Hello.Do Follow Me. Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Little Adamantium

Tuesday, 18 February 2014

#18 fly away from johor

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


alhamdulillah.. 
akhirnya hari yang ditunggu tunggu telah tiba. family daripada Johor akan sampai ke Sabah arini. aisehhh family dah ahh. hahahahaaa sejak dorang datang ke Sabah tiap tiap tahun, title kawan tu dah boleh ubah jadi family. tak expect yang kitorang boleh rapat sampai macam ni. bayangkan tiap tiap tahun dorang akan turun bercuti kat Sabah and aku pula ~ asal ada masa free jak mesti nak turun Johor. even beraya kat Johor sekali. daebakkk!! curious la tu. hahaha takda maknanya kawan yang dimaksudkan tu ialah lelaki tapi kawan tu ialah blogger. kawan perempuan. 


 
gambar cilok dari blog kak oshin


so, flight dorang akan sampai petang ni. apa planning untuk jalan kat sini still tak tau sebab schedule kejap kejap berubah hahaha pening kejap tapi boleh atur. so, welcome on board kakak ~ kakak ku sekalian. selamat bercuti di Sabah.

Monday, 17 February 2014

#17 menang Topap Meaningful Birthday Giveaway

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...





 http://misteriomuchacha.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html

hari tu ada join Meaningful Birthday Giveaway By Yaya  kiranya ni  first GA yang aku join bagi tahun ni. itu pun sebab nampak GA ni kat blog kak Oshin. nak mencuba nasib kiranya. alhamdulillah, tadi singgah ke blog tuan penganjur tak sangka pula boleh menang biarpun hadiahnya berupa topup. Teheheehe


sorry kalau gambar broken

tengok! kak Oshin pun bertuah untuk menang sekali. nama pun dekat jak. hahahaa ni kompom dia tak tau.hi kak! jom kita claim hadiah topup ni sesama. tunggu kak datang Sabah lusa ni hehe

and untuk tuan penganjur GA, Cik Yaya
thank you so much. 
semoga dimurahkan rezeki dan traffic light kat blog
hehee



p/s : terus semangat nak join GA lain lepas ni ~ hewhewheww

#16 muhasabah diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penghasihani..


benarlah kata orang, masjid mahupun surau merupakan tempat yang mampu memberi ketenangan pada diri sendiri.

 minggu lalu, sebenarnya aku dengan kak nora berperasaan kena marah kot oleh kak er biarpun hakikatnya tidak tapi disebabkan dah berfikir yang bukan-bukan maka kitorang nekad nak elak dari berfikiran macam tu dan memberi ruang dekat orang yang tengah naik angin masa tu juga. stress sebab kerja masa tu banyak and nak rushing kot.

masa tu memang aku dan kak nora dah mula blame kan diri sendiri. ye la sebab lepas habis jak program terus turun ke pekan and bagi tinggal kak er sorang2 kat asrama T_T perasaan serba salah mula menyelubungi diri sendiri. ohhh i felt so bad! taubat lepas ni tak nak tinggalkan kak er sorang2 kat hostel.

jadi kak nora pun ajak stay di surau. konon perasaan kak er marah sama kami berdua so, nak membawa diri la kononnya ~ Hahahaa. habis jak lunch terus amik telekung, charger fon dan air untuk dibawa ke surau. sampai jak kat surau, solat zohor pastu masing masing berteleku. diam. senyap. 

bila dah rasa okay, baru duduk kat bahagian paling belakang. entah macam mana boleh keluar topik pasal arwah ayah kak nora. kak nora cerita macam mana dia menjaga arwah ayah dia semasa sakit sehingga lah sewaktu nazak. Allah! masa kak nora cerita tu, aku dah imagine. kalau aku di tempat kak nora waktu tu, mungkin aku dah rebah kot. bayangkan kehilangan salah seorang ahli keluarga yang utama. 

oh tidak! aku takut aku tak mampu menggalas perasaan dan ujian ketika itu. memikirkan benda itu pun dah buat aku rasa bagaikan rapuh. terdetik rasa syukur dalam diri sebab masih dikurniakan ibubapa. cuma bila memikirkan hakikat yang kita bakal kehilangan itu, memang perit dan meruntun hati.automatik teringat segala apa yang telah aku lakukan. 

selama 22 tahun,
cukupkah amal bakti 
yang telah aku curahkan kepada kedua ibubapaku?

masa sekolah dulu, seringkali aku mendengar pepatah ~ berbaktilah kepada kedua ibubapa dan taat setialah kepada mereka selagi mereka masih ada ~

mungkin masa yang berlalu telah buat aku leka. alpa. ya ~ adakalanya aku lupa. 

