Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium

Monday, 6 December 2010

Skirt.



Seorang wanita cantik memakai skirt ketat separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut. 



Apabila bas datang, wanita tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat amat bak sarung nangka!

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya di belakang, namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip skirtnya tetapi masih lagi tidak berjaya. 

Akhirnya dia terus membuka keseluruhan zip tersebut kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan ke dalam skirt... malangnya usaha wanita tersebut gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang beratur dibelakangnya. 

Wanita tersebut telah abis akal, sedang dia berfikir... tetiba dia terasa ada tangan yang menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia menoleh dan mendapati lelaki di belakangnya melakukan perbuatan tu... 

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut... "Hye! apasal ko pegang punggung aku hah? gatal!!" 

Jawab lelaki itu..."Ko pun gatal jugak... yang ko asyik bukak zip seluar aku tadi apasal?" 



MORAL: jangan naik bas dengan pakai skirt pendek yer..


Lip Service Destination Nowhere Skirt

* macam ni pendek sangat ke??

Mengidam nak bertunang?




Mengidam nak bertunang? Ah’ah ayah aku la tue asanya dah mula ada perasaan macam tu..sejak dalam minggu ni dah brapa orang cousin aku bertunang and akan bakal melansungkan perkhawinan mereka pada tahun depan, insya allah.. Cuma yang jadi hal kat sini, ayah aku ni arr.. ari tu masa kat umah cousin aku, Kakak K..dorang ada bagi hantaran and gubahan hantaran dorang memang tip top ar, cun sangat2..hehe..ada satu hantaran tu yang wat ayah aku macam terpikat plak..hehe..hantaran duit tu kena gubah jadi bunga-bunga kecil and ayah aku cakap dia first time Nampak hantaran macam tu sebab unik and kreatif..macam excited plak ayah aku tu, aku pun tengok tersengih-sengih jak la. Then makcik aku cakap kat ayah aku..

                “ kalau kau nak sangat macam tu,nati suh c dian buat gitu”

Ai? Nama aku plak kena sebut.. aku pun tersengih-sengih jak la memandangkan dalam family kira umur aku ni dah bley kena pinang dah.. hua3 mengarut betol aku berangan ni yelah dah akak aku kawin bulan 7 lalu, tak lama lagi turn aku la plak kan sebab adik perempuan aku tu baru jak abis spm tak kan nak kawin dah kan?aku plak dah nak abis blaja lagi setahun..hehe..dalam fikiran aku masa tu, tak kan daddy nak suh nizam pinang aku cepat2 kot?hua3..berangan lagi..

Then tadi ada lagi cousin aku sorang baru bertunang. Ayah aku sibuk la gi tengok hantaran tu then dia cakap macam nie..

                “apsal sekarang ni aku di kelilingi dengan barang-barang orang yang nak bertunang ar?”

Nak tergelak jak makcik-makcik aku kat sana sambil suma pandang aku, aku pun wat donno jak la..hehe..pastu ada satu lagi kad kahwin ni yang menarik perhatian makcik2 aku ni..dalam kad kahwin tu,orang tu siap letak hamper 80 lebih nama orang tyang turut mengundang dalam wedding anak dia..wahhh tak penah aku tangok kad kawin macam tu yang letak banyak sangat nama orang yang dia nak jemput. Kot ye pun letak je la ‘turut mengundang seisi keluarga’ kan ringkas and senang.. ni letak banyak2 nak suh orang kira ke apa? Sebab nenek pun dah kira nama yang ada kat sana..haha..ada jua orang macam ni ya..pastu makcik aku cakap, ‘dian, kalau kau kawin nati wat macam nie k’, aku pun tersengih-sengih jak la..

View Image
* gubahan mcm ni yang wat ayah aku tertarik sangat..

