Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium
Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Tuesday, 5 June 2012

Last class and last paper!

ini bulan terakhir untuk bercuti since class aku yang terakhir juga akan bermula tidak lama lagi, urghh! last class! maybe i should switch the blame on somebody ahahaha jahatnya. padahal salah sendiri, tapi dia pun merupakan penyumbang kedua utama kepada faktor 'kenapa saya tidak masuk ke final exam' kann? 

forget about it. maybe dengan extend 1 semester ini bermakna aku telah melengkapkan perjalanan aku sebagai seorang pelajar yang cukup cukup adventure. carry 2 paper and extend 1 semester. hah! kan lengkap. baru merasa jadi student yang sebenarnya. konon laaa ~ carry 2 paper tue dah lepas pun, cuma terpaksa extend sebab masalah dalaman dan luaran kot (^__^) boleh lagi happy kann haha.

btw, i'm a lucky girl cos ada jua member yang extend hahaha punya jahat nie. Pie'e and Achap pun extend tapi lain paper. dorang bukan repeat tapi taking subject yang dorang terpaksa drop masa semester 6 and aku pula terpaksa repeat paper since aku tak boleh nak amik Penilaian Khas, so go on jak lah.. 

bila dah ada peluang terakhir macam ni, means, kena lah buat yang terbaik. memula rasa segan gak.. macam nak sorok jak muka di bawah bantal everytime keluar ke mana-mana ~ konon lah. ye la, member lain dah grad tapi terpaksa repeat and extend kan. suppose there's nothing problem and i could finish my diploma without any intention tapi tue laa. bila dah buat silap and tahu mana yang baik mana yang buruk, baru sedar. 

so, rasa bersyukur juga bila parents pun tak hentam banyak even pada mulanya memang kena marah teruk sampai nangis-nangis call Joe tapi bila dah call tak pula tercakap. haha silly me. sorry babe. hanya kau sahaja yang berada di fikiran aku masa tue. nak call Imah pula, masih dalam proses memujuk kan. hehe.. bila Joe pun dah cakap something yang naik kan semangat balik, baru lah cool down sket emosi tue but still nangis lagi. why me so childish ouhh? dush! dush! dush!! 

then my siblings pun give their support and encourage me supaya tidak down and wake me up from the silly stupid doing things. hah! see the words. how teruk nya aku masa semester 6 nie >.< my aunty also give her support and itu menyedarkan aku. kenapa perlu malu sedangkan itu silap sendiri and bila peluand tue dah datang, grab it. don't let it go. betulkan silap dulu and fight habis habisan. make sure last paper ni will give the best shot mark ever. Fuuhhh ~ mama ( i was called my aunty 'mama') thank u sangat sangat. i will do my best untuk last paper nie. 

so now, menunggu waktu kelas bermula and since kelas pun cuma 2 kali dalam seminggu so maybe aku kerja part time. need to find my own pocket money since dah extend 1 semester, rasa bersalah pula dengan mama and daddy so sebab tak maw susah kan mereka lagi, kena lah guna duit sendiri time kelas nie.

everything happened for a reason. mungkin ada hikmah di sebalik semua nie. yes! no doubt. semua yang berlaku ni menyedarkan aku betapa penting nya 'education' itu and betapa 'buang masa nya silly things' yang aku sibuk nak amik tahu selama ni ~ my faults. 


my mom asked me, bila lah nak bertudung macam dulu and i only answer.. tunggu kayan maw kawen dulu lah mak.. then my mom cakap, fikir ajal maut tue boleh tunggu kita? and i was shut down right there. ' ye mak, nanti ~ TehHeehee'



p/s : 1st time wearing hijab macam nie.. sebab takut my face nampak lagi tembam >.<

Wednesday, 19 January 2011

Saya Pelajar Politeknik Kota Kinabalu

akhirnya ada juga segmen untuk pelajar Politeknik.. hehe.. aku ingat Sahabat Blogger dah tak nak buat segmen untuk kami sebagai pelajar politeknik..hihi.. eh ada ke budak poli kat sini? sepanjang aku berblogging belum pernah lagi aku jumpa blogger yang belajar kat politeknik.. terutama follower aku.. aku check ok di mana mereka semua belajar sebab majoriti blogger yang follow aku adalah student.. follower ku sekalian, terima kasih ya sebeb sudi juga menjenguk blog aku.. ok chop! intro dah cukup panjang ^.^


sekarang aku belajar dekat Politeknik Kota Kinabalu, Land of The Below Wind! dan ambil jurusan Diploma Pengajian Perniagaan Pengurusan.. dah mata duitan kan, of course la amik jurusan macam nie..hehe.. eh aku tak minat sebenarnya nak jadi bisneswomen ni sebab kos aku nie lebih kepada pengurusan sebenarnya tapi aku ambil jak kos ni sebab aku dah rancang, lepas tamat diploma nie aku nak sambung kat maktab perguruan nanti.. hehe.. harapnya berjaya lah.. aku nak jadi cikgu comel yang mengajar subjek Perdagangan nanti .


bila masuk sini? 7hb Julai 2009 iaitu batch Julai09.. antara banyak-banyak batch, aku rasa batch kami lah yang setakat nie paling terbaik terutama semasa Majlis Suai Kenal a.k.a MSK Julai 2009.. masa nie kan, penghulu kami sangat lah hensem lagi cool hihi.. tapi sayangnya dia bukan satu kos ngan aku.. dia budak mekanikal and best student untuk Jabatan Mekanikal.. 


