Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium
Showing posts with label part time. Show all posts
Showing posts with label part time. Show all posts

Friday, 13 July 2012

Kerja Fast Food pun ada Kelas dan Ujian juga?

Update ringkas

Assalamualaikum.. baru balik dari kerja terus online. ghindu dekat blog. hehe semalam ARM ada bagi tahu, hari nie kena datang awal pukul 9 pagi sebab ada kelas Chemical Training. so bangun pun jam 8.30am dan bersiap dalam kadar 15 minit terus pergi kerja. Tadaaaa.. saya lah workers yang paling bersemangat, staff lain belum turun pun. Masuk jak pukul 9am, suppose kelas dah boleh start tapi ARM mengamuk habis tadi pagi sebab staff lain malas nak turun, so ARM pun terus turun ke hostel staff dan bangun kan mereka mereka yang malas nak pergi sebenarnya.

after that, kelas start 10am.. susun meja dan kerusi then kena amik attendance. first time join kelas macam nie. dalam fikiran aku, ingat kerja fast food macam ni takda kelas, then siap kena amik ujian lagi. waleyhhh! terus aku rasa slow jak otak aku nak hadam apa yang ARM tengah briefing kat depan tadi.

Chemical Training.

objektif pembelajaran kali ini ialah untuk mengenalpasti dan mempelajari aplikasi bahan bahan kimia yang di gunakan di dalam restoran. memandangkan Pizza Hut ialah restoran Fast Food, maka kami amat menitikberatkan pengunnaan bahan kimia dalam hal hal kebersihan. bahan kimia yang kami gunakan tidak merbahaya mana pun, but still KIMIA. tujuan kami kena brief ini pun sebab nanti ada orang jabatan kesihatan akan datang ke restoran dan interview mana mana staff berkenaan bahan kimia yang kami gunakan.

1. Multi Purpose Cleaner & Sink Detergent.
sabun pencuci khas untuk pots, pans, utensils, counters, tables, stainless steel dan water washable surface. 
:: kami tak guna sabun pencuci yang besa macam kat rumah tue. yang ni lansung tak menghasilkan buih pun.

2. Quarry Tile Floor Cleaner
liquid untuk mencuci lantai dinning, dapur, dan juga kaki lima. mop sekali jak and tak perlu di bilas dengan air lain.

3. Heavy Duty Degreaser
untuk menanggalkan kesan kotoran seperti oven, fryers and outside surfaces. pencuci ini more too menghakis kesan kesan kotor yang agak susah untuk di tanggalkan.
: mengandungi cecair alcohol. tapi bukan yang haram di minum. benda ni kalau sembur kat tiles, cermin.. kesannya ialah permukaan tersebut akan mula terhakis. silap silap boleh berlubang.

4. Glass & Multi surface cleaner
cecair untuk mencuci mana mana permukaan cermin, tingkap dan kaca. 

5. Divoklen
pencuci tangan. yang ni maybe korang besa pakai sebab ada di mana mana restoran fast food. cecair pencuci tangan berwarna pink atau merah. 

6. D4 Tab
sanitizer khas untuk penggunaan barangan dapur dan juga sayuran. usually, vagie yang dihantar kepada kitchen akan di cuci dan menggunakan sanitizer D4 tab ini untuk membasmi kuman. 
: ingatkan sanitizer ini khas untuk kegunaan tangan sahaja.

ok. itu jak. lepas kena briefing, ARM bagi satu kertas soalan dan kena jawab semua soalan. wahhh! nie yang aku lemah bila tiba bab bab ujian or quiz. hahaha. ARM kat depan, boleh pula aku tiru jawapan member. haha. 

kelas kemudian tamat pada jam 11am. nasib lah sepanjang kelas berlansung tu, tiada customer datang. macam dorang pun faham faham juga kami ada kelas masa tue. aku pun kena hafal and ingat serta fungsi bahan bahan kimia ni semua, takut kena interview next week.

:: Akhirnya, dapat juga kerja selama 6jam. jyeahhh! happy.
:: esok ada meeting. politik punya hal.

Thursday, 12 July 2012

Homework #2 | Pizza Hut - Western Food - rice

I'm home!
penat! weekday tapi macam weekend. kalau sunyi, sunyi betul.. tapi kalau ramai customer boleh jadi ribut semua services crew. hari nie kena bagi job 'Door Person' iaitu menjaga main door and greet customer yang datang then setting table untuk mereka yang dine in. kerja senang jak tapi bila dah ramai yang datang, automatically turun ke bahagian services and tolong serve sekali. 

serve sahaja, bukan take order. haha kalau ramai customes untuk 1 table, aku tak berani nak amik sebab masih baru takut tersilap pula. tak pasal pasal kena bayar untuk mistake ordering. lagi satu, aku tak berapa suka nak amik order untuk 1 or 2 person sebab aku nak elak kan dari kena CMS sebenarnya. haha next entry aku cerita apa itu CMS. kot kot esok aku dah kena CMS.. fuhhhh.. jangan laa..

ok. homework hari ini ialah pasal Western Food iaitu Rice. di Pizza Hut kami ada menyediakan 'nasi' ala western food iaitu Tempura Prawn Garlic Rice, Grilled Chicken Baked Rice dan Cheese Baked Rice. 

Tempura Prawn Garlic Rice - ialah nasi beraroma bawang dengan campuran bawang goreng, kepingan ayam, ketam, cendawan dan juga udang tempura.

Grilled Chicken Baked Rice - beras wangi yang di masak bersama hirisan bawang, cendawan, brokoli, cheese dan juga 'pepper chicken cubes' yang di campur bersama sos carbonara dan sos putih.
Cheese Baked Rice - daging ayam bersama sosej ayam, bawang, cendawan dan nasi minyak bersama sos putih dan cheese mozzarella. 

bagi menu ini, setiap nasi akan di masak ala ala western. kalau nak yang style local pula boleh tengok di sini. tu jak homework untuk kali nie sebab kalau nak buat banyak banyak, nati korang yang tumpang baca pun boleh jadi pening sekali.. hehe

:: esok ada 'Chemical Cleaning Class' .. nati aku update.
:: entah bila boleh dapat shift 5 or 6 hours. 

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017