memang dah touching habis masa ni. nak nangis tapi boleh pula cover dengan ketawa tapi akhirnya tewas juga. takda la pula nangis teruk tapi apa yang kitorang luahkan semua masa tu meninggalkan kesan dihati. nak lagi bila diselitkan dengan cerita soal kematian. 

ya! dunia ini terasa fragile sedangkan hakikat yang sebenarnya, manusia itulah yang mudah rapuh. 

mengingati mati itu adalah terapi berkesan bagi mengubati penyakit hati yang cenderung mengikut nafsu. mengejar nikmat dunia pasti terbantut apabila memikirkan kematian yang datang bila-bila masa sahaja. perlahan lahan masa berlalu. membiarkan kami bercerita apa sahaja soal kematian mahupun soal pakaian ketika dikebumikan. teringat petikan daripada buku khutbah Rasulullah berkisarkan keadaan orang beriman dan tidak beriman ketika meninggal dunia. 

setiap orang akan menghadapi soal jawab di dalam kubur dan persoalan utama yang ditanya oleh malaikat ketika didalam kubur adalah mengenai Tuhan yang disembahnya dan kenabian Muhammad. orang beriman akan menjawab Tuhannya adalah Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah. mereka tidak bercakap dengan lisan mereka, sebaliknya iman ketika mereka di dunia yang meneguhkan ucapan mereka.

memang tak sangka, dengan bermuhsabah diri di surau,  bercerita berkisarkan ibubapa, kematian, jodoh dan rezeki, akhirnya yang kami dapat pada masa tu, rasa ketenangan pada diri sendiri. rasa syukur dengan nikmat yang dikurniakan. terdetik dihati rasa insaf. lupa dengan masalah diluar. kalau ikutkan hati lepas lunch tu nak menyukat satu kawasan kem, tapi sia-sia lah masa. 

tak sedar sampai nak masuk waktu asar da. memang kes membawa diri ke surau hari tu memberi pengajaranlah. dan aku rasa kak nora memang fasi yang the best. mampu menyelami hati aku sampai nangis nangis ~ padahal topik tu lah aku paling lemah dan cepat touching. next time kalau terasa kena marah atau takda benda lain nak dibuat, cepat2 bawa diri ke surau ataupun masjid. buat apa benda yang patut. selain daripada bermuhasabah diri, boleh juga berI'tikaf. 

usai lepas solat asar, kitorang pun naik atas balik dan jumpa kak er. tadaaaaa ~ kak er tak marah pun kat kitorang sebenarnya. dia marah kat orang lain tapi ye la. terasa diri dimarahi. hahaha ada hikmah juga disebalik terasa dimarahi hari tu. pengalaman bermuhasabah diri di surau. wallahi. terbaik.


 

p/s : bawalah topik soal ibubapa, memang aku cepat down dan touching. T_T

Sunday, 2 February 2014

#15 Febuari 2014


Bismillahirahmanhirahim..


nampaknya blog ni kena update sebulan sekali.
hahaa
teruk betul.
momentum dah ilang
menjunam ke bawah pulak tu.


bila tengok balik entry lama,
ya ampun
macam nak tergelak pun ada


ye laa
tak sangka tulis macam tu.
rajin pulak tu dulu.
duuuluuu laaaaa
sekarang


*krik krik krik*
bunyi cengkerik


btw,
blog dah berwajah baru sikit.
tema 'Oren'
nampak gaya tahun ni Oren memanjang


ohh
header pun sama juga.
tu header lama.
takdak header baru.
recycle jak apa yang ada


simple jak.
takda background
biyaw laa putih jak.
baca coding pun dah bular mata..


ermmm...
lagi?
dah join 1st GiveAway bagi tahun ni.
lama betol tak buat benda ni.
hahaaha


tengok!
mood berblogging tu datang time
Tengah Malam.


esok lusa entah
terjenguk lagi ke tidak..

#14 - Meaningful Birthday Giveaway By Yaya




    http://misteriomuchacha.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
    Klik Banner
     
    1st GA bagi tahun 2014. Bismillahirahmanhirahim.

    Buat entri yang bertajuk " Meaningful Birthday Giveaway By Yaya ".
    Tampal banner dan backlink ke entri ni.
    Klik iklan nuffnang kat blog Yaya ni (ada satu je). Klik iklan sponsor SATU
    Follow blog Yaya.
    Like semua page sponsor.
    Follow blog sponsor dan add G+.
    Follow twitter dan instagram (bagi yang ada).
    Tinggalkan link entri dekat komen ni sahaja k ^_^.
    Lihat Senarai hadiah dan senarai peserta akan diupdate lepas tamat giveaway.
    Pemenang 100% dipilih melalui random.org
    tamat 10/2/2014.
    :: Good luck semua yang join.

