Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium

Thursday, 10 June 2010

Alkisah seorang kawan


Semester 1, bulan Ramadhan[puasa]

ini cerita tentang seorang kawan yang boleh di anggap kawan baik pada suatu masa dahulu. Kami mula berkawan baik semenjak selalu menghadirikan diri ke dewan semata-mata untuk melihat yang tersayang membuat latihan badminton. Rajin. everyday turun dewan dan siap berText lagi sedangkan kami bukan lah kawan rapat dulu dan satu blok lagi malah satu aras cuma berlainan wing tapi bila dah akhir-akhir sem baru mula rapat. Maka bermula lah episod persahabatan di antara aku dan Kakak apabila kami mula sama-sama ke bazaar ramadhan [episod perkenalan]

sejak daripada hari itu, aku yang tak pernah jejak kaki ke wing3 maka mula lah merajin-rajinkan diri ke bilik dia yang luas lagi best. Selalu la plak melepak kat sana tak kenal masa lansung sehingga membuat tempahan penginapan selama mana yang aku mahu. Fuhh bestnya masa tu, apa tidaknya, makan sama2..pergi kelas sama2..lunch..dinner..outing..kami berEmpat.

banyak perkara yang berlaku sepanjang persahabatan kami antaranya, dia mula melupakan rakan sekelasnya yang juga Housemate aku sekarang, aku lah yang mengajar dia bagaimana untuk menggayakan tudung dengan kemas sebab dia ni simple je, p basuh kain guna mesin basuh sedangkan selama ni manual je [habis wit tabung aku = syiling] , selalu ke dewan dan memang dah kena cop pun minah dewan padahal..tukang support laki jerr..pergi mana2 sentiasa berdua, berkongsi apa sahaja kecuali BF biarpun bf kitorang time tu kamceng antara satu sama lain..mula la mencerita kan hal yang tidak sepatutnya orang tahu tapi hanya kami sahaja yang tahu [ aku berharap rahsia ku terjaga dengan baik walaupun kini tak bertegur sapa lagi] dan paling di kenang selagi hayat masih ada...aku menjaga dia semasa dia sakit, susah, dan senang.. terkenangkan hal ni, teringat macam na aku selalu berulang alik dari wing 1 ke wing 3 samata-mata kerana dia yang sedih lagi sakit. time2 tengah study, pintu bilik ku diketuk..rupanya roomate dia memanggil ku sebab dia tak mampu untuk wat kakak berhenti dari menangis. maka aku pun tinggalkan buku2 tercinta ku [konon arr] dan pergi la ke bilik dia. hari itu, kakak sakit kuat. demam.. nasib lah dah nak hujung sem dan maw final maka kelas pun banyak la batal jadi kakak pun senang la berehat. setiap pagi, sebelum aku p kelas, aku mesti pergi ke bilik dia dan tengok2 kan dia sama ada demam dia dah kebah atau belum..siap tinggalkan pesan kat roomate dia, suh dia makan ubat nanti. caring?? sebab aku sayang kat kakak masa tu. kemudian dia pun sembuh dari sakit..fuhh lega laa..hehehe..

semester 2..

aku ajak kakak tinggal serumah dengan aku memandangkan kami nda dapat kamsis lagipun kami memang namaw di kamsis. maka bermula lagi satu episod baru di luar kehidupan kampus sebagai penyewa tegar. segalanya bermula dengan baik sehinggalah suatu hari..

kerana surat layang yang dicipta nya, aku mula hilang kepercayaan kepada dia. bukan apa, mungkin bagi dia perkara itu biasa tapi bagi aku, menyakitkan hati. seminggu aku tidak bertegur sapa dengan dia dan dia mula bertanyakan khabar dengan laki ku dan mengatakan bahawa dia merindui aku..yaa aku rindu dia tapi sakit hati itu masih terasa..kemudian aku menegur dia seperti biasa tetapi semua itu sudah berubah. entah di mana silapnya, hubungan kami makin renggang sehingga beberapa minggu lansung tak bertegur sapa sehingga la berbulan lamanya.. aku cuma marah dan menarik muka dengan nya sebab hal surat itu sahaja, tiada sebab lain.

kemudian, kakak dan roomate dia sendiri meninggalkan rumah itu.. sebenarnya, banyak perkara terjadi di luar jangkaan kami apa tah lagi aku.. ahh hipokritnya aku ini..tapi betul ..aku rindukan dia sebab dia kakak aku semasa sem1 tapi kini, tak mungkin kami bertegur sapa kembali..

Lewat pagi..

Again! tidur lambat. kenapa lah jadi macam nie,smpai bila nak tidur lewat ni? Dah boring tidur lambat, tapi bila tidur awal plak terbangun plak tengah2 malam jd apa nak wat nie??tidur lambat ke tidur awal?? Help me please!! Esok kena bangun awal and prepare anything apa yang patut. Oh, kena sidai baju2 yang baru di basuh tadi plak, then kemas umah dan yang sepatutnya. After that, bley la keluar pi jumpa dia. Dah lama tak jumpa dia, lebih kurang 2 minggu, ye ke?? Hurmm.. I missed him. Walaupun dia tak menang apa2 semasa MSP, Im still proud with him cause I Love him so much..dear, I think u know about dis, right? Its ok la besides, u still da best and even u lose.. better lose than loser. I can't wait to see u tommorrow dear. And I missed my bestfriend too, Imah & Sue & Wanie. Bila la kita dapat berkumpul macam dulu, rindu maw keluar dengan kamu semua. Hurmm.. sunyi je malam ni, tengok lat luar, gelap gelita je..huhu takut lak nak kuar duduk kat atas bumbung umah sambil tengok bulan & bintang yang cantik malam nie. Wahh..Insomnia.. anyone,please help me.. still thinking about it.. help me please..

Tuesday, 1 June 2010

10 WAYS

Kalau kita menyayangi diri sendiri dengan cara tersendiri, kita juga boleh menyayangi orang lain dengan cara sewajarnya. 10 panduan berikut akan memberi kebahagiaan bukan sahaja kepada anda tetapi kepada seseorang yang anda sayang.


1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2.Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3.Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4.Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5.Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6.Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7.Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8.BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9.Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10.Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017