kadang2 tido dalam kelas tapi otak? Perghh teror ok. Cik Siti Fatimah, minah Pahang ni baru masuk sekolah masa form4 dan jadi buruan setiap budak sekolah kat cni. Hua3.. bertuah lah engaku Imah. Faris plak bakal2 buka farmasi sendiri di Pulau Pinang. Razzi dan Doe mamat moto kolej Cosmo.

Dah berapa tahun aku tinggalkan sekolah. Rindu dengan kantin. Rindu dengan tapak perhimpunan padahal dulu paling lambat la datang perhimpunan taw. Hahaha.. ok sekolah kan tempat bermula segala-galanya, nda kan aku maw lupakan plak jasa baik sekolah aku nie kan. Hehehe.. furthermore, dah lama jua nda jumpa dorang nie. Eh muka aku ada perubahan ke?? Nak taw gak J

p/s : teringin nak pakai baju sekolah macam dulu? Bley tak??


Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017