    Tuesday, 21 January 2014

    #13 2014

    bismillahirahmanhirahim...

    21 januari 2014
    7.35pm
    kejap lagi nak masuk waktu isya

    quick entry

    1st entry bagi tahun 2014
    ohh Happy New Year 2014
    nampak sangat dah lama tinggalkan blog
    kesian.
    hahahaa

    tak rajin dah nak update.

    blogger ni macam roller coaster.
    kejap rajin, kejap malas
    kejap kat atas, kejap kat bawah.

    atau aku sorang jak yang macam tu.

    kbai.

    Saturday, 6 July 2013

    #12 emosi - gaya street


    emosi sungguh
    dekat entry #11 tadi
    hahahaa
    demmmit!


    sepatutnya aku packing barang.
    esok nak balik Sandakan.
    seminggu.
    tapi.
    dua hati pula.
    sebab dia masih ada kat sini.
    jumpa pun tak lagi.


    haha.
    teruk betul.


    padahal baru siang tadi
    plan nak ajak dia pergi
    Gaya Street,
    sekali video call,
    cakap nak pergi
    Gaya Street.
    eh?


    awak boleh baca hati saya?


    perasan!
    haha


    please lalingggg,
    esok pagi kita pergi
    Gaya Street.
    dah nak dekat puasa.
    mana boleh hangout lagi.
    nanti puasa pun,
    awak sibuk tahap dewa.


    peduli apa orang nak cakap.
    itu antara awak dan saya.
    peduli apa orang nak pertikaikan.
    sebab mereka tak kenal
    awak dan saya.


    selagi awak masih
    berada di Sabah,
    selagi itu lah
    saya akan kekal
    menjadi bayang bayang awak.


    bila saya tanya awak dulu,
    adakah lepas ni kita akan
    masih rapat seperti sekarang?
    awak kata,
    masih awal untuk memikirkan semua itu.
    'just enjoy the time we have'
    ok.


    so,
    abaikan apa orang cakap pasal
    awak dan saya.


    serius,
    kalau ini tahun terakhir kita bersama,
    saya terima.
    kalau lepas ni 'mata air' awak
    tak nak kita berkawan rapat,
    saya terima.
    tapi dalam tempoh dua bulan...
    please..
    stay there for me..


    awak nak cakap
    semua benda ni merapu,
    remeh temeh,
    amenda lah,
    poyo jak,
    lantak lah.
    satu hari nanti,
    awak akan terasa juga.
    bila saya tiada.
    saya nak awak ingat
    bayang bayang awak
    yang dah berlalu pergi
    tak kan muncul kembali.


    Monday, 1 July 2013

    #9 Oh Julai



    Bismillah..


    kejap. terasa macam tak pepenah update entry dengan letak pendahuluan 'Bismillah'
    oh khilaf nya diri ini.


    Jun telah melabuhkan tirainya.
    Julai pula telah menampakkan diri nya.
    Oh Allah..
    terima kasih di atas nikmatMu ini.


    jadi ada apa dengan Julai 2013?
    of course it has something to do..
    to be worth..
    to be waited for after a long time.


    Ya Ramadhan Al-Mubarak.
    Engkau datang kembali.


    puasa ganti sudah selesai
    yang tak ganti lagi?
    wallahualam.
    selamat membuat perhitungan dengan Dia.


    seperti biasa
    semoga Ramadhan kali ini
    lebih baik dari yang sebelumnya.
    semoga amal jariah kali ini
    lebih meningkat dari yang sebelumnya.
    semoga pahala kali ini
    lebih besar maknanya.
    Allahuakbar.


    aku tersenyum.
    menanti Ramadhan kali ini.
    kerna dia ada di sini.



    Saturday, 22 June 2013

    #8 Ice Cream


    ice-cream tu tak sedap.
    tawar.
    tiada rasa lansung.
    atau hati aku yang merasa begitu?

    terima kasih
    sebab memujuk saya
    dengan ice-cream
    sundae cone.
    sumpah!
    rasa tawar.
    awak sendiri rasa
    macam tu.

    itu lah yang saya rasa
    selepas awak bagitahu
    berita tu.

    sebak.
    kenapa saya rasa nak menangis?

    sedih.
    kenapa hati saya merasa sayu?

    kenapa awak tak nampak?
    kenapa awak tak nampak
    saya yang berada di depan
    awak?

    Ya Allah.
    janganlah Engkau ubah perasaan ini.
    biarlah ia kekal menjadi sahabat.



