Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium
Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

Monday, 2 July 2012

Jangan skip BREAKFAST


morning semua. sudah breakfast ke belum? atau korang breakfast sekali dengan lunch time? hehe rasanya tak semua orang suka breakfast kan sebab takda orang nak prepare kan makanan or korang sendiri malas nak breakfast. sarapan pagi ini sangat sangat penting nak lagi buat mereka yang sedang berdiet sekarang, tolong jangan skip sarapan pagi okay. antara kelebihan kalau kita selalu sarapan pagi ialah;

 kuantitinya sekitar 1/3 daripada kuantiti yang kita makan dalam sehari. 
kalau korang skip sarapan dan terus makan tengahari, korang memang akan cepat lapar. Petang nanti korang lapar lagi. Karang malam korang lapar lagi. Dah dekat tengah malam pun lapar lagi. Hah, sekarang kira la berapa banyak kuantiti makanan yang korang makan dibandingkan dengan sarapan tadi. Banyak tuuu. Jadi kalau korang nak diet, amalkan la selalu mengambil sarapan pagi. Tak rugi pun.

membantu memelihara ketahanan tubuh.
 korang boleh fokus dengan kerja atau pun study. Ada sesetengah orang kata, lepas sarapan je mengantuk. Haha itu sebab korang terlebih makan semasa sarapan pagi kot.

dan kesan nya kepada tubuh badan kita apabila skip sarapan pagi,

badan akan cepat lemah dan tak bermaya
bagi yang student mesti tak boleh nak fokus time lecturer tengah mengajar.  Otak nak proses apa yang cikgu/ lecturer korang cakap pun rasa lambat semacam. Malah korang akan rasa mengantuk. nak lagi time exam, kalau tak breakfast sure otak akan lambat loading, silap silap boleh tertidur. hah! aku pernah buat macam tu kot masa semester 5 maybe. tidur time amik test, tapi bukan sebab skip breakfast tapi kurang tidur sebenarnya haha.

low performance 
manakala bagi mereka yang bekerja pula, performance kerja korang mungkin akan berkurang dan aktiviti kerja yang korang jalankan juga mungkin kurang baik dan tak boleh nak fokus dengan kerja. 

so, dah terasa nak skip sarapan pagi lagi tak? bagi yang memang jarang makan ketika sarapan pagi tue dan tetiba pula nak sarapan mesti korang sakit perut sebab tak biasa amik sarapan kan.. hehe  sarapan ini juga sebenarnya untuk meningkatkan metabolisma badan kita supaya badan kita rasa cergas terutama pada waktu pagi. 

mungkin sesetengah orang yang biasa skip breakfast rasa okay jak and nothing's wrong tapi alangkah baiknya kalau kita selalu amalkan pengambilan sarapan pagi sebab itu kan sebahagian dari gaya kehidupan yang sihat. kalau korang tak nyempat nak breakfast juga pun, makan lah biskut Oat Crunch atau paling cincai pun teh tarik dan roti canai. hehe 


p/s : aku tak biasa breakfast tapi bila menyewa dengan classmate, baru terbiasa dengan breakfast. kalau lambat ke kelas, kompom breakfast dalam bas jak masa otw pergi kelas. haha nasiblah ada air mineral dan Oat Crunch. 
Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017