Sebelum tidur, sempatlah dia dirikan dua rakaat Solat Hajat.
Banyak yang dipohon. Meminta kepada Yang Esa agar memberkati perhubungan yang
bakal mereka bina.
“ Ya ALLAH, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya. Janganlah biarkan aku melabuhkan
hatiku di hatinya. Kikislah pesonanya dari setiap pelosok mataku, dan usirlah
dia dari relung hatiku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada
ini, dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni. Bantulah aku agar
dapat mengasihinya hanya sebagai sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, Ya ALLAH. Satukan
hati kami...
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia
seadanya. Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk menenangkan
hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku rela berkongsi suka dan dukaku
bersamanya. Ya ALLAH yang Maha Pengasih , dengarkanlah doaku ini. Lepaskanlah
aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
ALLAH yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang
terbaik buatku.”
Panjang doanya pada yang Maha Penolong. Lepas solat baru dia
tidur.
2 comments:
InsyaAllah andai dah jodoh tidak kemana :)
Semoga hubungan kak Dian dan si dia dipermudahkan oleh Allah SWT. *bau nasi minyak* Hehehe! :D
Post a Comment