    Friday, 21 June 2013

    #7 Raya Journey pt.4


    Morning Kota Kinabalu.
    6:03 pagi.
    sabtu.
    tengok luar.
    sah feeling kat Kundasang. 
    oh rindunya sama orang Kundasang. 
    heheheee


    16hb Ogos 2012
    masih di selubungi dengan rasa kesedihan di sebabkan berita semalam? yes. Hahaha masih sedih. tapi hidup haruslah di teruskan dengan tabah. hari ni nak jumpa Joe. excited yang menggantikan rasa kesedihan semalam. 

    so aktiviti hari ni, jemput adik kak iera iaitu Faiz dari Melaka. we were going to Batu Pahat. Ex's aku tinggal kat Muar. dekat jak kan, perlu jumpa? tak! Mama Yong pun tinggal Batu Pahat. sempat contact tapi tak confirm dapat jumpa ke tak. hohoo. 

    perjalanan ke Batu Pahat, macam dari Inanam pergi Papar. jauh tu. masa ni banyak sembang sembang rahsia. hah! ada sesi luahan hati jugak rasanya dengan kak iera. haha ye la. masih dalam mood sedih, jadi cerita pun kemain feeling. 

    sampai dah kat Batu Pahat. amik Faiz kat stesen bas dengan gf dia, Amy :) kinda pretty and cute. masa ni tak banyak sembang lagi dengan Faiz. haha lepas tu, anta gf Faiz balik sekali. dah lupa nama tempat gf dia tinggal. habis jak hantar Amy balik, contact Joe. ingat nak jumpa kejap, sekalinya mak Joe ajak berbuka puasa kat rumah dia. heh! masa ni aku rasa macam nak rushing jak pergi rumah dia sebab kejar masa. dah dekat pukul 6, padahal masih terang. aku paranoid? hahaha

    kak faiz sempat call, dia kata dia masak special untuk aku. 'lemak cili api' .. bikin terliur tapi tapi aku dah terjanji pula ngan Joe nak sungkai sesama. huhu sorry kak faiz. kak iera pun memang drive laju lah kot. haha nak kejar masa. takut aku tak sempat sampai. hahaha. 

    finally, sampai kat kampung Joe. dia dah tunggu kat tepi jalan. ingat aku sesat? red carpet pun takda. hahaa kak iera just drop. oh thank you so much kak iera. masa aku sampai kat umah Joe, ngam ngam dah masuk waktu berbuka. Joe pula siap ajak masuk umah ikut jalan belakang. follow je laaa. jangan dia biar aku sorang sorang, memang ulung la jawabnya. 

    sejuk semacam aku rasa bila masuk rumah tu. apa tak nya, the whole family is here. 'mak, ayah, abg long, kak aisya, abg elan, kak reena, kak uqai, mak uda, bain, nek wan, anak buah' lengkap semua ada kat sana. kecuali omar ngan kak hurul jak takda. belum sampai. hah! sila lah jemput makan. havoc gak family dia ni. 1st time jumpa kak uqai. yeahh! raya tahun ni lengkap family joe. semua ada. biasanya mesti kurang sorang. hehe so, kiranya aku bertuah kot dapat jumpa mereka semua. kak reena pun terkejut gak masa tu, tak expect akan jumpa kat sini. hahaha ingat dah lupa. maklum lah, Joe bukan jenis yang bawak kawan pergi rumah. 

    as i remembered, masa form 3 kot. first kawan perempuan yang Joe ajak pergi rumah, ialah aku. masa raya. 2nd time pula, masa buat port-folio PMR. 3rd time, masa tu kat rumah Kingfisher, ada bbq. 

    Ya Allah, Engkau menggantikan kesedihan semalam dengan kegembiraan yang tidak ternilai pada hari itu. 

    dah. habis jak sungkai, Joe ajak balik. sebab dia nak lari sebenarnya daripada kena soal siasat. nanti banyak soalan keluar. ' ni sapa pula yang dia bawa mai umah ni?' hahaha. 

    masa otw pulang, memang sesi meluah perasaan ngan Joe. adalah sedas dua ceramah dari dia. memang menusuk hati. masa tu sah sah nak nangis. jadi decide, nak call Imah. nak berterus terang ngan dia. 

