Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium
Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Monday, 11 June 2012

Angin kencang dan Fenomena awan pelik

Daripada hari Ahad yang lalu lagi Kota Kinabalu telah mengalami keadaan hujan berterusan sepanjang hari sehingga menyebabkan berlakunya banjir di sesetengah kawasan. Angin yang kuat, jangan cakaplah.. memang agak menakutkan juga bila hujan dan angin kuat berterusan tanpa henti. Cuaca pada hari ni pula ;
 petang : ribut petir di satu dua tempat
 malam : hujan di satu dua tempat.
sumber

Hah! dah jadi pakar kaji cuaca pula HoHoo.. sumber sahih dari MET okayy.

keadaan di Marina Court pada waktu pagi. 

di area Sembulan,KK



Photo: Photo by : Hazuan Zuan Erakehijauan

Photo: by : Suzan Jammy


credit picture to facebook

Jabatan Mateorologi Malaysia telah pun mengeluarkan Amaran Cuaca bagi angin kencang dan laut bergelora. keadaan ini juga turut berlaku di perairan Phuket, Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Dikeluarkan pada pukul 09:51AM, 12 Jun 2012
AMARAN KATEGORI KEDUA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga Rabu, 13 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN B : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Rabu, 13 Jun 2012.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH- Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perlis, Kedah, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Condore, Reef South, Reef North dan Layang-layang dijangka berterusan sehingga awal petang, Selasa, 12 Jun 2012.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Dikemaskini pada 12 Jun 2012, jam 09:51AM 

Monday, 9 May 2011

Oh blogger Sabah ~ Nda atau Tidak sama jak!


credit to Tia

The Land Below Wind~ I'm proud to be Sabahan~
aisehhh punya semart intro pagi nie (n_n)Y
since Tia dan Adan pernah buat post pasal negeri sabah, aku pun maw buat jua bha~ korang pun sedia maklum kan yang aku berasal daripada Sabah, sebab tue entry aku penuh dengan loghat Sabah tapi korang still boleh faham ~ thank you :)

sejujurnya loghat Sabah aku nda lah sepekat mana sebab loghat Sabah sebenarnya ikut bangsa juga tapi kalau  aku buat entry ikut loghat bangsa, alamat~ korang semua tekan X pula nati kan hehe.. so aku cuma guna bahasa manual jak, means semua orang sabah kebanyakan pakai bahasa yang sama nda kira lah berlainan bangsa. erm~ faham? hehe jangan kamu bingung dulu arr :)

contoh bahasa yang di gunakan,

Nda - 'nda' nie sama jak maksud dengan tidak atau tak tapi memang rasa janggal bila orang Sabah bercakap menggunakan ayat 'tak' atau 'tidak' melainkan dia flaksibel dengan sesuatu bahasa so penggunaan ayat 'nda' adalah lebih senang. perkataan nie boleh di gunakan untuk menggantikan perkataan 'tak' dan 'tidak'

Tiada - 'teda' pula bermaksud tiada. ini cuma perkataan Tiada yang telah di singkatkan menjadi 'teda' tapi aku memang jarang guna ayat nie dalam entry sebab nati korang nda faham pula. so, majoriti orang Sabah memang kerap guna ayat 'teda' berbanding 'tiada'. cuma nda kesemua lah~ ikut sesuatu bangsa sebab loghat sini memang pekat sangat :)

Bha / Bah - ayat paling femes amos di Sabah ialah BHA/BAH . 'bha' lebih kurang sama dengan penggunaan ayat 'okei' cuma nampak macam kasar sikit bila bercakap secara direct dengan seseorang. selalunya ayat 'bha' nie bermaksud 'setuju' akan sesuatu. 
contoh situasi

Adan baru tahu yang Tia nie satu daerah dengan dia di Sandakan so Adan pun maw ajak Tia pergi bazaar ramadhan nati ~ :)

Adan : nati boleh lah kan pergi bazaar ramadhan sama²..
  Tia : bha boleh jak..

tue contoh situasi cuma kadang² penggunaan ayat nie boleh menjadikan sesuatu keadaan nampak seperti kasar~ ehh ramai yang cakap orang Sabah kalau bercakap memang kasar kan? nda juga semua orang Sabah bercakap kasar cuma penggunaan ayat tue jak yang nampak kasar :) dan satu lagi, orang Sabah kalau bercakap memang laju, selaju keratapi dari Tanjung Aru ke Beaufort hehe.. itu nda di nafikan sebab aku pun cakap laju gak~ dan problem aku kalau bercakap, memang laju sangat sampai orang nda faham.. rasanya Cikgu Fiq pernah bercakap dengan aku dan dia tahu lah selaju mana aku bercakap hehehe~ :)

last but not least~ jangan terkejut kalau korang datang Sabah, tengok budak² bercakap dengan parents dorang 'Kau Aku' hehehe.. bukan nak kurang ajar cuma memang macam nie lah cara percakapan orang Sabah. 

jom berkenalan dengan blogger dari Sabah ~ best bah berkawan dengan dorang sebab semuanya peramah dan baik ati taw~ cuma nda taw lah kalau dorang nie cakap laju² atau nda hehe..



p/s : korang nak blog nie guna bahasa Sabah atau nda? maksudnya blog nie tidak akan menggunakan bahasa Sabah lansung :)


Photobucket
Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017