
- Aku dapat bersabar dan bertenang sekiranya apa yang aku hajati tidak tercapai.
- Aku mampu sembunyikan segala perasaan sedih, kecewa atau tersinggung oleh orang lain ketika aku berada di dalam sesuatu kumpulan atau dengan orang ramai.
- Aku tak akan merasa iri hati atau cemburu melihat kejayaan orang lain tetapi turut menumpang gembira atas kejayaan orang tersebut sebab aku tahu aku mampu melakukan seperti dia juga.
- Aku dapat mengawal perasaan amarah, dendam dan benci aku terhadap orang-orang yang mungkin tidak wajar menerima perasaan karut aku itu.
- Aku akan dapat menyesuaikan diri dan tidak merasa malu sekiranya aku tidak mampu hidup setaraf dengan kawan-kawan aku yang lain sebab rezeki masing-masaing tidak sama kan.
- Aku dapat belajar dan menerima kritikan orang lain dengan hati dan fikiran yang terbuka.
- Aku masih dapat memandang ke hadapaan dengan bersabar apabila menghadapi masalah dan menanggung beban yang berat demi masa depan tanpa perlu rasa bimbang dan ragu.
- Aku mengaku dengan jujur bahawa aku betul-betul tidak tahu menahu tantang sesuatu perkara.
- Aku dapat melakukan sesuatu tanpa berlebih-lebihan dan rasa tidak puas hati serta tenang.
- Aku mendahulukan orang lain dahulu di dalam hidup ku dan kemudian barulah diriku.
- Aku dapat mengeratkan lagi perhubungan aku dengan sahabat-sahabat aku tanpa mengharapkan tempat yang istimewa di dalam hidup mereka.
- Dan aku dapat berlaku jujur apabila berkawan dengan lelaki.
Semakin matang apabila mampu menghadapi semua perkara tanpa melakukan tindakan di luar kawalan.
No comments:
Post a Comment