    - dia tanya kat mana dah masa tu, aku cakap lah kat JB. dia pelik apsal tak balik KL. so aku cakap lah tak jadik. dia terkejut. aku pass phone kat Joe. Imah off-call. then dia call number aku balik sebab dia nak make sure betul ke Joe yang cakap ngan dia tadi. hah! masa ni memang Imah naik bengang bila aku bagitau aku tak dapat pergi Pahang. rasa kecewa tu datang semula. 'maafkan daku wahai sahabat' .. Joe amik phone, and cool down kan Imah. dia slow talk ngan Imah. ayat Imah yang paling tak boleh blah, 'korang berdua ni buat aku kecewa jak' .. Ya Allah. takda niat kitorang macam tu. off called. jalan sepi. senyap. sampai lah ke destinasi seterusnya.

    so, malam tu jalan mengukur keliling bandar Pontian lagi. dah set timing ngan kak iera yang kitorang akan jumpa kat bandar jak. sambil tunggu kak iera, sempat lepak kat gerai tepi jalan. sembang pasal member sekolah. lepas tu, balik.

    sampai rumah, tidur. hati dah lega rasanya. walaupun perasan dah bercampur baur. 

    p/s :
    sempat baca news. keretapi dari JB nak ke ... Lipis rasanya. dah lupa. tergelincir dari landasan. kalau aku stick dengan plan asal, naik train ke Lipis, mesti terlibat dengan hal ni. hurmmm. instinct seorang ibu itu.

    k. 
    enough for today.
    aku tak ingat dah kisah seterusnya.
    aku taip, 
    apa yang aku ingat.

    #6 Raya Journey pt.3

    dah masuk jam 5:32 pagi.
    tengok kat luar,
    macam kat kundasang pula.
    jerebu.
    aku tak boleh nak bezakan
    embun dan jerebu.
    ok.
    sambung part 3 pula.


    15hb Ogos 2012
    today kak faiz kerja half-day. yey! shopping lagi. memang kat Pontian ni kerja aku asyik berjalan jak. tak gheti nak duduk diam kat rumah. haha kak iera cakap, kak faiz ni jenis punctual. kalau jam ni, memang jam ni la. jangan nak lewat. cepat, takpa. haha kitorang takda rushing sangat masa nak gerak dari Pontian ke JB. oh yeahh! masa ni high-way dah tak ada lori lori trailer panjang kot. kenderaan berat tak dibenarkan berada di atas high-way 2 3 hari sebelum raya. Fuhhh! kalau nda, kabak kabak jak jantung kalau bersebelahan ngan lori. 

    sampai JB. lagi. pergi rumah kak faiz. hurmm pastu pergi ofis dia kejap. amik kuih raya. kemudian baru lah gerak pergi ke Kota Tinggi. hah! ingat pun. masa ni aku plan nak beli baju cream untuk jadi pengapit. excited cari. memang cantik dan murah. panas terik macam ni, memang mencabar kaki untuk shopping. dapat juga kak iera beli baju raya. hoho sapa pilih? harus lah tetamu jauh yang tolong pilihkan. hehe

    shopping tak lama sangat. ntah brapa jam. pastu balik ke JB, amik kereta kak faiz. kalau masa pergi ikut kak iera, kali ni masa balik pula ikut kak faiz. adil dan saksama. kak faiz guna kereta vios, kak iera pula guna kereta viva. wahhhh! banyak kereta dah aku naik. haha masa dorang jemput kat airport, guna kereta kak in, saga. pastu masa keluar malam ngan kak iera, guna kereta mak kak iera. dah lupa. belom lagi jumpa Joe. dia jemput guna kereta Myvi and Chevrolet tuhh. haha. 

    siang memang happening sangat. sekali malam nya, mak call. mak cakap, tak payah pergi Pahang. remuk hati masa tu toksah cakap. niat nak datang sana, ada dua. sebab kak faiz n kak iera dan juga sebab nak attend wedding dia. serius! mak call, memang hati menangis. mood dah berubah. Ya Allah, macam nak bagitahu dia nie? aku serba salah. memang tak boleh fikir.muka dah moody. ya ampun. minta maaf kak iera kalau dah spoiled mood kah apa. maaf sangat sangat. 

    ada hikmah di sebalik semua ni. kita beria-ia nak pergi. tapi ada sesuatu yang menghalang. betul lah bak kat pepatah. "Kita merancang, Allah yang menentukan" .. memang dah rancang trip ke Johor tapi tak sangka begini jadinya. redha. mak bagitau, dia ada instinct lain. bila musim perayaan ni, mak risau safety aku masa nak gerak gi Pahang.mak kata, kalau tak nak beraya kat Johor, malam ni gak beli tiket balik Sabah. hah? tak nak lah. tak jumpa joe lagi. haha. mak siap cakap, " beraya dengan family kak iera lebih baik."  ye mak. daku menjunjung perintah. family kak iera pula memang nak sangat aku beraya kat sana. ok. tahun ni raya kat Johor.

