Morning! Hari nie nak senyum-senyum jak sepanjang hari supaya hati boleh senang dan fikiran pun ringan jak sebab hari nie nak kena buat closing account nati petang. Dush! dah lama tak buka buku account, berkarat dah rasanya otak nie, takpa.. budak
praktikal memang macam tue semuanya kena belajar satu2, kalau tak apa gunanya Politeknik anta budak2 semester 3 dan 4 untuk praktikal kan sebagai persediaan nanti? hehe..
dian! ko boleh buat ok?
nak kongsi something kat korang semua kalau korang perasaan la k dengan keadaan sekeliling atau ada berlaku dengan korang atau kawan-kawan atau yang sewaktu dengannnya. semalam aku keluar pergi lunch dengan kawan. dah lama tak jejak kaki ke 1Borneo kan sejak cuti semester lagi. so nak jadi cerita, aku pilih je la tempat makan kat Old Town White Coffee nie. sengaja pilih sini sebab nak abiskan duit member kan, orang dah keluar PT memang macam tu, suka belanja orang lain.
so duduk la kat satu meja nie dan waiter pun datang hulur kan 2 menu sekaligus, satu untuk aku dan kawan lelaki nie. sambil melihat menu, aku juga melihat kawan aku. ternyata arah mata dia berbeza dengan aku semasa melihat menu. hehe
mata aku mengarah ke arah harga makanan, baru ke makanannya ; dari KANAN ke KIRI. sedangkan kawan aku pula, matanya mengarah ke arah nama-nama makanan, baru ke arah harganya ; dari KIRI ke KANAN. aku dah berfikir, jangan-jangan ini ada hubungan dengan otak? kawan aku ( lelaki) dominan otak kanan, maka dia melihat ke kiri dulu ( makanan) , aku pula dominan otak kiri, maka aku melihat ke kanan dulu (harga) .
sedangkan kawan aku tu, matanya melihat makanan dulu baru ke harga nya. ok? bukan baru sekali jak nie aku perasan. setiap kali keluar dengan classmate pergi lunch kat mana-mana tempat, bila menu dah sampai.. first sekali bagi lelaki dorang akan melihat makanan dahulu, baru lah harga. tapi kalau aku dan kawan perempuan, selalunya melihat harga makanan dulu baru jenis-jenis makanan.
ternyata perempuan dan lelaki memang di ciptakan berbeza, bukan saja dari segi jantina tetapi cara menggunakan otak juga. perempuan lebih concern dengan harga makanan berbanding dengan jenis makanan. Kalau lelaki pula lebih concern dengan jenis makanan. atau lelaki nie memang tak kesah sangat dengan harga?
banyak juga perbezaan lain, misalnya perempuan itu lebih multi tasking, boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa sementara lelaki pula lebih baik melakukan satu kerja secara satu persatu, kebanyakannya tidak boleh melakukan kerja yang banyak dalam satu masa.
tapi perbezaan itu juga membuat satu perhubungan itu akan menjadi indah, asal tidak memaksa salah satu pasangan menjadi seperti apa yang di inginkan oleh pasangannya kan. perbezaan itu adalah pintu masuk untuk seberapa besar kita menerima seseorang yang mungkin saja membuat kita jatuh cinta berkali-kali..
kesimpulannya, aku nak tanya pendapat kamu juga, kalau kamu keluar makan.. bagi perempuan.. kamu melihat jenis makanan dulu atau harga? dan lelaki juga? kenapa lelaki mesti tengok jenis makanan dahulu kemudian baru harga? aku dah selalu sangat perhatikan orang2 macam nie :)
so..enjoy your differences.. make it meaningful.. love your soulmate more than once.