Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium

Thursday, 14 June 2012

1 hari 1 resipi : Puding Marble

Hobi baru - buat puding sepanjang waktu cuti.


Bahan-bahan

10 gram serbuk agar-agar ( 1 peket )
4 cawan air
2 cawan gula halus atau 1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair ( 400ml )
1 cawan tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko

Cara Membuat

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Bancuhkan susu cair dan tepung kastard, kemudian tapiskan. 
3. Asingkan sebahagian adunan dan masukkan bancuhan serbuk koko. 
4. Masukkan bancuhan kastard ke dalam sebahagian lagi adunan. Kacau dan masak sehingga pekat.
5. Sendukkan adunan coklat ke dalam acuan.
6. Lapiskan adunan kuning ( kastard sahaja ) ke atas adunan coklat tadi. Biarkan keras seketika.
7. Lapiskan sehingga semua adunan habis.

Kalau nak lagi sedap ::
 adunan kastard tue kalau boleh jangan banyak sangat dan bentuk lapisan tue kalau cincai pun tak apa sebab 'marble' kan hehe

selamat mencuba :)

p/s : boleh juga guna agar-agar tali ( Strips agar-agar )

Spontaneous Thursday #2

' Jangan pentingkan diri sendiri ketika memandu. Ingatlah, pemandu lain juga mempunyai orang yang tersayang.. Berhati-hatilah ketika memandu walau di mana jua.. even di jalan kampung '


p/s : teringat bila tengok accident depan mata tadi. trailler langgar kereta sampai masuk ke dalam gaung. selfish!

apa beza Spontaneous Thursday dan Wordless Wednesday nie?

Spontaneous Thursday - adalah ayat
Wordless Wednesday - hanyalah sebuah gambar

Tuesday, 12 June 2012

WORLDESS WEDNESDAY #2 Movie

Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.
For more info : Wordless Wednesday #WW




p/s : 10x tengok, 10x nangis.
Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017