    *nak nangis kejap masa menaip ni. serius! kenangan terindah kot. Hahaa*


    so, malam tu keluar lagi. shopping. memang kalau dah tension, duit nak habis cepat jak. beli itu, beli ini. yang penting, tension dah lepas. padahal dah bajet itu ini untuk ke Pahang. so bila tak jadi, bajet tu dah lari pula. thank you kak iera dan kak faiz. memang sedih, tak dapat pergi Pahang. nak meraung pun, iya jugak. haha. 

    malam tu, masih terkenang-kenang. apa alasan nak bagi? malam tu juga, aku dah mula redha menerima arahan mandatori dari mama and dady. hati menangis. mata sembab. haha sempat contact joe. ajak jumpa. dia jak harapan aku masa tu. hati tengah sakit. kecewa. yes! kecewa tu. haha ya rabbi. teruk nya perangai. umur masa tu, 21 tahun. ok. di maafkan. haha

    dah. tidur. biarkan rasa kecewa itu berlalu. Allah akan mengantikan nikmat yang hilang dengan rahmat baru. syukur alhamdulillah. 


    sambung part.4

    #5 Raya Journeyt pt.2


    selagi mood masih ada,
    teruskan menaip. 
    cerita dah basi.
    tapi aku nak taip.
    sebab dah ada yang lupa.
    kenangan ni ok.


    14hb Ogos 2012
    oh! baru ingat. malam tu pergi round bandar and sempat beli ice-cream. haha ice-cream untuk sahur konon nya. dan malam tu juga pergi market, beli buah tangan untuk nenek kak iera. 

    so, merasa gak sahur kat tempat orang. pukul 5 kot. yer, aku sahur dengan ice-cream. sumpah buang tebiat sungguh. usai sahur, sambung tido. pagi. eh aku bangun lewat rupanya. haha. jam 9 pagi rasanya. ya ampun. perangai tak ubah ubah. kena pasang alarm pasni. 

    so plan arini, nak jumpa blogger ~ qyra. pastu pergi JB. before jumpa qyra, sempat lah juga pergi tempat kerja kak iera. 20 minit eh dari umah? after that, bergegas lah jumpa qyra. nasib sempat jumpa. qyra. kenapa awak nak kawen awal sangat ni? hahaha 

    destinasi seterusnya, pergi ke Johor Bharu. WeHeeeee! excited jalan jauh. masuk high-way memang aku dah kecut perut. line dah lah besaqqq. kiri kanan lori. ya ampun. aku dah fikir macam macam masa tu. nak jak suruh kak iera speed. kaki kanan aku pula dah macam tekan minyak. kaki kiri tekan break. haha. manual kan? padahal penumpang jak pun. haha

    aku tak menolak rezeki, alhamdulillah. mungkin aku kena pergi Johor lagi buat kali kedua sebab masa nak jenjalan ni, tengah panas. puasa. kedai makan banyak. wahh! tak terasa lansung makanan kat sana. haha. 

    aktiviti hari tu, agak memberansangkan lah juga. jalan jalan. round round. cari shopping complex. kak iera bilang dia agak failed sedikit jalan kat sini. hehee. kak faiz lagi teror. 

    habis dah sukat separuh bandar kat sana, kena gerak balik Pontian. karang jammed. oh sempat limpas dekat Danga Bay. macam lalu kat Teluk Likas. boleh nampak Singapore kat seberang laut. dekatnya. haha memang masa ni, feeling excited. kalau ada Joe, sah sah dia kutuk aku. benda kecik macam ni nak excited. dia memang takda perasaan. so abaikan. 

    balik semula kat Pontian, kitorang ikut jalan lain. masa pergi tu, ikut high-way. bila balik, ikut jalan hurmmm.. ntah apa nama dia. tapi jauh kot. takda bayar tol. alhamdulillah. smooth jak perjalanan kitorang. 

    sampai kat Pontian, mencari bazaar ramadhan pula. memang kalau sungkai jak, aku mencari air sejuk. kalau nak makan, aku tak taw nak makan apa. hulur kuih seri ayu dan air sejuk sejuk dah cukup. 

    rezeki berbuka puasa. kfc. ayah kak iera bawa balik. hehe. syok nya ~ feeling kemain lebih. aktiviti lepas tu aku tak ingat dah. yang aku taw, makcik kak iera ada datang umah. oh. dah lupa nama aunty tu. huhu aku ingat, aunty shanna jak. yang sorang tu memang ingat tapi nama dah lupa. k. abaikan. 

    esok nak gi JB lagi balik dengan kak faiz. 

    ok. sambung part.3

    #4 Raya Journey


    hah! tak tido lagi.
    waktu subuh dah masuk tapi tengah cuti.
    motif bagitahu?
    abaikan.
    scroll blog sendiri.
    nampak entry ini
    bila nak update menda ni?
    sekarang.
    selagi ada mood nak menaip.


