hari ini entry bukan berada dalam keadaan sastera. aku hanya bersastera bila aku dah terasa nak merepek semacam jak hehe. berdasarkan entry yang ke 1000 semalam, aku dah cakap nak update pasal movie Abraham Lincoln | Vampire Hunter. excited jak aku bila adik aku ajak nak tengok cerita tu sebab tajuk dia macam best and nama 'Abraham Lincoln' tue pun agak familiar di pendengaran aku.
well, aku selalu perasan dengan gambar ni tapi aku tak tahu siapa dia di sebalik gambar ini. rupa rupanya dia ialah Abraham Lincoln iaitu Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 yang menuntut hak kebebasan bagi rakyatnya. itu adalah realiti tapi dalam cerita 'Abraham Lincoln | Vampire Hunter nie watak nya di gambarkan sebagai seorang pemotong kayu yang meneruskan hidup setelah kematian ibu nya yang di bunuh oleh vampire dan bercita-cita untuk menjadi peguam bagi memperjuangkan nasib mereka bagi mendapatkan hak kebebasan rakyat selain daripada untuk membalas dendam terhadap vampire.
permulaan cerita, agak baik sampai aku balik balik tutup mata bila part bertarung tu bermula. bukan apa, aku penakut. hohoo.. first impression aku, dorang bertarung mengalahkan aksi cerita 'Matrix' hehe. seriously, korang tengok lah, confirm tak duduk tenang nak lagi part dorang berlawan dekat padang dan berada di antara ratusan kuda kuda yang berlari. terasa macam 'efek' tu agak melampau pun ada juga tapi memang menarik. kemudian, part mereka berlawan di rumah Adam iaitu ketua segala vampire pun best sebab ada aksi ala ala 'Matrix' sampai lah klimaks nya berakhir dengan pertarungan di atas keretapi. mantapp!
di sebalik wajahnya sebagai pembela rakyat, dia ialah pemburu pontianak yang menuntut pembalasan bagi kematian ibunya. Abe di latih oleh Henry Sturgess iaitu salah seorang vampire yang mencari pelapis untuk menuntut pembelaan juga tapi di atas sebab tertentu dia tidak dapat membunuh Adam, maka dia menerima dan melatih Abe untuk menjadi pemburu vampire.
pertengahan cerita nie banyak sangat bertarung dan yang terakhir sekali berakhir dengan peperangan di antara manusia dengan askar vampire. jalan cerita dia tak membosankan sangat sebab berkait rapat dengan realiti kehidupan Abe yang sebenar iaitu bagaimana dia menjadi Presiden Amerika dan bermati-matian memperjuangkan nasib bangsa lain.
Henry Sturgess orang yang bertanggungjawab membentuk dan melatih Abe menjadi pemburu vampire. hensemm! nampak sangat aku lagi minat Henry dari Abraham Lincoln dalam cerita ni hehe. cerita ini juga mengajar aku sesuatu..
Abraham Lincoln menjadikan rakyat sebagai individu yang perlu mendapatkan perhatian. dia mengajar bagaimana sebuah kebebasan adalah hak setiap orang untuk mendapatkannya.
apa pun, cerita ni memang menarik sebab kalau aku tak tengok cerita ni, sampai sekarang aku tak tahu siapa tu 'Abraham Lincoln' hehe. jadi, pergi lah ke pawagam yang berdekatan sekarang. tak rugi pun beli tiket untuk movie nie.
p/s : pesan aku,kalau nak pergi tengok wayang pun, jangan lah setakat pakai boxer dan singlet sahaja. tahu lah tengok movie ni kira acara santai tapi agak agak laa bro.