hari nie rasa macam tak bersemangat pula nak buat apa-apa benda selepas jak aku dapat tahu tentang cuti 5 bulan yang akan mendatang.. dalam tempoh 5 bulan cuti tanpa kuliah nanti aku ingat nak kerja part-time dan selesai kan lesen memandu aku yang telah dibiayai percuma oleh Mr Angkuh. bila aku bagi tahu dia semalam pasal cuti 5 bulan tue, dia cakap dia akan balik Labuan masa tue.. bila dia dah cakap macam tue terus mood aku dah takda.. terasa macam dah hilang kaki dan tangan pula.. atau aku yang masih berharap dan bergantung dengan dia? tidak boleh berdiri sendiri?
aku rasa aku perlukan seseorang untuk bagi support kat aku.. untuk sedarkan aku macam mana nak berdikari tanpa bergantung dengan orang lain? sekarang nie dah mula berjauh hati dengan dia.. kemudian masalah lain mula datang bertimpa-timpa kat aku? dugaan apa kah ini? nak mengeluh pun tak boleh tapi apa yang boleh aku buat? kena juga bersabar dengan keadaan sekarang.. aku teringat cakap lecturer aku dulu. ada kalanya kita kuat dan mampu untuk berdepan dengan segala masalah tapi sampai satu tahap kita akan terduduk apabila dah tak mampu nak berdepan dengan masalah tersebut.
terjumpa petikan ini dari iluvislam .. dah mula rasa bersemangat sikit..
Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.