    13hb Ogos 2012
    bersahur kat airport. flight paling awal. ngantuk! masuk dalam kapal terbang, dapat sit belah kanan kalau tak silap. kiri kanan non-muslim. macam biasa, naik flight mesti ada makan makan. dorang makan sedap, aku tengah puasa. dugaan. pramugara siap tanya, ' miss puasa?' aku hanya menganguk. perjalanan 2 jam lebih. bosan!

    sampai jak KL, kak faiz dan kak iera dah tunggu. sumpah excited. terus gerak keluar dari sana. singgah Nilai kejap, jumpa kakak. sempat shopping kat Jusco Nilai? dah lupa. rugi aku tak beli novel 'Jodoh Itu Milik Kita' kat Harris or MPH di Jusco. serius! rugi dan menyesal. haha

    habis jak round Jusco, gerak balik Johor. kalau aku tahu aku ibarat musafir pada hari itu, memang dalam kereta dah makan makan kot ngan kak faiz. siap tidur start gerak dari Nilai sampai masuk Melaka. berhenti kat RnR mana ntah, terbangun kejap. pastu tidur. sejam dua jam. pastu bangun. hah! masa dah bangun ni, dah masuk area Johor. lalu mana ntah. haha mata dah segar. melilau mata tengok kawasan kiri kanan. oh ini kah Johor? noob.

    awal awal lagi dah tahu yang kampung Joe kat Pontian. so di manakah itu Kampung Pulai Sebatang? Haha. sms dia, tapi dia belum balik Johor lagi. esok kot. ok. plan nanti nak jumpa dia. harus!

    so dah sampai Pontian. Pontian Kechil. Parit Jawa? alhamdulillah dah sampai kat rumah kak iera. masa tu baru pukul 5 petang kot. kejap lagi dah masuk waktu berbuka kot kat Sabah. Haha. lewat petang macam tu, parents kak iera da balik rumah. wohhh! segan. heeeeeheeee. apa aku buat lepas tu? rehat dalam bilik. sampai lah nak dekat kul 7 kot. ye eh? dah lupa. yang pasti, aku terbangun dari tidur rehat bila nak dekat waktu berbuka. haha bikin malu. demmm!

    apsal masih terang ni? haha alhamdulillah once again. berbuka puasa dengan family baru. memang rezeki aku agaknya bila dapat makan laksa. sumpah sedap. tapi aku termakan sambal pedas. mana nak carik air sejuk? sebab masa tu air suam panas yang kena hidang. berpeluh gak makan. haha.

    habis jak sungkai, rehat balik. pastu keluar malam rasanya. haha dah lupa. keluar keliling bandar pontian yang kecil kot. hehe mohon pencerahan dari kak iera. aku tak ingat.


    ok.
    sambung part 2.

    #3


    account twitter da tutup. motif? merapu entah hapa hapa kat sana. buat sakit hati pun ada juga. hurmmm 30 days left. 27 actually. haha biar lah. tunggu hati dah terubat kot baru nak active balik. biar kan mereka mereka bermaharajalela di sana. malas nak menyemak.

    jadi sekarang kat mana nak merapu bebukan ni? blog? blog ni pun dah takda yang nak singgah baca. ok lah tue. aku taip, aku publish, aku sendiri baca. ke ada yang nak stalk? tak kesah lah. blog da clear. takda iklan. takda menatang leceh yang nak menempel kat blog ni. malas nak bubuh. hah! kecuali 'Favorite Summer' dan 'All Winter' .. bloglist harapan ni. yang boleh aku nak skodeng bila bila masa.

    tajuk entry? entah. perlu ke nak letak? tak kot. kalau perlu, tajuk please? oh otak mohon berkerjasama untuk generate tajuk yang sesuai.

    apa guna publish entry kalau takda yang baca? ok. nanti aku bagi heboh kat mereka mereka lah. mereka? siapa?

    letak title macam ni boleh? yang ada #hashtag haha. cool. sengal.

    malas nak taip panjang.
    buat dalam bentuk perenggan.
    buat dalam bentuk puisi.

    buang tebiat kot.



    :: gilerrr lapaqqq!

    #2


    kau.
    duduk dah berjarak
    tapi kenapa?
    kenapa?
    bau perfume tu
    melekat kat baju
    aku?


    kau.
    dan bau itu.


    hurmmm.
    nak tanya ni,
    guna perfume apa ye?


    haha.


    serius.
    cerita World War Z
    tak best.


    aku takda perasaan
    sebab bau perfume
    tu menarik perhatian
    AKU.