SEMESTER 1

batch kami adalah yang terakhir sekali merasa bangunan yang ada kat belakang gambar di bawah nie.. bangunan tu dah retak sebenarnya dan ia terbahagi kepada 2 bangunan tetapi kami hanya menggunakan satu bangunan sahaja.. macam lecturer aku cakap, kami lah orang yang paling berani mati sekali sebab bangunan dah nak runtuh pun masih belajar dekat sana.. oh ya, nama bangunan ni pula ialah Jabatan Perdagangan.. bukan nak berdagang orang ok ^.^

and yes.. dekat sini juga lah aku berkenalan dengan Mr Angkuh



SEMESTER 2

semester 2 bermulanya hidup yang agak sukar bila aku tak dapat kamsis padahal memang tak nak mohon pun..hehe.. kami belajar secara merempat dan menagih belas ehsan dari mana-mana jabatan yang lain sebab bangunan kami dah takda, maka terpaksa lah menumpang di jabatan lain. aku paling suka kalau menumpang dekat Jabatan Kejuruteraan Awam sebab ada kelas Mr Angkuh kat sana kan.. hihi.. ingat best ke belajar secara pindah randah? kena kejar masa sebab terpaksa beralih dari jabatan nie ke jabatan nie pula.. huhu..
terseksanya tapi demi pelajaran, kami gagahkan jua diri ini.. ^.^



SEMESTER 3

dah semester 3 rupanya.. dah jadi senior pun..hehe boleh berlagak kejap..  masih lagi mengamalkan kelas secara pindah randah.. aku rasa dalam banyak-banyak kelas, kelas kami jak yang dah pernah rasa semua jabatan daripada Jabatan Mekanikal, Jabatan Awam, Jabatan Elektrik dan Jabatan Hospitaliti.. aku dah hafal sangat selok belok kat semua jabatan sini.. kenangan manis? saat pindah randah tue lah kenangan paling manis sekali sebab kami bersusah payah semata-mata untuk belajar hehe.. kenangan pahit pula? last semester kot aku rasa.. semester 2 aku banyak main sangat dalam kelas dan semester 3 lah aku paling malas tapi boleh pula pointer aku meningkat dengan lebih bagus daripada semester yang sebelumnya.. hihi..


sekarang? aku semester 4..
tengah praktikal.. hehe.. lagi setahun lebih kot baru abis belajar..
wahhh lama lagi tue..
cepat lah masa berlalu..hehe..
blogger politeknik sekalian..
salam perkenalan ya..

selamat berblogging



budak politeknik semua..selamat memulakan kuliah ^.^

Monday, 10 January 2011

Cuti 5 bulan tanpa belajar?AKU TAK NAK!!


*klik untuk lebih jelas

tadi baru jak on9 FB kejap sebab nak tengok khabar classmate yang tengah LI sekarang nie. dorang ni nama jak praktikal tapi on9 dari pagi hingga petang macam aku.. hehe.. sekali buka jak page ni, terkedu aku jadinya. rasa macam.. entap laa.. aku tak boleh bayangkan 5 bulan tanpa kelas or praktikal?

sekarang nie aku tengah menjalani praktikal bermula daripada 29hb november 2010 sehinggalah 29hb april 2011 selama 6 bulan. ini adalah format bagi seluruh pelajar Politeknik.. aku tak sure macam mana tapi yang aku tahu, intake kali nie memang membingungkan kepala sebab setahu aku, intake bagi politeknik ada 2 kali setahun iaitu pada setiap bulan Julai dan Januari kalau tak silap aku. macam aku masuk poli dulu adalah intake bulan Julai. tapi sekarang nie intake tue dah berubah jadi 3 kali dalam setahun rasanya.. kalau tidak, cuti semester ketiga kami takkan pendek menjadi 2 minggu sahaja. 

selepas jak 29hb april 2011, bermakna kami dah tamat praktikal dan kemudian kena lapor diri di PKK nati.. pada 20hb jun 2011 pula bermula semester baru iaitu semester 5 bagi aku dan juga batch Julai 2009.. tempoh semester 5 kali ini adalah sehingga 18hb september 2011 dan cuti semester 5 hanya ada 3 minggu sahaja.

kemudian semester 6 bermula pada tarikh 29hb november 2011 sehingga 27hb april 2012..
last semester dah..

takwim akademik yang asal and selaras dgn poli yang lain.


yang jadi masalah kat sini.. kami praktikal sehingga bulan April sahaja dan bulan Jun nanti dah start semester 5. itu ada dalam takwim akademik 2011..  tapi tadi penyelia praktikal bagi tahu kemasukan semester 5 kami adalah pada bulan September dan bukan yang tertera pada takwim akademik yang telah diberikan. maksudnya bila tamat praktikal pada bulan April nie kami dapat cuti free selama 5 bulan tanpa belajar dan masuk kuliah semula macam biasa pada bulan September?


AKU TAK NAK CUTI FREE..
NAK KULIAH MACAM BIASA...


Sunday, 12 December 2010

Bila pandang sana sini?


Entry pendek sebab tengah memikirkan sesuatu..

Bila pandang ke belakang..
Masa silam yang lalu

Bila pandang ke sebelah kanan..
Dunia pesat yang kini semakin membangun

Bila pandang ke sebelah kiri..
Sosial melampau yang sedang memanggil diri ini

Bila pandang atas..
Langit yang biru kini bertukar menjadi kelabu

Bila pandang ke bawah..
Bumi yang hijau kini semakin bertukar warna

Dan
Bila pandang ke hadapan
Masa depan yang masih kabur sebab masih belum abis belajar lagi dan imaginasi yang berlebihan.




Arghhh apa yang aku mengarut nie??
semua nie kenyataan kan?? kan??
Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017