Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Thursday, 14 April 2011

Cahaya lilin yang terang


Ya Tuhanku, letakkan pancaran nur dalam hatiku,
letakkan pancaran nur pada lidahku,
letakkan pancaran nur dalam pendengaranku,
letakkan pancaran nur dalam penglihatanku,
letakkan pancaran nur di belakangku,
letakkan pancaran nur di hadapanku,
letakkan pancaran nur di atasku,
dan letakkan pancaran nur di bawahku..
Ya Tuhanku, besarkanlah pancaran nur untukku..



dian munira
- cahaya lilin yang terang -


Photobucket

Thursday, 7 April 2011

Doa memohon cinta


السلامعليكمورحمةاللهوبركاته.

"Allohumma innaa nas-aluka hubbaka, wa hubba man yuhibbuka, wa hubba `amalin yuqorribuna ilaa hubbik"

"Ya Allah, kami memohon cinta-Mu, dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu, dan cinta kepada amalan yang mendekatkan kami pada cinta-Mu" (dari doa dalam hadits hasan riwayat at-Tirmidzi) ... 




cinta itu bukan sesuatu yang boleh di paksa
cinta itu ketulusan
meskipun cinta tak dapat kita miliki
kesempurnaan terlahir bukan dari fizikal
tapi dari peribadi yang baik dan yang indah
cinta itu mengerti
kala kesedihan datang
cinta hadir untuk menghapus luka
berganti tawa bahagia
cinta itu pula adalah tangisan
yang boleh mengalirkan air mata
kerana di saat kita tidak mampu memilih
cinta pergi tanpa bertanya
apakah aku sanggup di tinggalkanya..


p/s : cinta dalam hati memeritkan.. wahai dian, kuatkan dan tabahkan hatimu : )

Friday, 7 January 2011

Doa buat kekasih



Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

p/s :  dan untuk dia juga

Monday, 13 December 2010

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini

Dian Munira,
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini
Jika benar dia tercipta untukmu
Tiada apa yang dapat menghalangnya
Sebelum saat itu tiba
Berdoa lah pada Allah moga diberikan kekuatan
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap

Yakinlah pada janji Allah.

Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilih untuk menyedari hakikat perhubungan
Antara lelaki dan perempuan
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugikan orang yang mengotorinya.. [ As Syamr : 8-10’

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
Yakin pasti.




p/s : entry sedih sebab baru lepas jumpa seseorang yang pernah menjadi orang terpenting dalam hidup ini.. sesiapa, tolong bagi tahu bagai mana nak memaafkan sesorang dengan hati yang terbuka dan ikhlas..
Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017