    Tuesday, 18 June 2013

    #1


    sakit. 
    sebab bukan aku tak nak jujur 
    dengan kau. 
    aku nak.
    tapi 
    aku takut kejujuran tu
    akan memakan diri sendiri. 


    sakit.
    terpaksa menelan rasa pahit
    sebuah kebenaran. 


    sakit.
    bila terasa diri ini
    hipokrit. 


    ruang yang ada sekarang
    semakin sempit
    menyesakkan dada aku.


    ah!
    bilakah masa yang sesuai 
    untuk aku bernafas 
    dengan lega?



    terusik

    hati aku belum cukup kuat.
    belum boleh menerima mana mana kehadiran orang lain.
    mengapakah?
    adakah aku telah jatuh cinta dengan kau?
    atau itu sekadar layanan mesra yang biasa
    kau berikan kepada mana mana
    rakan perempuan kau yang lain.


    hati perempuan mudah terusik.
    sangat.


    Kau!
    kau mengusik ketenangan jiwa ku
    dalam diam
    aku menyayangi kau
    tetapi bagi kau
    perasaan itu hanya sekadar kawan


    sampai masa nanti
    aku akan berdiam diri dan
    mula menjauh dari kau
    hadirnya aku selalu di sisi mu
    hanya untuk sementara


    tuhan,
    tolong jagakan perasaan ini untuk ku
    aku menyayangi nya kerana-Mu Ya Allah.

    Wednesday, 16 January 2013

    it's 2013 guys!

    Assalamualaikum w.b.t

    am i late? yes i am. haha pardon me. Happy New Year 2013. yeahh lately, i have been so busy doing to many things until i have to abandoned my precious blog. crap! plus, there's no internet at my home.. and yes. i'm busy tweeting too sampai lah BIS expired then malas nak topup. haha. 

    btw, January 2013 is going to be ended. i still have some plenty time to spend with my families and friends. yet, i have to start thinking about working since bergelar penganggur terhormat selama ermm.. november disember januari. goshh! kena start fokus dengan kerja lepas ni. 

    ok. be serious. 

    what i'm expect from this year? i think.. sambung study IF there's no job i can do. HaHaa. sure joe akan marah if dia dapat tahu macam ni. yaaa.. banyak lagi tak buat sebenarnya. lapor diri yang tergendala. transcript that never done do. guiding some friends. attending people weddings too. oh ohh.. i target nak kawen tahun ni. kahkahkahh.

    i don't know laa blog ni dah macam ni. dah hilang rentak untuk berblogging and IF aku rasa nak meluah sesuatu.. i will write it down here. oh typing. pardon me. itu pun kalau ada internet laa kan. kalau ada pun, malas. haha

    so guys, im wishing u all Happy New Year 2013. may this year will bring u guys a lot of happiness, memories and news and so all. and of course, i only wish yang baik baik sahaja for u guys ok. 

    yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datang daripada diri kita sendiri. 

    i am welcoming everyone yang singgah di blog ini. 



    with love,

    ian. dian. dyan. M

    Monday, 24 December 2012

    Happy Birthday!

    Assalamualaikum w.b.t

    Happy birthday Kak Faiz. even lambat post, but still nak post juga kat blog ni. haha. masa kat Kundasang aritu ada juga try anta pic kat kak faiz tapi tak dapat. so post kat facebook jak. tapi nak juga post balik kat sini.


    dian buat note ni masa tengah lunch kat Kinabalu Park. itu pun ada pic kat atas tapi dian da crop. hehe nati kaka sampai kat sini kot baru bagi picture yang original. hahaa

    buat kak faiz,

    Happy Birthday .. semoga kaka sentiasa di murahkan rezeki, di kurniakan kesihatan yang baik, di pertingkatkan lagi iman dan sentiasa berada dalam keadaan gembira dengan di kelilingi oleh insan insan yang tersayang. and hope kaka berjaya menamatkan master gak hehe.

    ok? doa dian selalu buat kak faiz and kak iera gak. and family kaka sekali.


    with love,

    dian.




    p/s :  entah kak faiz baca ke tak ni. hihi

    Thursday, 20 December 2012

    Hanya..


    Sebelum tidur, sempatlah dia dirikan dua rakaat Solat Hajat. Banyak yang dipohon. Meminta kepada Yang Esa agar memberkati perhubungan yang bakal mereka bina.

    “ Ya ALLAH, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya. Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari setiap pelosok mataku, dan usirlah dia dari relung hatiku.

    Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini, dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni. Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai sahabat.

    Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, Ya ALLAH. Satukan hati kami...

    Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya. Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.

    Yakinkanlah dia bahawa aku rela berkongsi suka dan dukaku bersamanya. Ya ALLAH yang Maha Pengasih , dengarkanlah doaku ini. Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
    ALLAH yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.”

    Panjang doanya pada yang Maha Penolong. Lepas solat baru dia tidur. 
    Reserved | Copyright | Template Edited by She Little Sunshine. All Rights Reserved © 09 November 2017