Amboi, jodoh aku dah kena seru ke nie? Hua3…tak teringin lagi aku nak kawin sekarang ni wahai ahli keluarga ku sekalian..hehe.. dan buat ayah ku jua, entah sampai ke tak jodoh anak mu ini dengan nizam..hehehe..daddy doa kan jodoh aku cepat sampai ya kalau nak aku bertunang sangat..hehe..


Korea punya pasal!



Ya, korea punya pasal aku bangun lewat arini .. Korean movie! My girl! Patut jam 8.30 aku dah terpacak depan ofis tapi ni tak, jam8.50 baru nak bangun..wahh indahnya hidup aku.. kenapa mama aku tak bangun kan aku sebab dia pergi keja gak pun jam8 upanya mama pun tewas dengan cerita Korean tadi subuh. Ya! Mama la paling Manank sebab sambung tengok crita tu sampai episode  12 dan tamat jam5 pagi kot..aku dah tertido pun masa episode 11 tu pastu mama bangun kan suh tuka episode lagi aku pun dengan mamai nya bangun and tolong tukar kan..pastu tido balik.. memang hantu korea betol la aku ngan mama aku ni.. petang semalam tengok cerita ni start jam3 kot kalau tak silap pastu bila dah lepas maghrib kuar gi beli barang jap sebab adik aku yg tengah sibuk amik spm tu minta kirim makanan kat hostel then balik rumah.. lepas jak masak suma and rest aku tanya mama. Masa tu mama tengah nak tido kan anak buah aku..

                “ma,mama namaw tengok cerita my girl ka?
Pertanyaan ku tak di jawab sebab mama terus gi dapur..then…
                “ bha jom..naik atas..korea..korea”

mygirl1 thumb Sarangi Shim shim hae seo OST, My Girl   Korean Drama

ai? Rupanya mama pi dapur sebab amik nasi nak makan kat bilik aku sambil tengok cerita korea..wahhh semangatnya..layan punya laying cerita korea taw2 masa tu dah kul 2 pagi then mama cakap alang-alang kasi abis satu cd jak sebab cerita ni aku burn kat disc..hehe..aku pun ikut perintah je la sambil tu aku sibuk gak download movie hindi lagi..hehehe..aku ngan mama aku ni tak boleh di bawa layan sangat movie bersiri macam ni sebab nati jadi penyakit..haha..dulu cerita full house pastu coffee prince.. bila mama dah layan cerita macam tu tue memang berlarutan sampai subuh dan automatiknya tak pergi kerja..nasib baik la mama bos kan..hehehe..

 alarm pula dah start bising jam7 tapi aku peduli pa, awal lagi baru jam7..hua3.. sekali bangun 8.50. amik kau..awal sangat dah kan terus kelam kabut bangun g mandi, nasib baik baju dah awal iron kalau tak..memang huru hara la pagi nie.. dah tu bila dah ready nak g ofis, adik ku plak turun ke bawah dengan muka mamainya..

                “ kunat aku” aku terblurr..
                “napa kau kunat” aku tanya..
                “kunat aku maw gi taman” cakap dia sambil turun tangga. 
Sampai jak kt bawah terus wat gaya orang termengah-mengah macam baru abis berlari. Terus dia direct p depan pintu and maw pakai kasut. Sah-sah memang mamai ni budak dalam hati ku.

                “p mana ko tue?” aku Tanya adik ku.
                “aku maw pi kudai..beli kula2..beli kopok”

Mengarut betol adik aku ni, orang dah lewat gi ofis dia bley plak nak sibuk ikut sekali jalan, dah la mamai..alahai adik ku..on da way gi ofis, jalan sesak! Arghh abis la, time macam ni plak dia traffic jam adui..memang malang betol pagi ni dah ar tido lewat, jalan plak jam.. huhu..sampai jak ofis dah jam9.50 nasib baik bos belum masuk lagi. Selamat la aku..

p/s : kunat = penat
         kudai = kedai
         kula-kula = gula2..

Notakakiku : malam ni sambung lagi tengok cerita My Girl sampai last episode..hehe
Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017